Allan Hanya Mampu Lengkapkan 2 Hantaran Sahaja Ketika Aksi Bertemu Liverpool

Pemain midfield Everton, Allan hanya mampu melengkapkan dua hantaran sahaja dari 73 minit aksinya di atas padang ketika bertemu Liverpool malam semalam.

Apa yang lebih mengejutkan lagi, kedua-dua hantaran yang berjaya beliau lengkapkan itu adalah hasil dari kick-off dan ia jelas satu statistik yang sangat mengejutkan.

Liverpool berjaya mencatatkan kemenangan penting ketika aksi Merseyside derby semalam dengan Andy Robertson dan Divock Origi muncul sebagai penjaring gol mereka.

Kemenangan itu secara tak langsung membantu Liverpool untuk terus bersaing dengan Manchester City dalam perebutan merebut gelaran Premier League.

Everton benar-benar didominasi sepanjang perlawanan tersebut dengan para pemain Liverpool saling bertukar hantaran seolah-olah mereka sedang menjalani sesi latihan sahaja.

Bahkan, skuad kendalian Frank Lampard itu mencatatkan penguasaan bola kedua paling teruk dalam sejarah saingan Premier League (17.25 peratus) ketika aksi di Anfield itu.

Mereka secara keseluruhannya hanya mampu mencatatkan kurang dari 100 hantaran berbanding Liverpool yang mampu mencatatkan lebih dari 700 hantaran.

Everton juga dihentam kerana aksi tak jelas yang mereka persembahkan dengan mereka sentiasa bertahan walau sedang ketinggalan.

Mereka tak ubah corak permainan dari ultra defensive kepada lebih aggresif untuk menyerang untuk mencari gol kerana mereka sememangnya terdesak mahu mengutip tiga mata penuh dari perlawanan ini.

Thiago Alcantara yang dianggap sebagai pemain Liverpool paling berprestasi itu berjaya melengkapkan 120 hantaran dalam perlawanan ini dan ia lebih banyak berbanding kesemua pemain Everton digabungkan.

Statistik purata hantaran sempurna Thiago dalam perlawanan ini merupakan 98 peratus sementara Allan hanya mampu melengkapkan dua hantaran sahaja sepanjang perlawanan menerusi kick-off.

Pemain kebangsaan Brazil itu menyertai Everton dari Napoli pada tahun 2020 yang lalu dengan yuran perpindahan bernilai £21.7 juta.

Beliau dalam perlawanan ini mencuba melengkapkan enam hantaran namun hanya dua sahaja yang berjaya menemui rakan sepasukannya.

Jika Allan bergelut untuk melengkapkan hantaran dalam perlawanan ini, bintang Liverpool, Luiz Diaz pula cemerlang mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan dalam perlawanan ini.

Diaz pamer skill yang sungguh menakjubkan

Luis Diaz telah mempamerkan skill-skill yang sungguh luar biasa menakjubkan ketika beraksi bertemu Everton dalam aksi Merseyside derby awal pagi tadi.

Tidak keterlaluan untuk katakan yang beliau seolah-olah menganggap aksi bertemu Everton sebagai aksi pemanas badan sahaja.

Beliau mengeluarkan skill-skill yang jarang ada pemain berani gunakan dalam saingan Premier League dan Diaz lakukannya dengan sempurna.

Sejak awal Liverpool tandatangani beliau pada Januari lalu, beliau boleh dikatakan sudah menjadi antara pemain terpenting dalam sistem kendalian Jurgen Klopp.

Beliau merupakan pemain harapan yang diharapkan akan mampu membantu Liverpool memenangi gelaran quadruple musim ini.

Ketika aksi bertemu Everton malam semalam, beliau tidak diturunkan dalam kesebelasan utama Liverpool dan hanya di bawa masuk pada aksi babak kedua.

Sebaik masuk ke padang, Diaz berjaya memukau peminat seluruh dunia dengan sentuhan pertamanya yang sungguh luar biasa menakjubkan.

Beliau menyambut bola hantaran rakan sepasukannya dengan skill yang memukau dan sempurna.

Diaz melompat, melakukan flick dan memastikan bola berhenti betul-betul di kakinya sebelum beliau meneruskan build up serangan ke kubu Everton.

https://youtube.com/shorts/6JZ-es4INWk?feature=share

Para peminat jelas sekali terpukau dan teruja melihat skill beliau itu dan ramai dari mereka yang benar-benar mengagumi ketenangan Luis Diaz.

Tidak cukup dengan skill sentuhan pertama yang sangat-sangat dasyat itu, Diaz kemudiannya mencatatkan assists yang sungguh luar biasa menakjubkan.

Beliau menyambut hantaran dari Jordan Henderson dengan melakukan skill lipat gulung dengan bola lipatan beliau melantun lalu terus singgah ke kepala Divock Origi.

Origi kemudiannya menanduk bola itu masuk ke gawang Everton dan peminat benar-benar berpuas hati melihat assists dari Diaz itu.

The Reds kekal satu mata di belakang Manchester City dalam perebutan untuk merebut gelaran Premier League pada musim ini.

Everton sementara itu terpaksa akur berada di zon penyingkiran dengan mereka kini dua mata dibelakang Burnley untuk berada di zon selamat.

Liverpool mencipta rekod dengan menguasai 83% penguasaan bola dalam perlawanan ini dan ia jelas menunjukkan Everton selayaknya berada di mana mereka berada pada ketika ini.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Fabinho Dijangka Ganti Tempat Virgil Van Dijk Yang Digantung Perlawanan