Kehadiran De Gea Buat Penyokong Setan Merah Teruja Selepas Kecewa Dengan Onana

David de Gea kembali ke Manchester United pada masa yang tepat dan penyokong Setan Merah kini gempak gempita mendesak kelab itu untuk mengikat kembali bekas penjaga gol mereka itu selepas kecewa dengan prestasi Andre Onana di Old Trafford setakat ini.

Penjaga gol antarabangsa Sepanyol itu masih lagi bergelar ejen bebas selepas 12 musim bersama United. Dan kehadirannya dalam menyaksikan perlawanan skuad wanita United di pertandingan Women’s Champions League di Leigh Sports Village turut menimbulkan spekulasi De Gea akan kembali.

Sukan wanita United kendalian Marc Skinner melakukan penampilan pertama mereka di pertandingan peringkat Eropah dan berhadapan naib juara eropah sebanyak dua kali, Paris Saint-Germain dalam perlawanan tersebut.

Kehadiran De Gea di tempat duduk penonton pantas dikesan oleh penyokong United yang kini mendesak pihak kelab mengambil semula penjaga gol berusia 33 tahun itu selepas permulaan buruk Andre Onana.

Penjaga gol dari Cameroon itu sebelum ini menampilkan beberapa kesilapan berprofil tinggi sehingga menyebabkan United tewas dua perlawanan Champions League yang mereka lalui setakat ini.

Satu lagi kesilapan daripada Onana turut hampir memberikan mata kepada Brentford sebelum Scott McTominay menampilkan magis dengan dua gol minit akhir untuk mengembalikan United ke landasan kemenangan.

Legenda kelab Peter Schmeichel sebelum ini berkata rakan sepasukan Onana di United mulai hilang keyakinan terhadap penjaga gol itu.

Schmeichel bagaimanapun berkata kesilapan oleh Onana yang membawa Inter Milan ke final Champions League pada musim lalu berlaku disebabkan tekanan luar biasa kerana menyarung jersi Setan Merah.

BACA:  1992-2021: Tujuh Center Forward Paling Agung Manchester United. Siapakah Yang Terbaik?