Sir Alex Ferguson mengumumkan persaraaan beliau sebagai pengurus Manchester United pada 8 Mei 2013. Sir Alex Ferguson disifatkan sebagai pengurus terbaik yang pernah hadir dalam arena bola sepak British. Tidak keterlaluan jika kita katakan beliau adalah pengurus paling berjaya di dunia.
27 musim bersama Manchester United, Sir Alex telah memenangi sejumlah 38 trofi kejuaraan. 13 kejuaraan EPL, 2 kejuaraan UEFA Champions League, 5 Piala FA dan 4 Piala Liga(kini EFL Cup) adalah antara kejuaraan utama yang pernah didakap oleh Sir Alex Ferguson bersama Manchester United.
Karier Sir Alex di dalam bola sepak sememangnya paling diingati dengan kejayaan beliau sebagai pengurus berbanding sebagai pemain. Tidak banyak yang boleh diperkatakan mengenai karier bola sepak Sir Alex.
Karier bola sepak
Karier bola sepak Alex Ferguson bermula di Queens Park di Scotland sebagai pemain amatur. Debut beliau hadir pada usia 16 tahun, dan turut menjaringkan gol kompetitif pertamanya dalam perlawanan yang berakhir dengan kekalahan 2-1 kepada Stranraer.
Selepas itu Ferguson menyertai beberapa kelab lain sepanjang kariernya termasuk St. Johnstone, Dunfermline Athletic, Rangers, Falkirk, dan Ayr United.
🎂Happy 79th birthday to ex-Par & the greatest manager in football history, Sir Alex Ferguson.
His achievements in management at @AberdeenFC & @ManUtd are legendary but as a player Sir Alex scored 91 goals for Dunfermline (1964-67), a golden era for the club & Scottish football. pic.twitter.com/khYpqibpvW
— Pars Review (@ParsReview) December 31, 2020
Sepanjang tempoh tersebut, Ferguson pernah membantu St. Johnstone dan Falkirik muncul juara Divisyen 2 Scotland, selain merupakan penjaring terbanyak Divisyen 1 pada musim 1965/66 bersama Dunfermline.
Pernah memecahkan nilai rekod perpindahan di Scotland apabila menyertai Rangers dengan harga £65,000, Ferguson turut pernah menolak tawaran beraksi di Liga Inggeris bersama Nottingham Forest kerana enggan berhijrah ke England pada ketika itu.
Masalah disiplin
Sepanjang tempoh 27 musim bersama Manchester United Sir Alex pernah mengendalikan hampir 300 pemain yang pernah berada di dalam skuad utama Red Devils kendalian beliau.
Daripada jumlah tersebut, Sir Alex turut berpengalaman mengendalikan pemain-pemain yang memiliki masalah disiplin. Wayne Rooney misalnya kerap kali dilaporkan mabuk dan suka berjudi. Eric Cantona dan Roy Keane pula dikenali sebagai pemain berkepala batu, Ruud van Nistelrooy menjadi pemain yang pentingkan diri sendiri, dan David Beckham dengan gaya hidup seperti selebriti.
🗣 Sir Alex Ferguson: “If ever there was one player that was made for Manchester United, it was Cantona.
"He swaggered in, stuck his chest out, raised his head and surveyed everything as though he were asking: ‘I’m Cantona. How big are you? Are you big enough for me?'” pic.twitter.com/grl4E1LlHO
— GOAL (@goal) May 24, 2020
Masalah-masalah yang menyelubungi pemain-pemain ini jika tidak ditangani dengan baik, mampu mencetuskan masalah kepada keharmonian pasukan.
Sir Alex tetap mampu menyelesaikan isu-isu yang timbul dengan bijaksana. Ini bukan perkara menghairankan mengambil kira tempoh sukar yang beliau lalui sendiri ketika masih bergelar pemain dan berdarah muda.
Pengalaman sendiri
Bercakap dalam satu dokumentari bertajuk ‘Sir Alex Ferguson: Never Give In’ di Dauly Record, pengurus legenda berasasl dari Scotland itu mendedahkan sikap buruk yang ada pada dirinya sehingga menyebabkan beliau tidak bercakap dengan ayahnya selama dua tahun. Kejadian berlaku ketika Ferguson adalah pemain muda di St. Johnstone.
“Saya semakin meluat dengan bola sepak pada ketika itu kerana tidak konsisten untuk berada di dalam skuad utama,” dedah beliau.
The weirdest sight ever, Sir Alex Ferguson as a player. pic.twitter.com/guHbBlQo20
— 𝙏𝙖𝙡𝙝𝙖 🔱 (@TxlhaGFX) December 11, 2020
“Karier saya sedang menuju kehancuran dan itu membuatkan saya sedikit tertekan. Disebabkan itu saya mulai keluar pada sebelah malam Jumaat, dan adakalanya turut melakukannya pada malam menjelang perlawanan.
“Ayah saya berkata ‘Anda tidak boleh pergi ‘menari’ jika ada perlawanan esok.’
“Pada ketika itulah kami bertengkar sehinggalah pada satu ketika ayah saya sudah tidak tahan dan berkata, ‘Pergilah cari laluan anda sendiri, dan alami sendiri akibat yang akan berlaku,’ dan selepas itu kami tidak bercakap antara satu sama lain.
Sir Alex Ferguson, Rangers FC 1968
He made 41 apps with Rangers in his career scoring 25 goals. People often forget that he played football as well managed it 📸🇾🇪 #SirAlex #Fergie #UtdTalk #TRA #MUFC #MUFC_FAMILY #GGMU #UTFR pic.twitter.com/4Y804U5QyV
— 🇾🇪 MUFC UNITED KITS 🇾🇪 (@MUFCUnitedKits) November 27, 2020
“Selama dua tahun antara 1961 sehingga 1963 kami tidak bercakap antara satu sama lain.
“Pada satu malam saya keluar dan mabuk. Ia berakhir dengan pergaduhan dan saya meringkuk di penjara. Saya kemudiannya didakwa di mahkamah dan didenda £3. Ia adalah detik hitam di dalam hidup saya.
“Tempoh tersebut sentiasa bnerada di dalam ingatan dan perkara yang saya kesali kerana berlaku. Apa yang dicapai selepas itu adalah kerana saya menyesal dengan perbuatan lalu.”
Penutup
Sepertimana manusia lain, Sir Alex turut tidak pernah lari dari melakukan kesilapan. Perkara terpenting ialah seseorang itu perlu belajar dari kesilapan tersebut dan bangkit semula untuk mengejar kejayaan.