Alasan Sebenar Mengapa Barca Memilih Ferran Torres Berbanding Raheem Sterling

Raheem Sterling sepatutnya sudah menjadi bintang Barcelona pada ketika ini, namun gergasi Catalan itu mengubah keputusan mereka hanya kerana satu perjumpaan sahaja.

Kerana perjumpaan tersebut jugalah Barcelona akhirnya memilih untuk menandatangani Ferran Torres berbanding Raheem Sterling.

Permulaan musim baru ini merupakan waktu yang sukar untuk Sterling, dengan beliau mempamerkan aksi yang sungguh menakjubkan ketika saingan Euro 2020, namun gagal untuk memenangi hati Pep Guardiola.

Walau cemerlang membantu skuad The Three Liones mara ke aksi perlawanan akhir saingan Euro 2020 pada musim panas lalu, namun hal itu tidak menjamin tempat untuk Sterling dalam kesebelasan utama City pada musim ini.

Melihat kepada hal itu, ramai yang percaya bahawa beliau akan meninggalkan Etihad dalam usahanya untuk mendapatkan minit permainan.

Barcelona ketika itu dengan tiba-tiba menjadi calon kegemaran yang dianggap bakal menandatangani Raheem Sterling.

Walau bagaimanapun, pada akhirnya, bukan Sterling yang mereka pilih, sebaliknya Ferran Torres yang melengkapkan perpindahan dari Etihad ke Nou Camp.

Ferran Torres juga turut mahu meninggalkan Manchester City kerana merasakan yang beliau akan sukar untuk mendapat minit permainan di bawah kendalian Pep Guardiola.

Kini telah didedahkan yang salah seorang wakil dari kem Barcelona sebenarnya merasakan yang Sterling bakal berdepan kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan di Sepanyol.

Dek kerana memikirkan hal tersebutlah Barcelona akhirnya memutuskan untuk menandatangani Ferran Torres berbanding Sterling dari Manchester City.

Menurut sumber laporan dari SPORT, director Barca, Mateu Alemany telah mengadakan perjumpaan dengan bintang England itu dan memutuskan yang Sterling tidak mungkin akan mampu menyesuaikan diri bersama Barcelona.

Alemany dikatakan teruja dengan bakat bekas bintang Liverpool itu, namun beliau memberitahu pengurus kelab, Xavi yang beliau bimbang Sterling tidak akan mampu menyesuaikan diri.

Pihak kelab kemudiannya mempertimbangkan semula keputusan untuk menandatangani Sterling, dengan mereka kemudian menyenaraikan calon lain untuk dijadikan sebagai pengganti kepada Sergio Aguero.

Sergio Aguero hanya sempat membuat lima penampilan sahaja bersama Barcelona sejak ditandatangani dari Man City sebelum beliau mengumumkan perasaannya dari dunia bola sepak.

Director kelab kemudiannya menyatakan yang beliau turut sempat mengadakan perjumpaan dengan Ferran Torres, atas tujuan yang sama seperti perjumpaan beliau bersama Sterling.

Beliau kemudiannya memberitahu Xavi yang bekas bintang Valencia itu sangat berminat untuk melengkapkan perpindahannya menyertai Barcelona secepat yang mungkin.

Selepas mengeluarkan dana bernilai €55 juta untuk menandatangani Ferran Torres, Barcelona gagal untuk mendaftarkan beliau ke dalam skuad utama.

Pihak kelab kemudiannya telah melepaskan Philippe Coutinho dan Samuel Umtiti sebagai pemain pinjaman dan selepas dari itu mereka terus boleh mendaftarkan Ferran Torres.

Skuad kendalian Xavi Hernandez itu sangat terdesak mahu menamatkan saingan La Liga pada musim ini di kedudukan empat teratas, bagi memastikan tempat untuk mereka dalam saingan Champions League musim hadapan.

Barcelona pada musim ini hanya mampu beraksi di peringkat kumpulan sahaja dalam saingan Champions League, dengan mereka selepas ini akan meneruskan aksi dalam saingan Europa League.

Ia bukanlah standard sebenar gergasi Catalan itu, dan kerana itulah Xavi sangat diharapkan akan mampu untuk membawa Barcelona kembali menjadi pasukan digeruni.

Gergasi Catalan itu juga sedang merancang untuk mendapatkan Erling Haaland pada jendela perpindahan musim panas nanti, walaupun mereka sedang bergelut dengan masalah kewangan.

Untuk memastikan mereka tidak berdepan masalah kewangan di masa hadapan, pihak kelab tentunya bakal merancang untuk mendapatkan pemain bergaji rendah dan melepaskan pemain bergaji mahal yang ada dalam skuad pada ketika ini.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Sebab Utama Mengapa Jersi Ferran Torres Tak Ada Logo Barca Dan Nike