Aksi Bersahaja Grealish Hantar Casemiro Kembali Ke Brazil

Aksi dan kelincahan penuh tenang dan bersahaja Jack Grealish nyata menjadi dan telah menghantar ayam tambatan baru Manchester United, Casemiro kembali ke Brazil begitu saja.

Manchester United sekali lagi menerima aib apabila dibelasah jiran mereka, Manchester City 6-3 dalam perlawanan Manchester Derbi.

Walaupun tidak menunjukkan semangat melawan penuh kental, Manchester United masih lagi mampu menjaringkan 3 gol menjadikan kekalahan ini lebih baik dari dua kekalahan di awal musim.

Namun tetap satu keaiban besar tewas sebegitu rupa dalam perlawanan derby. City dibiarkan bermaharajalela mendominasi perlawanan dari awal sehingga tamat.

Erling Haaland terus mempamerkan kehebatan menjadi Premier League seperti liga petani dengan jaringan hatrik begitu juga dengan Phil Foden dengan tiga gol.

Semangat melawan dari Manchester United tampak membara di separuh masa kedua dengan menukar beberapa orang pemain ditambah pula dengan gol padu lagi cantik dari Antony Santos.

Casemiro yang dibeli bagi memberi perlindungan tambahan kepada barisan pertahan juga dibawa masuk pada babak kedua namun Casemiro ditunjukkan jalan sukar.

Jack Grealish yang agak dominan menyuap bola ke hadapan kadang kala melakukan penembusan dengan gelecekannya telah membuatkan muka Casemiro merah padam apabila terpedaya dengan gelecekannya.

Selepas mengutip bola dari bahagian sayap kiri, Jack Grealish terus masuk ke kotak Manchester United, Casemiro cuba melakukan terjahan ke tanah.

Namun Grealish lebih bijak dan bersedia apabila menarik kembali bola untuk menukar haluan dan membuatkan Casemiro bersimpuh termanggu keseorang di tanah.

Satu keaiban peribadi buat Casemiro yang tiba dengan reputasi yang sangat tinggi tapi diperlakukan begitu saja.

Ketika Erling Haaland dan Phil Foden menjadi tumpuan dunia dengan jaringan hatrik, Pep Guardiola telah memuji Jack Grealish, tidak lupa juga Kevin De Bruyne dan Ilkay Gundogan.

“Lihatlah Jack Grealish hari ini, betapa bagusnya dia bermain.” Ujar Pep Guardiola.

“Kevin dan Gundogan kembali kepada posisi mereka sebagai holding midfielder yang mana posisi mereka selalu mainkan beberapa tahun lalu.”

Bagi Pep Guardiola, De Bryune dan Gundogan pemain yang rendah diri kerana tidak membantah untuk kembali ke posisi lama mereka selepas pelbagai kejayaan diraih.

“Mereka sangat merendah diri dan sanggup mendengar arahan kami ‘Jom kita cuba dan buat lagi (main holding midfield) selepas 4 atau 5 tahun yang penuh kejayaan’.”

“Saya sangat gembira. Ia bukan soal menang atau kalah, sudah tentu kami mahu menang sepanjang masa. Dalam dua atau tiga hari bagaimana cara mereka berlatih, bagaimana mereka fokus. Ia bagus.”

Dengan kehadiran Haaland, Pep Guardiola terus memacu Manchester City sebagai sebuah pasukan paling menakutkan di Eropah dan pasti Champions League mahu didakap mereka musim ini.

Manchester City 6-3 Manchester United

Manchester Derby musim 2022/23 telah pun tiba masanya menemukan dua pasukan dari bandar Manchester yang berwarna biru dan merah, pemenang perlawanan ini akan mewarnai bandar ini dengan warna mereka miliki.

Diatas kertas tiada dakwa dakwi lagi bahawa perlawanan ini pasti akan menjadi milik Manchester City yang serba serbi lengkap ditambah pula dengan kehadiran Erling Haaland yang berselera tajam.

Namun dalam bola sepak semuanya boleh terjadi, gandingan Lisandro Martinez dan Raphael Varane akan berdepan ujian terbesar selepas berjaya mengekang Liverpool dan Arsenal.

Manchester City menanti kunjungan jiran mereka yang berstatus musuh di stadium Ethihad.

Seawal minit ketiga menyaksikan Manchester City telah melakukan tiga percubaan berturut-turut yang dimulakan oleh Erling Haaland namun berjaya diselamatkan Scot McTominay.

Bola terus melantun kepada Kevin De Bryune terus disusuli dengan rembatan sebelum berjaya dihadang kali ini oleh David De Gea.

Kali ini bola muntah sampai kepada Bernardo Silva yang terus mencuba dan sekali lagi Scot McTominay menafikan.

