Alves Cipta Assists Yang Menakjubkan Ketika Debut Keduanya Bersama Barca Di Usia 38 Tahun

Dani Alves telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan ketika beliau melakukan debutnya dalam saingan La Liga musim ini.

Di usia 38 tahun, selain mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan, beliau juga turut berjaya mencatatkan satu assists berkualiti tinggi yang sangat dasyat.

Beliau berjaya mencipta assists untuk gol pertama Barcelona ketika aksi terikat 1-1 bertemu Granada awal pagi tadi.

Pemain kebangsaan Brazil itu memutuskan untuk kembali menyertai Barcelona buat kali kedua dalam kariernya, selepas beliau menamatkan kontraknya dengan Sao Paulo.

Beliau melakukan penampilan pertamanya bersama Barcelona ketika aksi dalam saingan Copa Del Rey pada Khamis lalu.

Selepas menunjukkan aksi persembahan yang super mantap dalam perlawanan tersebut, Alves sekali lagi diturunkan dalam kesebelasan utama ketika aksi bertemu Granada awal pagi tadi.

Di usia 38 tahun, Alves masih mampu beraksi dengan sangat cemerlang dan beliau turut mempamerkan kualiti right back yang sungguh luar biasa menakjubkan.

Pada aksi babak kedua dalam perlawanan bertemu Granada, Dani Alves berjaya mencipta satu assists yang sangat cantik dan berkualiti tinggi untuk gol jaringan dari Luuk de Jong.

Ia merupakan hantaran berkualiti tinggi yang tepat menemui sasarannya dan Alves sememangnya memiliki kualiti tersebut sejak dari usia mudanya lagi.

Pemain-pemain seperti Trent Alexander Arnold dan Joao Cancelo merupakan antara pemain right-back yang telah mempamerkan aksi sungguh menakjubkan pada ketika ini, namun harus diingat Dani Alves merupakan pemain terawal yang menunjukkan cara sebenar untuk beraksi seperti itu.

Alves bersetuju untuk kembali sertai Barcelona pada November lalu, dengan beliau menandatangani kontrak jangka masa pendek sehingga akhir musim ini.

Beliau tidak boleh melakukan debutnya sehingga tahun baru ini dan kini selepas diturunkan, Alves membuktikan yang beliau boleh membawa impak cukup besar untuk skuad kendalian Xavi Hernandez itu.

Pada hari pertama beliau bersama kelab, Alves telah memberikan ucapan yang penuh bersemangat hingga mendapat pujian dari ramai pihak.

Beliau kemudiannya menunjukkan rasa cinta, kasih dan sayangnya kepada Barcelona dengan mengelak dari terpijak logo kelab ketika sesi latihan terbuka di Nou Camp.

Aksi Alves mengelak dari memijak logo Barcelona

Tindakan Dani Alves menolak untuk memijak logo Barcelona yang diletakkan di atas padang menunjukkan yang beliau benar-benar menghormati kelabnya.

Beliau jelas sekali menunjukkan contoh tauladan yang baik dan wajar untuk dipuji, dengan Nico Gonzalez turut sama mengikuti apa yang dilakukan oleh Alves.

Alves kembali ke Nou Camp selepas secara rasminya menandatangani perjanjian sehingga akhir musim ini bersama Barcelona.

Kepulangan semula legenda kelab itu sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada Xavi Hernandez kerana beliau ada pemain veteran yang boleh membantunya membimbing barisan pemain muda.

Dani Alves jelas sekali sangat sayang dan cintakan Barcelona dengan beliau sebelum ini pernah menikmati karier lapan tahun yang menakjubkan di Nou Camp dari tahun 2008 hingga 2016.

Beliau membuktikan rasa cinta, kasih dan sayangnya beliau kepada Barcelona dengan mengelak dari memijak logo kelab ketika sedang menjalani sesi latihan terbuka di Nou Camp.

Pemain veteran Brazil itu berjalan bersama rakan sepasukannya dan sebaik beliau sedar yang beliau hampir memijak logo Barcelona, Alves memutuskan untuk mengelak.

Sedar atau tidak, tindakan murni beliau itu sepertinya berjaya mempengaruhi Gonzalez dengan pemain berusia 20 tahun itu turut melakukan hal yang sama.

Melihat kepada video tersebut, para penyokong Barcelona jelas sekali sangat gembira dan bahagia dengan tindakan Alves.

Mereka dapat rasa yang Alves sememangnya sangat sayangkan kelab, dan benar-benar menghormati maruah kelabnya itu.

“Kita memang sangat memerlukan seorang pemain yang betul-betul menghormati dan menyayangi kelab setulusnya seperti Alves.”

“Jumlah kasih sayang dan rasa hormat Dani Alves kepada Barcelona baik dalam mahupun di luar padang sungguh luar biasa menakjubkan… Saya sangat pasti dia akan berikan 100 peratus walau sudah berusia 38 tahun dan kita dah nampak itu ketika dia bertemu Boca Juniors.”

“Dani menjadi contoh yang sangat baik untuk mereka… Ini adalah ketua yang kita cari dan dia merupakan pemain yang sangat berpengalaman.”

“Saya rasa susah kita nak jumpa pemain macam Alves sekarang, kebiasaannya pemain tak peduli pun kalau terpijak logo atas padang macam itu.”

“Alves membuktikan yang dia layak dianggap sebagai legenda kelab, dan percayalah, dia bakal menjadi pemain paling disayangi peminat.”

Barcelona akhirnya berjaya mendaftarkan Dani Alves pada minggu ini, dengan pemain berusia 38 tahun itu akan membuat penampilan pertama beliau bersama kelab selepas lima tahun ketika aksi bertemu Linares.

Beliau melakukan debut keduanya dalam aksi Copa Del Rey dengan Alves berjaya membantu skuadnya untuk mencatatkan kemenangan 2-1 menewaskan Linares.

Bercakap sebaik tamat perlawanan tersebut, beliau menyatakan bahawa:

“Ia merupakan hadiah yang sangat istimewa untuk dapat beraksi bersama Barcelona sekali lagi selepas tempoh yang sangat lama.”

“Saya pernah rasa untuk bergembira dan menderita dengan rakan sepasukan saya dalam usaha untuk mencatatkan kemenangan.”

“Hari ini, saya ada peranan antara full-back dan midfielder, mengisi kekosongan, ia merupakan posisi yang saya dominan, memiliki pemain berkualiti di samping saya, ia menjadikan tugas saya lebih mudah.”

Barcelona kini sedang dalam usaha mereka untuk kembali bangkit selepas beberapa musim berdepan dengan kesukaran dan bergelut dengan masalah prestasi.

Kehadiran pemain berpengalaman seperti Alves bukan hanya akan membantu Barca di atas padang, bahkan beliau juga bakal menggunakan pengalaman yang beliau ada untuk bantu Xavi menguruskan para pemain.

Tidak mengejutkan andai Barca akan berjaya capai sesuatu pada musim ini, kerana mereka nampak bersungguh-sungguh mahu membawa naik kelab kembali menjadi pasukan digeruni di benua Eropah.

BACA:  Dani Alves Menyarankan Kepada Barca Supaya Kejar Mbappe Bukannya Haaland