Dani Alves Cipta Assists Menggunakan Skill Lipat Yang Sungguh Luar Biasa Dasyat

Barcelona terpaksa akur ditendang keluar dari saingan Copa Del Rey, selepas dikejutkan dengan kekalahan 3-2 di tangan Athletic Bilbao.

Selepas tersingkir dari saingan Spanish Super Cup di tangan Real Madrid minggu lalu, Barca sekali lagi menangis selepas tersingkir pula dari saingan Copa Del Rey.

Barcelona memulakan permainan dengan aksi yang sangat hambar dan menyebabkan mereka memberi ruang kepada Athletic untuk merobek gawang mereka seawal minit kedua permainan.

Iker Muniain cemerlang menghukum Barcelona dengan meledak gol awal, seterusnya membantu Athletic untuk mendahului perlawanan.

Ferran Torres kemudiannya berjaya menjaringkan gol pertamanya untuk Barcelona pada minit ke-20 permainan, dengan menjaringkan gol yang cukup cantik menewaskan penjaga gol Bilbao.

Babak pertama berakhir dengan keputusan terikat 1-1 dengan kedua-dua pasukan turut mempamerkan aksi persembahan sungguh luar biasa mantap.

Inigo Martinez kemudiannya berjaya menjaringkan gol pada minit ke-86 permainan, untuk meletakkan Athletic Bilbao dihadapan dengan keputusan 2-1.

Berbaki empat minit masa sebenar, Barcelona sepertinya sudah bersedia untuk mendengar wisel panjang, seterusnya tersingkir dari kejohanan ini.

Walau bagaimanapun, Dani Alves sama sekali tidak membenarkan Barcelona mudah-mudah untuk tersingkir, dengan beliau mencipta assists yang sungguh luar biasa menakjubkan untuk gol jaringan Pedri.

Pemain kebangsaan Brazil itu melakukan assists dengan teknik lipat gulung untuk mencari Pedri di dalam kotak, seterusnya berjaya menghasilkan gol penyamaan untuk Barcelona mengikat Athletic Bilbao 2-2.

Pujian harus diberikan kepada Pedri kerana tenang menyempurnakan hantaran sungguh luar biasa cantik dari Dani Alves itu, untuk mengheret perlawanan ke aksi tambahan masa.

“Wow! Wow! Wow! Saya hilang kata-kata, bagaimana dia boleh mencatatkan assists dari gerakan seperti itu?”

“Di usia 40 tahun dia boleh menghasilkan assists seperti itu, Dani Alves sememangnya pemain yang sungguh luar biasa menakjubkan.”

“Saya tak tahu apa lagi boleh saya katakan, assists yang sungguh cantik, pengalaman dia jelas sekali sangat membantu untuk dia melakukan hantaran secantik itu.”

“Saya tonton aksi Alves berulang-ulang kali sampai saya terlupa yang Barcelona tewas dalam perlawanan ini. Gerakan yang sungguh menakjubkan.”

“Saya tak rasa pemain-pemain muda ada kualiti sehebat Alves, hantaran yang sungguh luar biasa dengan teknik yang sungguh menakjubkan.”

Alves pada ketika ini sudah hampir berusia 40 tahun dan beliau masih mampu mempamerkan aksi persembahan sehebat itu.

Bukan hanya tunggu depan gol untuk lakukan tap-in, tapi beliau beraksi dengan berlari tanpa henti, dan mempamerkan persembahan yang jauh lebih hebat dari barisan pemain muda.

Malang sekali untuk Barcelona, kehebatan Alves membantu mereka mencari gol penyamaan berakhir dengan kegagalan.

Iker Muniain berjaya meledak gol menerusi sepakan penalti pada minit ke-106 permainan, untuk membantu Athletic Bilbao mencatatkan kemenangan 3-2 menewaskan Barcelona.

Memburukkan lagi keadaan untuk Barcelona, kedua-dua Ansu Fati dan Pedri terpaksa meninggalkan padang dengan diusung keluar selepas mereka mengalami kecederaan ketika sedang beraksi dalam perlawanan tersebut.

Athletic selepas ini akan menunggu sesi undian untuk menentukan siapa lawan mereka di pusingan suku akhir pada Jumaat ini, dengan undian akan dilakukan di Madrid.

Real Madrid, Real Sociedad, Real Betis dan Valencia merupakan antara nama-nama besar yang berjaya melayakan diri ke peringkat suku akhir.

Barcelona selepas ini akan turun beraksi bertemu Alaves dalam aksi saingan La Liga dan mereka jelas sekali sangat berharap untuk mengutip tiga mata penuh, dalam usaha mahu mengakhiri saingan musim ini dikedudukan empat teratas.

Sumber: GMS

BACA:  Dani Alves Terlepas Peluang Untuk Mewakili Brazil Di Piala Dunia 2018