Alex Sabar Menanti Diluar Terowong Untuk Menenangkan De Gea

Sir Alex Ferguson telah menanti dengan penuh sabar menanti David De Ge diluar terowong untuk menenangkan penjaga gol Sepanyol itu yang gagal menyempurnakan sepakan penalti terakhir.

Ole Gunnar Solskjaer terlepas peluang terbaik beliau untuk mendakap trofi pertama bersama Manchester United apabila tewas kepada Villareal yang dipegang Unai Emery.

Selepas terikat 1-1 perlawanan diheret ke penentuan sepakan penalti yang sangat epik apabila 21 sepakan telah berjaya disempurnakan oleh kedua-dua pasukan.

Sepakan ke-22 dan yang terakhir menjadi milik David De Gea, sepakan lemah ke sebelah kanan berjaya dibaca dengan tepat tanpa gagap oleh penjaga gol Villareal, Genorimo Rulli.

Kegagalan David De Gea menyempurnakan sepakan penalti telah menghadiah kan Villareal trofi major pertama dalam sejarah penubuhan kelab Sepanyol.

David De Gea ternyata sugul, kecewa dan sedih dengan kegagalan ini dan kesedihan jelas terpancar walaupun selepas menaiki pentas untuk dikalungkan pingat tempat kedua.

Melihat kesugulan David De Gea, Sir Alex Ferguson menanti dengan penuh sabar diluar turun sehingga De Gea selesai turun dari pentas.

Sir Alex Ferguson terus merapati De Gea selepas turun dari pentas dan memeluk pinggang penjaga gol itu untuk menenangkan bekas pemainnya.

Pengurus paling berjaya dalam sejarah itu telah mengiringi De Gea memasuki terowong untuk menuju ke bilik persalinan.

Sir Alex Ferguson merupakan insan bertanggungjawab membawa De Gea datang ke Old Trafford dan kini sudah layan bergelar legenda kelab.

David De Gea dari seorang pencuri donut telah diasuh oleh Sir Alex Ferguson sehingga memenuhi potensi diri dan menjadi antara penjaga gol terhebat dunia.

Tindakan Sir Alex Ferguson mirip kepada bapa/atok penyanyang kepada seorang anak/cucu. Mungkin selepas pulang De Gea dibelikan ais krim dan cakelat.

Sepanjang karier 26 tahun Sir Alex Ferguson sebagai pengurus hanya tiga kali sahaja pengurus Scotland itu ponteng dari mengendalikan perlawanan.

1. Majlis perkahwinan anaknya
2. Mejlis pengebumian kakak iparnya
3. Pergi menyaksikan aksi De Gea untuk scouting.

Sir Alex Ferguson pernah ponteng dan tidak hadir ke perlawanan Manchester United kerana mahu melihat dan memantau aksi David De Gea yang kini menjadi penjaga gol nombor satu Setan Merah.

Sir Alex Ferguson merupakan jurulatih bola sepak yang paling berjaya dalam sejarah di mana beliau telah membimbing Manchester United memenangi pelbagai kejuaraan, anugerah dan pingat dari tahun 1986 sehingga 2013.

Untuk rekod, bekas pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson hanya pernah terlepas 3 perlawanan sepanjang 27 tahun menjadi pengurus di Old Trafford.

Fergie ketika bersama Black Eyed Peas

David De Gea masih lagi diangkat peminat bolasepak sebagai salah seorang penjaga gol terbaik dunia pada masa kini walaupun tampak semakin mengalami kemerosotan sejak 2,3 tahun ini.

Pertama, kerana beliau menghadiri perkahwinan anak lelakinya, dan kedua kerana menghadiri upacara pengkebumian kakak iparnya.

Dan yang terakhir adalah kerana mahu menilai sendiri persembahan David De Gea ketika pemain antarabangsa Sepanyol yang ketika itu masih bermain bersama Atletico Madrid.

Bekas jurulatih penjaga gol Manchester United, Eric Steele ketika berkata kepada Daily Mail memberitahu Ferguson sanggup menghadiri perlawanan Atletico Madrid semata-mata ingin melihat sendiri persembahan David De Gea, walaupun pada ketika itu Manchester United mempunyai perlawanan.

“Saya hanya ingat Sir Alex Ferguson pernah terlepas 2 perlawanan sahaja. Beliau terlepas perlawanan derby Manchester pada tahun 2000 kerana menghadiri majlis perkahwinan anak lelakinya. Satu lagi perlawanan yang beliau terlepas adalah kerana mahu menilai persembahan David De Gea.”

“Saya menyertai Manchester United pada tahun 2008, dan pada ketika itu, kami sedang membuat persediaan untuk persaraan Edwin Van Der Sar. Saya amat yakin David De Gea yang ketika itu berusia 19 tahun adalah pemain terbaik untuk menggantikan tempat Van Der Sar.”

De Gea sempat bermain Candy Crush ketika yidak diserang

Selepas menonon DVD kompilasi De Gea yang berdurasi 3 minit, Sir Alex Ferguson terus berangkat ke Sepanyol untuk membuat tinjauan dengan mata sendiri. Kalau kat Malaysia lepas tengok video terus beli.

“Saya menunjukkan kepada Sir Alex Ferguson kompilasi DVD persembahan De Gea selama 3 minit dan kemudian kami berangkat ke Sepanyol untuk menonton perlawanan di antara Valencia dan Atletico Madrid pada malam yang sama dimana Manchester United turun menentang Scunthorpe dalam saingan Piala Liga.”

“Sir Alex mengetahui De Gea adalah pembelian yang tepat selepas perlawanan memasuki minit ke-65. De Gea menunjukkan ketenangan, konsentrasi, dan reflek yang bagus. Beliau berjaya melakukan satu aksi menyelamat menggunakan keseluruhan tubuhnya.”

Walaubagaimanapun, Steele gagal menyatakan insiden ketiga Ferguson terlepas menghadiri perlawanan iaitu ketika Ferguson menghadiri majlis pengkebumian kakak iparnya seperti yang ditulis sendiri oleh Ferguson dalam buku autobiografinya.

Masih dibayangi kegemilangan lalu dan tidak mahu untuk terus maju.

Ferguson dilahirkan pada 31 Disember 1941 berasal dari Scotland merupakan seorang bekas pemain dan telah menjadi sebagai antara pengurus yang paling berjaya dalam dunia bola sepak bersama pasukan Manchester United.

Tanggal 6 November 1986 menyaksikan Sir Alex Ferguson telah dilantik sebagai pengurus di Old Trafford. Fergie bernasib baik kerana diberi peluang untuk walaupun mengharungi permulaan yang tidak berapa memberansangkan.

Jarang ada pengurus atau jurulatih yang mampu bertahan di sesuatu kelab selama 27 tahun dan memenangi kejuaraan seperti Ferguson, tambahan pula bola sepak sekarang menjadi satu industri yang memberikan pulangan kewangan yang besar dan membuatkan para pengurus dan jurulatih senang dipecat walau tewas tiga perlawanan berturut-turut.

BACA:  Alex Ferguson Ponteng Perlawanan Man Utd Kerana Mahu Melihat De Gea