Premier League 2022/23: Arsenal 3-2 Liverpool

Pendahulu liga ketika ini, Arsenal bertemu Liverpool yang kini berdepan dengan masalah prestasi dan menjadi medan sebenar untuk anak buah Mikel Arteta membuktikan keunggulan.

Liverpool merupakan pasukan Big Six kedua yang menguji kehebatan Arsenal selepas pasukan London itu gagal mengutip mata ketika menentang Manchester United yang serba serba tidak kena.

Andy Carrol 2.0, Darwin Nunez bermula dari kesebelasan utama dan Roberto Firmino yang kerap memberi mata kepada Liverpool musim ini sekadar memanaskan bangku simpanan.

Liverpool memulakan perlawanan dengan membuat hantaran ke belakang mencari Alisson Becker dan beberapa hantaran dari bawah saling bertukar kaki.

Arsenal hanya bersabar melihat Liverpool mengawal bola dan cuba melakukan serangan namun William Saliba berjaya merampas bola untuk satu terjahan bersih.

Bola dihantar terus kepada Bukayo Saka dan memanjang bola itu kepada Martin Odegaard yang melorongkan cantik bola kepada Gabriel Martinelli.

Cantik larian dari tepi yang dilakukan Martinelli dengan mudah menewaskan Alisson Becker dengan gol pembukaan perlawanan.

Kurang seminit atau lebih tepatnya selepas 58 saat sepak mula, Arsenal sudah dihadapan dengan serangan dan percubaan pertama mereka dalam perlawanan ini.

Video Assistan Referee (VAR) cuba membantu Liverpool dengan mencari salah Arsenal apabila mengesyaki Bukayo Saka offside namun gagal.

Kemudian Martinelli pula diteliti dan jelas juga tidak offside dan gol itu akhirnya disahkan menjadi milik Arsenal.

Minit ke-10 permainan dihentikan seketika bagi membolehkan Aaron Ramsdale menerima rawatan selepas tersentak urat apabila melakukan sepakan gol.

Liverpool telah dinafikan sepakan penalti selepas tendangan Diogo Jota telah terkena tangan Gabriel.

Granit Xhaka hampir menggandakan kedudukan namun Alisson Becker tidak tertewas kali ini dan Xhaka pula sudah disahkan offside.

Selepas permulaan menarik dan terus panas, perlawanan menjadi semakin sejuk dengan permainan yang semakin seimbang dengan Liverpool terus mahu mencari gol penyamaan.

Percubaan paling bahaya Liverpool hadir melalui Saliba pada minit ke-30 yang hampir tertolak bola ke gawang sendiri namun Ramsdale tenang mengawal situasi.

Akhirnya Liverpool berjaya menyamakan kedudukan yang berpunca dari lontaran ke dalam Trent Alexander Arnold yang terus dilambung ke depan.

Gabriel cuba memenangi bola namun gagal kerana kaki tidak cukup panjang dan pantas disambar Luis Diaz yang membuat hantaran lintang.

Darwin Nunez yang padu ketika sesi latihan menurut Jurgen Klopp pantas menyambar untuk menewaskan Aaron Ramsdale.

Luis Diaz terpaksa dikeluarkan kerana kecederaan dan Roberto Firmino masuk.

Tempoh 15 minit terakhir menyaksikan permainan menjadi milik Liverpool yang menjadi lebih agresif dan ada juga Arsenal cuba untuk kembali mendahului.

Lima minit masa kecederaan separuh masa pertama dan sebelum 45 minit pertama tamat Arsenal kembali di depan untuk rehat yang menggembirakan.

Larian liar Gabriel Martinelli gagal dicabar pemain Liverpool yang terus menghantar bola ke kotak disusuli dummy bijak Gabriel.

Bukayo Saka yang langsung tidak dikawal membuat satu tolakan mudah untuk gol kedua Arsenal. Minit awal dan minit akhir.

Arsenal hampir saja menambah lagi gol diawal separuh masa kedua juga melalui larian dari kiri Martinelli dan hantarannya sangkut dengan percubaan susulan gagal menghadirkan gol.

Entah apa menyengat Arsenal yang terus garang mencari gol, kali ini melalui percubaan Martin Odegaard yang tepat kepada Alisson Becker.

Namun Liverpool bukan kaleng-kaleng dalam kesenduan masih berjaya menyamakan kedudukan menerusi Roberto Firmino dengan penyudah tenang menyempurnakan suapan Jota.

Arsenal kemudian kembali dihadapan sekali lagi melalui Saka yang dibela mereka berpunca dari sepakan penalti selepas Thiaga mengasari Gabriel Jesus.

Tiada apa yang mampu dilakukan oleh Liverpool untuk mencari gol penyamaan apabila Arsenal kental untuk memperoleh tiga mata dan kembali ke puncak liga.

Arsenal (4-2-3-1) Ramsdale; White, Saliba, Gabriel, Tomiyasu; Partey, Xhaka; Saka, Odegaard, Martinelli; Jesus.

Pemain Simpanan: Turner, Tierney, Cedric, Holding, Lokonga, Vieira, Marquinhos, Nelson, Nketiah.

Liverpool (4-2-3-1) Alisson; Alexander-Arnold, Matip, van Dijk, Tsimikas; Henderson, Thiago; Salah, Jota, Diaz; Nunez.

Pemain Simpanan: Kelleher, Gomez, Fabinho, Konate, Milner, Firmino, Elliott, Carvalho, Phillips.

Pengadil Perlawanan: Michael Oliver.

BACA:  RB Salzburg 1-0 Liverpool