Champions League 2022/23: Rangers 1-7 Liverpool

Rangers 1-7 Liverpool

Rangers 1-7 Liverpool! Liverpool power! Every year is our year telah mempamerkan aksi kebangkitan luar biasa di pentas Eropah yang menjadi makanan mereka apabila telah membelesah Rangers 7-1.

Terkejut dengan gol pendahuluan Rangers lebih terus melatah lalu ditibainya Rangers tanpa belas dengan 7 gol terus dihasilkan.

Mohamed Salah telah mencetak hatrik dalam tempoh 6 minit dan semangat kebangkitan ini ditiup oleh pemain harapan musim ini Roberto Firmino.

Liverpool seperti menjadikan Rangers sebagai tempat melepaskan geram selepas tewas kepada Arsenal minggu lalu dan terus dikritik hebat kerana tidak hebat lagi musim ini.

Rangers boleh dikatakan pasukan agak keras kerana mempunyai Ranger merah, biru, hitam, kuning dan merah jambu namun tenang dikitai The Reds, kelakar bukan?

Scott Arfield sebelum ini telah menghantar Ibrox ke dalam khayalan dengan menyempurnakan hantaran Ryan Jack semasa serangan balas yang lancar dan berseni daripada tuan rumah,

Bekas pemain tengah Burnley itu dengan kemas memasukkan bola ke sudut bawah dan di luar jangkauan Alisson Becker pada minit ke-17.

Bagaimanapun, Roberto Firmino meneruskan prestasi cemerlangnya untuk menjaringkan gol untuk membawa pasukan pelawat menyamakan kedudukan menerusi sepakan sudut Kostas Tsimikas tujuh minit kemudian.

Di mana penyerang Brazil itu menewaskan James Tavernier di tiang terdekat untuk melakukan tandukan kilas tepat pada masanya ke belakang gawang.

Ranger kelihatan sedikit mengancam pada separuh masa pertama yang agak tenang, dengan Fashion Sakala menewaskan Tsimikas semuanya berakhir di sayap kanan sebelum memotong bola untuk mencari Arfield, yang kali ini menyaksikan percubaannya disekat oleh Ibrahima Konate.

Tuan rumah kehilangan pertahanan utama Connor Goldson akibat kecederaan paha yang berpotensi kecederaan serius beberapa saat sebelum rehat.

Dengan ketiadaan bekas pertahanan Brighton & Hove Albion itu amat dirasai ketika pasukan Jurgen Klopp melakukan rusuhan dan amukan untuk memastikan kemenangan selesa dan hanya satu mata sahaja memisahkan mereka untuk mara ke pusingan akhir peringkat kalah mati.

Firmino menyerlahkan kehebatan pelawat, dengan meletakkan mereka di hadapan. Firmino menyempurnakan hantaran lintang Joe Gomez, sebelum pemain Brazil itu tanpa mementingkan diri melorongkan bola ke arah Darwin Nunez, yang dengan tepat melencongkan bola leret di luar jangkauan Allan McGregor dan menerpa gawang di sudut jauh untuk memberi ruang kepada Liverpool bernafas.

Kemudian, persembahan telah dirampas oleh Salah sepenuhnya selepas dia diperkenalkan pada minit ke-68.

Pemain berusia 30 tahun itu menunjukkan kemahiran dan ketenangan yang mempesonakan untuk ketiga-tiga gol tanda dagangannya, yang masing-masing dicipta oleh rakan pemain gantian Diogo Jota.

Salah kini berjaya mencatatkan rekod unik dengan hatrik terpantas dalam UCL dari segi jarak gol.

Dia mengatasi rekod Befetimbi Gomis yang dicipta pada 2011.

Tidak cukup dengan enam gol, Harvey Elliott menyumbat gol pertamanya di Eropah lewat perlawanan. Awalnya gol itu dibatalkan kerana penjaga garisan menaikkan bendera ofsaid. Namun VAR ternyata mengasihi Elliot dan memberikan pemain 19 tahun itu gol UCL pertamanya.

Tamat perlawanan Liverpool menang 7-1 ke atas Rangers. Yang kini cuba merampas slot ke Europa League. Pertandingan yang mereka berjaya mara sehingga ke final musim lalu. Namun tugas itu sangat sukar kerana mereka perlu menentang Napoli dan Ajax.

Rangers: Allan McGregor; James Tavernier, Connor Goldson (Leon King 45′), Ben Davies, Borna Barisic; Ryan Jack (Steven Davis 60′), John Lundstram; Junior Fashion Sakala (Rabbi Matondo 76′), Scott Arfield, Ryan Kent (Scott Wright 76′); Antonio-Mirko Colak (Alfredo Morelos 76′).

