Ketua pasukan Aberdeen, Scott Brown merupakan antara pemain paling nakal dalam saingan Scottish Premiership dan hal itu memang diakui ramai.
Hari ini, beliau sekali lagi membuktikan kenakalannya dengan menganjing bintang Rangers, Ryan Kent dengan menghalau bekas product akademi Liverpool itu yang baru sahaja dilayangkan kad merah.
Pemain midfield berusia 36 tahun itu sebelum ini pernah menikmati karier yang sungguh gemilang bersama Celtic sebelum menyertai Aberdeen pada musim panas baru-baru ini.
Scott Brown seeing the funny side as Ryan Kent is sent off.
He’s never going to change, is he? pic.twitter.com/aJOQcva74x
— Ryan McDonald (@rmcd93) January 18, 2022
Beliau sememangnya sering melakukan aksi-aksi kontroversi ketika beraksi dalam Old Firm derby sebelum ini, dan kerana itulah para pemain Rangers sudah cukup kenal dengan sikapnya.
Beliau sendiri bahkan pernah ada sejarah tersendiri dengan Ryan Kent pada tahun 2019 yang lalu, dengan bintang Rangers itu berdepan hukuman penggantungan dua perlawanan selepas menumbuk muka Brown.
Ya, Ryan Kent hayun penumbuk padu ke muka Brown dalam derby tersebut dan menyebabkan beliau didenda penggantungan dua perlawanan.
Just your average Old Firm Derby… 😳😅 pic.twitter.com/qraIUqr7MO
— SPORTbible (@sportbible) March 31, 2019
Dua tahun sudah berlalu, dendam Brown terhadap bekas bintang Liverpool itu tak pernah kurang dengan beliau hari ini turun sebagai ketua pasukan Aberdeen beraksi bertemu Rangers.
Ketika melihat Ryan Kent dilayangkan kad merah, Brown memutuskan untuk menghalau pemain sayap Rangers itu sambil ketawa besar di depan mukanya.
Kent ketika itu dilaporkan tidak sepatutnya menerima kad merah dengan kekasaran beliau lakukan tidak teruk untuk mendapatkan kad kuning kedua.
Namun pengadil perlawanan, Kevin Clancy memutuskan untuk menghantar beliau mandi awal, dan melihat hal itu, Brown memanfaatkannya dengan menganjing Kent.
😂 Even when he no longer plays for Celtic, Scott Brown continues to be a wind-up merchant.
👋 In last night's SPL clash, he waved Rangers player Ryan Kent off the pitch after he was sent off.
🙌 Never change @ScottBrown8! pic.twitter.com/4QU15YXx4u
— SPORF (@Sporf) January 19, 2022
Tak cukup dengan ketawa besar depan muka Kent, beliau turut menghalau bintang Rangers itu dengan menunjuk isyarat tangan sambil para penyokong tak henti-henti bersorak.
Tukar jersi tak semestinya tukar musuh kan? Rangers tetap dianggap seteru utama dia tak kira di mana sekalipun dia beraksi.
— Tam sellic son (@TamsellicsonIII) January 18, 2022
Scott Brown waving Ryan Kent off after his red card.
Even in an Aberdeen shirt, his sh*thousery towards Rangers remains consistent as ever. pic.twitter.com/UozJH2IV85
— Paddy Power (@paddypower) January 18, 2022
Ketika ditanya adakah beliau terkejut dengan tingkah laku Brown, bekas pengurus Celtic, Neil Lennon menyatakan bahawa:
“Tak begitu terkejut. Dia memang menikmati itu, ada bau-bau darah (dendam).”
“Jelas sekali ada sejarah tersendiri di situ. Bukan hanya dengan Ryan Kent, tapi dengan ramai lagi pemain. Dia sangat bagus dalam mencari pasal.”
“Dia tentu suka, ia seolah-olah satu kepuasan. Dia sudah lakukan itu sejak 10 ke 15 tahun lalu.”
“Dia membawa pengaruh yang cukup bagus di sana (Aberdeen) untuk dikongsikan kepada pemain-pemain muda.”
🗣️"Scott is good at the noise up. There is a bit of history there."
Neil Lennon was in the Sky Sports News studio and had this to say when Ryan Kent was sent off at Pittodrie👇 pic.twitter.com/Lv7jtq7Jvu
— Sky Sports Scotland (@ScotlandSky) January 18, 2022
Aberdeen berjaya untuk mengutip satu mata penting dari aksi bertemu skuad Juara bertahan, Rangers selepas gol sepakan penalti Lewis Ferguson memadam gol pendahuluan lawan yang dijaringkan oleh Ianis Hagi.
Bekas bintang Rangers, Ally McCoist jelas sekali langsung tidak gembira melihat insiden tersebut dengan beliau menyatakan bahawa:
“Saya sangat kecewa dengan kedua-dua pasukan saya semalam, mereka sangat barai, betul-betul barai, Chelsea dan Rangers dua-dua teruk.”
Jelas McCoist kepada talkSPORT.
“Saya tak mahu bercakap apa-apa tentang mereka, saya mahu move on, saya kecewa.”
©️ Our captain, Scott Brown. pic.twitter.com/bZo0nnYUhC
— Aberdeen FC (@AberdeenFC) January 18, 2022
Rangers kini masih kekal mendahului carta saingan Scottish Premiership dengan mengumpul 52 mata dari 21 perlawanan, empat mata mengatasi Celtic yang sedang berada di kedudukan kedua.
Persaingan untuk merebut gelaran Premiership sepertinya masih sangat terbuka untuk kedua-dua musuh tradisi ini dengan perbezaan mata mereka yang sangat tipis.
Aberdeen sementara itu berada di kedudukan keenam dalam carta saingan liga, selepas berjaya mengumpul 28 mata dari 21 perlawanan.
Aberdeen selepas ini bakal turun beraksi bertemu St. Mirren, sementara Rangers pula akan turun beraksi bertemu Livingston.
Sumber: SPORTbible