Agbonlahor Nasihatkan Liverpool Supaya Tidak Tawarkan Kontrak Baru Kepada Pemain Midfield Mereka

Bekas pemain penyerang Aston Villa, Gabby Agbonlahor telah memberi amaran kepada Liverpool supaya tidak menawarkan kontrak baru kepada Naby Keita pada musim panas ini.

Gabby Agbonlahor merasakan yang Naby Keita tak layak untuk ditawarkan kontrak baru dan kerana itulah beliau memberi amaran seperti itu.

Keita menyertai The Reds pada tahun 2018 yang lalu dengan yuran perpindahan bernilai £48 juta.

Sepanjang bersama Liverpool, beliau telah membuat 76 penampilan dan menjaringkan 6 gol untuk skuad kendalian Jurgen Klopp itu.

Sangat jelas yang Gabby Agbonlahor tidak menyukai ketua pasukan Guinea itu dan dalam satu temu bual bersama Football Insider, bekas pemain Aston Villa itu menggambarkan yang Naby Keita seorang pemain yang tidak konsisten.

Beliau merasakan Keita tidak konsisten mempamerkan aksi persembahan terbaiknya bersama Liverpool dan tidak menjaringkan gol yang cukup untuk The Reds.

Atas alasan itulah beliau menegaskan kepada The Reds, supaya tidak menawarkan kontrak baru kepada pemain midfield yang kini berusia 27 tahun itu.

Liverpool sendiri sebenarnya sangat berminat mahu mendapatkan pemain midfield yang baru dengan mereka sebelum ini berusaha mahu mendapatkan Aurelien Tchouameni.

Selepas Tchouameni sah menyertai Real Madrid, Liverpool kini mengalihkan perhatian mereka untuk memburu pemain midfield Borussia Dortmund, Jude Bellingham.

Walau bagaimanapun, agak mustahil sebenarnya untuk Liverpool mendapatkan Jude Bellingham pada musim panas ini.

Maka dengan itu, Naby Keita jelas sekali akan diberi kepercayaan untuk terus memimpin barisan midfield Liverpool andai beliau kekal di Anfield pada musim baharu nanti.

Beliau bergelut dengan masalah kecederaan sepanjang tiga tahun pertamanya di Anfield, namun Keita pada musim lalu berjaya menunjukkan kualiti yang sungguh menakjubkan bersama Liverpool.

Musim lalu juga merupakan musim pertama Naby Keita beraksi di England tanpa berdepan masalah kecederaan.

Beliau juga berkemungkinan akan sedikit bergelut untuk mendapat tempat dalam skuad utama Liverpool andai beliau gagal untuk mendapatkan tahap persembahan terbaiknya.

Harvey Elliott sepertinya sudah pulih sepenuhnya dari masalah kecederaan ankle beliau dan beliau berpotensi untuk diberi kesempatan beraksi bersama skuad utama The Reds musim hadapan.

Penandatanganan terbaru kelab, Fabio Carvalho turut berpotensi untuk diturunkan dalam kesebelasan utama Liverpool memandangkan beliau juga bermain di posisi midfield.

Walaupun Gabby Agbonlahor merasakan Naby Keita tak berhak untuk ditawarkan kontrak baru, namun melihat kepada situasi terkini di Anfield, The Reds sepertinya akan tetap memberi kontrak baru kepada bintang berusia 27 tahun itu.

Liverpool sendiri turut sangat berharap agar Naby Keita akan mampu untuk mendapatkan tahap persembahan terbaiknya di Anfield dan membuktikan kepada peminat beliau berhak dipilih sebagai pemain utama.

Mungkin kini beliau memiliki ramai pengkritik dan jelas sekali Keita sendiri sudah tentu mahu lakukan sesuatu untuk menutup mulut para pengkritiknya.

Liverpool pada ketika ini sudah berjaya menandatangani Fabio Carvalho dan Darwin Nunez sebagai langkah awal persiapan mereka untuk menghadapi musim baharu nanti.

Darwin Nunez ditandatangani dengan nilai yang sangat besar dan hal itu berlaku kerana Liverpool sangat terdesak mahu mencari pengganti Sadio Mane.

Nunez tidak dinafikan lagi sememangnya seorang pemain penyerang yang sangat berkualiti dan sepertinya keputusan Liverpool untuk menandatangani beliau sebagai pengganti Mane adalah keputusan yang tepat.

Selain dua pemain itu, Liverpool juga kini masih aktif dalam pasaran pemain dengan mereka sepertinya mahu berusaha mendapatkan seorang lagi pemain midfield untuk ditandatangani pada jendela perpindahan musim panas ini.

Melihat kepada usaha mereka, tidak hairanlah andai The Reds akan mampu memenangi gelaran liga pada musim hadapan.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Carragher: Tiada Tekanan Buat Liverpool Untuk Menjuarai Liga Perdana Inggeris