Liverpool: Alisson; Joe Gomez, Ibrahima Konate (James Milner 79′), Virgil Van Dijk, Konstantinos Tsimikas (Andy Robertson 68′); Jordan Henderson (Thiago Alcántara 68′), Fabinho, Harvey Elliott; Roberto Firmino (Diogo Jota 73′), Darwin Nunez (Mohamed Salah 68′), Fabio Carvalho.

Champions League 2022/23: Liverpool 2-0 Rangers

Liverpool meneruskan kecemerlangan mereka di pentas Eropah apabila meneruskan rentak kemenangan dengan menewaskan Rangers 2-0 bagi mencerahkan peluang untuk ke pusingan kalah mati.

Champions League kembali tiba dan Liverpool meneruskan saingan mereka di kumpulan A untuk perlawanan ketiga menentang Rangers bagi mengubat kedukaan mereka di Premier League.

Darwin Nunez mempunyai peluang terbaik pada minit kedua permainan untuk menggegar jaring namun percubaannya itu telah dinafikan oleh penjaga gol Rangers, Allan McGregor.

Trent Alexander Arnold yang rancak di kritik kerana kemampuannya bertahan mempamerkan kualitinya dengan bola mati apabila menjaringkan gol pembukaan melalui sepakan percuma yang indah seawal minit ketujuh lagi.

Mohamed Salah hampir menggandakan kedudukan buat Liverpool pada minit ke-14 dengan satu percubaan jahat dari kejauhan tapi sayang bola keluar sipi-sipi di tiang luar selepas berjaya disentuh sedikit oleh penjaga gol Rangers, Allan McGregor.

Darwin Nunez yang mendapat jolokan Andy Carrol 2.0 gagal melunanskan tanggungjawabnya pada minit ke-34 apabila rembatan terus kepada penjaga gol Rangers.

Jaringan tunggal Trent Alexander Arnold itu kekal hingga tamat tempoh 45 minit pertama dengan penguasaan bola sebanyak 65 peratus.

Bersambung permainan selepas rehat, Liverpool terus mendominasi perlawanan untuk terus menjarakkan diri.

Leon King telah menghadiahkan Liverpool sepakan penalti selepas mengasari Luis Diaz dan tidak memberi pilihan kepada pengadil selain menjatuhkan hukum.

Mohamed Salah tidak berdepan masalah dan penuh yakin melakukan sepakan penuh berisiko ke bahagian tengah untuk menggandakan kedudukan pada minit ke-53.

Mohamed Salah kini hanya 3 gol sahaja lagi dibezakan untuk menyamai rekod penjaring gol terbanyak sepanjang zaman dari benua Afrika di Champions League yang dipegang Didier Drogba dengan 44 gol.

Joel Matip pula hampir mengjaringkan gol ketiga dengan satu sundulan namun tersasar.

Rabbi Matondo telah berjaya menewaskan Alisson Becker namun Konstantinos Tsimikas berjaya untuk mengeluarkan bola dihadapan garisan gol.

Rangers cuba untuk menjaringkan sekurang-kurangnya satu gol namun tidak hadir sehingga wisel penamat dan kekal di tempat tercorot kumpulan tanpa sebarang mata.

Kemenangan kedua berturut-turut ini memastikan Liverpool berada 3 mata dibelakang pendahulu kumpulan A, Napoli yang telah membelasah Ajax 6-1.

Kesebelasan Utama Liverpool: Alisson, Alexander-Arnold, Matip, van Dijk, Tsimikas, Henderson, Thiago, Salah, Jota, Diaz, Nunez.

Pemain Simpanan: Gomez, Fabinho, Konate, Milner, Firmino, Adrian, Elliott, Ramsay, Carvalho, Bajcetic, Phillips, Kelleher.

Kesebelasan Utama Rangers: McGregor, Tavernier, Goldson, Davies, King, Barisic, Tillman, Lundstram, Davis, Kent, Morelos.
Pemain Simpanan: Yilmaz, Jack, Colak, Matondo, Kamara, Scott Wright, McCrorie, Sakala, McLaughlin, Arfield, Devine.

Pengadil Perlawanan: Clement Turpin (France).

Liverpool 2-1 Ajax

Saingan Premier League dihentikan untuk minggu ini selepas kemangkatan Baginda Ratu Elizabeth II namun saingan Champions League tetap diteruskan bagi pertemuan Liverpool menentang Ajax.

Liverpool masih lagi trauma dengan kekalahan 4-1 di kaki Napoli tetapi hidup mesti terus dan turun untuk perlawanan kedua kumpulan A.

