Albert Tjaaland Penyerang Muda Hebat Ini Adalah Sepupu Kepada Erling Haaland

Nama Erling Haalang sememangnya sudah tidak asing lagi dalam kalangan peminat bola sepak seluruh dunia.

Pemain muda kelahiran Norway ini telah mempamerkan aksi ketajaman sebagai seorang penyerang yang begitu luar biasa hebat.

Di usia 19 tahun, beliau sudah mampu menjaringkan 10 gol dalam penampilan pertamanya di pentas Liga Juara-juara.

Haaland sememangnya terkenal dengan kebolehan beliau untuk menjaringkan gol dengan mudah.

Nama Haaland mula dikenali ketika beliau mewakili pasukan remaja Norway untuk kejohanan Piala Dunia Remaja dan telah menggegarkan dunia dengan menjaringkan 9 gol dalam satu perlawanan.

Haaland berhijrah dari Molde ke Red Bull Salzburg pada bulan Ogos 2018, beliau telah mempamerkan aksi sangat mantap bersama Salzburg hingga menjadi rebutan pasukan gergasi seluruh dunia.

Haaland telah berhijrah ke Borussia Dortmund pada jendela perpindahan Januari lalu dan beliau berjaya memberi impak yang positive kepada pasukan dari Bundesliga itu.

Haaland telah menunjukkan kehebatannya dari perlawanan pertama beliau bersama pasukan Dortmund lagi.

Beliau membuktikan selain dari cemerlang di Liga Austria beliau boleh bermain di mana saja Liga dengan baik.

Penyerang sensasi Borussia Dortmund, Erling Haaland adalah antara pemain muda paling menyerlah dalam kejohanan Liga Juara-Juara musim ini.

Pemain muda Norway itu telah menunjukkan prestasi yang sangat luar biasa hebat. Perlawanan pertama beliau di pentas Liga Juara-Juara adalah bersama pasukan RB Salzburg.

Rekod beliau semasa awal musim Liga Juara-Juara bersama Salzburg, Haaland telah menjaringkan lapan gol dari enam perlawanan peringkat kumpulan.

Yang hebatnya adalah beliau berjaya menjaringkan gol ketika menentang pasukan Liverpool di Anfield.

Haaland terus menunjukkan aksi luar biasa beliau dalam aksi pusingan kalah mati Liga Juara-juara bersama pasukan Dortmund.

Beliau menjadi wira apabila menjaringkan dua gol yang luar biasa ketika membantu Dortmund menewaskan PSG dalam perlawanan pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara.

Erling Haaland sudah meledak 10 gol sepanjang kempen Liga Juara-Juara musim ini, satu gol kurang dari Lewandowski. Beliau adalah pemain muda terbaik dalam dunia ketika ini.

Namun sebalik kejayaan yang cemerlang dipamerkan Haaland ada seorang lagi sepupunya yang juga kini sedang mempamerkan aksi luar biasa bersama pasukan lain.

Sepupu Haaland bernama Albert Tjaaland kini baru berusia 16 tahun dan telah mempamerkan aksi yang sama mantap seperti apa yang dipamerkan oleh Haaland.

Albert Tjaaland adalah seorang pemain yang bermain diposisi penyerang, sama seperti abang sepupunya.

Tjaaland beraksi di Liga Divisyen 2 Norway, beliau kini telah menjaringkan 64 gol dari 37 perlawanan untuk Bryne FK.

Untuk pengatahuan, Erling Haaland juga memulakan karier awalnya bersama pasukan Bryne FK sebelum menyertai Molde di Liga Divisyen satu Norway.

Haaland sendiri telah membuat 16 penampilan bersama pasukan Bryne FK namun beliau tidak berjaya untuk mencipta sebarang jaringan bersama pasukan itu sejak 2016 hingga 2017.

Tjaaland merupakan seorang pemain yang memiliki kaki kanan sebagai kaki yang lebih dominan berbanding Haaland lebih dominan dengan kaki kiri.

Dari segi ketajaman dan naluri menjaringkan gol kedua-dua pemain ini mempunyai kemampuan yang hampir sama.

Diusia 16 tahun Tjaaland sudah mempamerkan aksi yang sebegini hebat, tidak mustahil di usia seperti Halaand beliau juga akan menjadi rebutan pasukan gergasi yang lain.

Tjaaland memiliki ketinggian 1.85 meter yang merupakan antara ketinggian yang ideal untuk seseorang yang bermain di posisi penyerang.

Menarik untuk disaksikan kemana hala tuju dan perjalanan karier remaja hebat ini. Siapa tahu mereka berdua akan menjadi seteru seperti Ronaldo dan Messi satu hari nanti.

BACA:  Haaland Terkesima Dengan Reaksi Makcik Ini Ketika Raikan Gol