Minit ke-8, Manchester City telah berada di hadapan apabila hantaran silang terus disudahkan oleh Phil Foden dengan percubaan jarak dekat.

Manchester City terus menguasai perlawanan dan Manchester United tampak bergelut untuk menyaingi Manchester City bagi memberi sedikit cabaran.

Pada minit ke-18, Manchester City hampir menggandakan kedudukan melalui sepakan percuma cantik Ilkay Gundogan yang sekadar menghentam tiang ketika De Gea sudah tergamam.

Tiga minit kemudian, City datang lagi, hantaran silang Ilkay Gundogan telah ditembak dengan rembatan liar oleh Bernardo Silva.

Selepas 30 minit perlawanan, Manchester United masih lagi gagal untuk mendapat rentak untuk mengimbangi kehebatan City yang bermain seperti sesi latihan.

City datang lagi dengan rembatan bertubi-tubi membuatkan Varane rebah ke tanah selepas terkena remabtan Foden tapi tidak dihiraukan.

Rembatan ditutup dengan percubaan De Bryune yang ditepis keluar De Gea untuk sepakan penjuru yang terus disundul tajam Haaland.

Tyrel Malacia berjaya mengeluarkan bola namun garisan gol teknologi telah mengesahkan bola telah melepasi garisan sepenuhnya.

Hantaran genius dan super jahat dari De Bryune mencari Haaland yang dahagakan gol terus disudahkan untuk gol ketiga City.

Dua gol dalam tempoh empat minit dari Haaland pada minit ke-34 dan 38 dan Haaland berpeluang cerah mencipta hatrik dan menjadi pemain pertama cetak hatrik tiga perlawanan berturut-turut di tempat sendiri.

Manchester United terus lesu dan hanya menghitung menunggu mati, lebih parah apabila Varane terpaksa dikeluarkan kerana kecederaan, Victor Lindelof dimasukkan.

Anak buah Pep Guardiola masih tidak puas untuk membirukan bandar Manchester dengan tiga gol dan Phil Foden menghadirkan gol keempat dipenghujung babak pertama.

Peminat Manchester United telah dirakam secara langsung meninggalkan stadium Ethihad selepas gol Phil Foden itu hadir.

Bersambung permainan untuk baki 45 minit kedua, Manchester United dilihat berjaya memperkemaskan permainan dan City terus mempamerkan permainan bersahaja penuh yakin untuk terus menambah jaringan.

Pada minit ke-56, Antony Santos berjaya memecahkan telur Manchester United untuk mengurangkan defisit dengan gol rembatan luar kotak yang cantik menawan.

Gol yang sepatutnya menjadi gol semangat buat Setan Merah namun aksi longlai terus di pamerkan dan Erling Haaland mencetak hatrik ketiga musim ini pada minit ke-65.

Erling Haaland yang disaksikan oleh bapanya di stadium mencipta sejarah menjadi pemain pertama cetak hatrik tiga perlawanan berturut-turut di tempat sendiri.

Hantaran Sergio Gomez yang masuk menggantikan Kyle Walker di penghujung babak pertama terus dibedil Haaland sepadu mungkin. VAR meneliti jaringan itu kerana dikhuatiri Gomez offside namun tiada kecurangan.

Jack Grealish memulakan gerakan dengan membawa bola sebelum dihantar kepada Haaland dan terus menjolok kepada Phil Foden untuk hatrik dan gol keenam City.

Manchester United musim ini lebih baik berbanding musim lalu apabila masih lagi cuba melawan dan Anthony Martial telah menjaringkan gol kedua pada minit ke-84.

Antony jelas kelihatan sebagai satu-satunya pemain yang beraksi sepenuh hati namun kurang mendapat sokongan dari rakan-rakan.

Berjaya menjaringkan gol membuatkan Martial turut bersemangat dan berjaya mendapatkan sepakan penalti selepas lakonan yang berjaya meyakinkan pengadil.

Martial berjaya menyempurnakan sepakan penalti untuk menjadikan kedudukan 6-3 dan hanya dua minit masa kecederaan diberikan pengadil kerana tidak mahu Setan Merah terus diaibkan.

Manchester City (4-3-3) Ederson; Walker, Akanji, Ake, Cancelo; De Bruyne, Gundogan, Bernardo; Foden, Haaland, Grealish.

Pemain Simpanan: Ortega Moreno, Carson, Dias, Laporte, Alvarez, Gomez, Mahrez, Palmer, Lewis.

Manchester United (4-2-3-1) de Gea; Dalot, Varane, Martinez, Malacia; McTominay, Eriksen; Antony, Fernandes, Sancho; Rashford.

Pemain Simpanan: Heaton, Shaw, Lindelof, Casemiro, Fred, Pellistri, Elanga, Martial, Ronaldo.

BACA:  Kami Pernah Kalahkan Arsenal Tanpa Casemiro! - Erik Ten Hag