Andy Carrol 2.0 tidak diturunkan Jurgen Klopp dikesebelasan utama dalam perlawanan ini apabila memilih untuk menurunkan Diogo Jota dibahagian serangan bergandingan bersama Luis Diaz dan Mohamed Salah.

Mohamed Salah yang kemarau jaringan agak lama telah kembali menemui sentuhannya apabila membuka tirai perlawanan pada minit ke-17 selepas menyempurnakan umpanan Diogo Jota.

Namun jaringan Mohamed Salah itu hanya mampu bertahan selama 10 minit sahaja apabila Mohammed Kudus berjaya menyamkan kedudukan pada minit ke-27.

Jaringan Mohammed Kudus itu merupakan satu-satunya percubaan tepat Ajax dalam perlawanan ini sepanjang 90 minit permainan dilangsungkan.

Kedudukkan 1-1 ini kekal hingga tamat tempoh 45 minit pertama dan cukup untuk memberi tekanan kepada Liverpool.

Kemenangan yang dimahukan oleh Liverpool kerana kehilangan lagi mata membuka pintu lebih luas untuk mereka ke Europa League.

Darwin Nunez yang mendapat jolokan Andy Carrol 2-0 di masukkan bersama Roberto Firmino pada minit ke-66 dengan mengeluarkan Harvey Elliot dan Diogo Jota.

Harga melambung tinggi mengalahkan pemain bintang dan handalan dunia tidak memberi jaminan untuk Nunez memberi jaringan kemenangan kepada Liverpool.

Selepas menekan Ajax seboleh yang mungkin jaringan yang dicari tidak kunjung tiba sehinggalah pada lewat permainan.

Minit ke-89 dunia menyaksikan Joel Matip menjaringkan gol kemenangan buat Liverpool dari sepakan penjuru Kostas Tsimikas sekaligus mengecewakan haters yang menanti untuk melakukan troll.

Teknologi garisan gol telah mengesahkan jaringan melalui satu tandukan dari Matip itu walaupun Jorge Sanchez dilihat berjaya mengeluarkan bola dari gawang.

Bola telah pun melepasi garisan ketika cubaan menyelamat dari Jorge Sanchez dilakukan.

Ajax yang gagal menyempurnakan peluang terbaik mereka hanya mampu berputih mata dan pulang tanpa sebarang mata selepas berjaya menewaskan Rangers pada perlawanan pertama.

Liverpool: Alisson, Alexander-Arnold, Matip, Van Dijk, Tsimikas; Fabinho, Thiago, Elliott; Salah, Jota, Diaz.

Pemain Simpanan: Adrian, Davies, Gomez, Milner, Firmino, Nunez, Carvalho, Arthur, Bajcetic, Phillips.

Ajax: Pasveer; Rensch, Timber, Bassey, Blind; Berghuis, Álvarez, Taylor; Tadic, Kudus, Bergwijn.

Pemain Simpanan: Stekelenburg, Gorter, Klaassen, Brobbey, Ocampos, Kaplan, Lucca, Sanchez, Grillitsch, Baas, Regeer, Magallan

Napoli 4-1 Liverpool

Saingan Champions League bagi musim 2022/23 berlangsung awal sebulan dari kebiasaan bagi memberi laluan kepada kejohanan bola sepak paling agung, Piala Dunia yang akan berlangsung November ini.

Hari pertama Champions League menyaksikan Erling Haaland terus bermaharajalela dan menepatai jangkaan ramai di pentas Eropah selepas mempamerkan bisanya di England.

Chelsea pula meneruskan langkah sumbang apabila terciduk kepada pasukan Dinamo Zagreb dan lebih parah apabila kekalahan ini menyebabkan Thomas Tuchel terus dipecat.

Juara bertahan, Real Madrid tidak berdepan masalah menumbangkan Celtic dan dua jaringan Kylian Mbappe membantu PSG menewaskan Juventus.

Perlawanan yang paling ditunggu sudah pasti perlawanan yang menemukan pasukan Inggeris paling elit bertemu Napoli dalam saingan kumpulan A.

Liverpool diundi berada bersama Ajax, Rangers dan Napoli dan boleh dianggap sebagai laluan mudah untuk mara ke pusingan kalah mati.

Namun sebaliknya terjadi apabila, Liverpool mengalami kemaluan besar apabila telah diaibkan Napoli dengan jaringan 4-1 ketika mereka bermegah dapat beraksi di Champions League.

Liverpool tidak menurunkan pemain termahal mereka, Darwin Nunez yang semakin hari mengukuhkan status sebagai Andy Carol 2.0 dan boleh dianggap seperti bot dalam permainan PUBGM.

Napoli bermula garang apabila hampir saja berada di depan selepas 42 saat perlawanan yang berpunca dari hantaran panjang Giovanni Di Lorenzo yang berjaya membelah pertahanan Liverpool.

Situasi ini memaksa Alisson Becker meluru keluar dan telah terciduk namun percubaan Victor Osimhen menemui tiang. Mujur.

Pada minit keempat Napoli datang lagi melalui gelecekan padu Khvicha Kvaratskhelia dari sebelah kiri dan melakukan cutback mencari Piotr Zielinski.

Percubaan Piotr Zielinski meliar, rupa-rupanya kerana James Milner menghadang dengan menggunakan tangan dan sepakan penalti buat Napoli.

Liverpool bernasib baik kerana Milner hanya dilayangkan kad kuning dan pada pengamatan pengulas perlawanan sepatutnya kad merah.

Mudah buat Piotr Zielinski menewaskan Alisson Becker.

Pada minit ke-17, Napoli sekali lagi mendapat sepakan penalti bukan kerana membeli pengadil atau VAR tetapi kerana kejahatan Virgil Van Dijk mengasari Victor Osimhen.

Selepas merujuk kepada VAR dan skrin ditepi padang maka sah satu kejahatan dari Van Dijk melayakkannya dilayangkan kad kuning.

Liverpool bernasib baik apabila sepakan Victor Osimhen berjaya diselamatkan oleh Alisson Becker.

Aksi heroic dari Alisson gagal menyamarakkan semangat juang Liverpool yang terus beraksi buruk seperti itik tam ko sampar.

Bekas pemain Fulham, Andre Zambo Anguissa menggandakan kedudukan buat Napoli pada minit ke-31 menyempurnakan hantaran Piotr Zielinski.

Gol kedua Napoli itu terus membuatkan Liverpool hilang punca dan dunia menyaksikan gol ketiga terhasil sebelum tamat separuh masa pertama.

Pertahanan Liverpool terus rabak dan Gomez sekali lagi diayamkan dan hantaran leret Khvicha Kvaratskhelia disudahkan Giovanni Simeone.

Giovanni Simeone masuk pada minit ke-41 menggantikan Victor Osimhen dan menjaringkan gol selepas tiga minit di padang.

Bersambung babak kedua, Piotr Zielinski tidak menunggu lama dan hanya memerlukan dua minit untuk menjaringkan gol keempat yang merupakan gol kedua peribadi.

Gol terhasil sangat mudah seperti satu sesi latihan di mana hantaran panjang Stanislav Lobotka berjaya menemui Giovanni Simeone yang terus menghantar kepada Piotr Zielinski.

Langsung tiada siapa yang mengawal Piotr Zielinski, bebas sebebas bebasnya, percubaannya berjaya dihadang Alisson Becker namun bola muntah kembali untuk disudahkan sebagai gol keempat.

Kali ini ada tindak balas dari Liverpool, dua minit kemudian, Luis Diaz menjaringkan gol pertama Liverpool dengan satu potongan ke dalam tanpa signal lalu dilepaskan rembatan sedap.

Penjaga gol Napoli, Alex Meret akhirnya tertewas dan gol itu merupakan gol saguhati buat Liverpool untuk dibuat modal berbual.

Selepas memperoleh empat gol, Napoli mengendurkan kegarangan mereka dan tenang sahaja tiadk seperti separuh masa pertama.

Namun itu sudah cukup untuk Napoli mencatatkan kemenangan, di mana Liverpool hanya mampu beracah-acah garang mencari gol namun tumpul dan kurang mengancam.

Ajax mengemudi kumpulan A selepas satu perlawanan apabila menewaskan Rnagers empat gol tanpa balas dalam perlawanan yang berlangsung lebih awal.

Jangkaan Liverpool untuk mara mudah meleset apabila sudah melecet diperlawanan pertama dan impian final di Atatürk Olympic Stadium, Istanbul masih lagi tidak terpadam dengan 5 perlawanan masih berbaki.

Napoli: Meret, Di Lorenzo, Kim, Rrahmani, Olivera, Lobotka, Zambo, Politano, Zielinski, Kvaratskhelia, Osimhen.

Pemain Gantian: Juan Jesus, Mario Rui, Elmas, Lozano, Simeone, Zerbin, Sirigu, Ostigard, Zanoli, Gaetano, Raspadori, Ndombele.

Liverpool: Alisson, Alexander-Arnold, Gomez, van Dijk, Robertson, Milner, Fabinho, Elliott, Salah, Firmino, Diaz.

Pemain Gantian: Thiago, Adrian, Jota, Tsimikas, Nunez, Arthur, Matip, Bajcetic, Phillips, Davies.

Pengadil: Carlos del Cerro Grande (Sepanyol).

BACA:  Liverpool Bakal Tandatangani Penyerang Yang Paling Arnold Goyang