Mohd Amirul Hadi Zainal baru-baru ini telah menyenaraikan kesebelasan utama para pemain Malaysia pilihannya dan hasilnya sungguh mengejutkan.
Ia merupakan barisan kesebelasan utama yang tidak tercapai dek akal logik manusia biasa dengan beliau ada taktikal yang hebat untuk menggunakan kelebihan pemain-pemain ini.
Beliau turut membuat sedikit perubahan dari segi posisi asal pemain yang dipilih, dengan meletakkan Adib Aizudin di posisi penjaga gol, dan Izham Tarmizi di posisi midfield.
Former Johor Darul Ta'zim FC (JDT) midfielder Amirul Hadi Zainal has joined Rafael Gil Sanchez's coaching staff at JDT II, thus continuing his career with the Southern Tigers after serving as a player from 2014-2019.
[1/2] pic.twitter.com/DApURCQImo
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) December 12, 2019
Siapa sangka Izham Tarmizi juga boleh bermain di posisi midfield dan Adib Aizudin boleh bermain di posisi penjaga gol kerana boleh melompat dengan tinggi.
Beliau juga memberi sepenuh kepercayaan kepada Razman Roslan dan Shakir Shaari untuk bermain sebagai penyerang utama dalam skuadnya.
Ketenangan kedua-dua pemain itu berjaya memukau Amirul Hadi dan menyebabkan beliau yakin gandingan dua pemain ini bakal menghasilkan gol yang banyak untuk skuadnya.
Mungkin ia boleh menghasilkan gandingan yang mantap persis gandingan antara Cristiano Ronaldo dan Edinson Cavani, siapa tahu bukan?
JOHOR DARUL TA'ZIM PLAYER STATISTICS – AMIRUL HADI ZAINAL pic.twitter.com/ayc7LYs5Cc
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) September 1, 2016
Tidak pasti atas alasan apa beliau memilih kesebelasan terbaik ini, namun wartawan The Sukan terjumpa video yang dimuat naik oleh @PencintabolasepakMalaysia di TikTok, dan Amirul Hadi telah menyenaraikan kesebelasan terhebat sepanjang zaman pilihannya.
Menggunakan formasi 3-5-2, Amirul Hadi Zainal telah memilih untuk menggandingkan pemain-pemain terbaik yang pernah beraksi dalam saingan bola sepak Malaysia sejak satu ke dua dekad ini.
Kesebelasan terbaik Malaysia pilihan Amirul Hadi😭😭 pic.twitter.com/zkpruA9NsM
— shikh saiful rizal (@ShikhRizal) December 6, 2021
Berikut merupakan kesebelasan terbaik pilihan Amirul Hadi Zainal yang mana beliau melantik dirinya sebagai jurulatih untuk pasukan yang diberi nama Team Bossku.
Penjaga Gol
Adib Aizuddin Abdul Latif
Beliau memilih Adib Aizudin sebagai penjaga gol kerana yakin pemain pertahanan ini boleh melompat dengan tinggi.
Beliau percaya yang pemain pertahanan yang kini berusia 35 tahun itu sebenarnya ada potensi untuk bermain di posisi penjaga gol.
Mungkin ada sesuatu yang coach Amirul nampak ada dalam diri Adib untuk beliau manfaatkan supaya boleh menjadi penjaga gol yang bagus.
Good luck Badrol Bakhtiar for your new adventure..💪💪
Thanks for everything..😊 pic.twitter.com/5j9v4wocFF
— Hafiz.Mohamed (@Hafiz1505) November 24, 2021
Pertahanan
Baddrol Bakhtiar
Baddrol bin Bakhtiar yang sudah melengkapkan perpindahannya dari Kedah ke Sabah telah dipilih oleh Amirul Hadi untuk bermain dalam sistem back three skuadnya.
Siapa sangka Bad yang turut dikenali sebagai The Sniper sebenarnya juga boleh menjadi tank yang kental untuk melindungi barisan pertahanan.
Pemain midfield yang berusia 33 tahun itu pada ketika ini sering beraksi di mainkan di posisi tengah, namun Amirul Hadi lebih percayakan beliau untuk bermain di posisi centre-back.
Mohd Syazwan bin Zainon
Syazwan Zainon dipilih sebagai gandingan Badrul Bakhtiar di posisi centre-back dengan Amirul Hadi mungkin mahu dua bintang yang pernah beraksi bersama skuad Kedah ini melindungi barisan pertahanannya.
An underrated goal by Malaysia's Syazwan Zainon that needs to be talked about more? 🧐
How would you rate this goal from 1️⃣ to 🔟?#AFFSuzukiCup #GoalOfTheDay pic.twitter.com/8x18oQy32e
— AFF Mitsubishi Electric Cup (@affmecup) August 20, 2020
Bintang berusia 32 tahun ini kebiasaannya bermain di posisi sayap kiri, namun Yol sudah ada pemain kegemarannya untuk posisi itu dan mahu Syazwan bermain di posisi pertahanan.
Rozaimi Abdul Rahman
Ramai yang terkejut kan? Sebenarnya ini adalah sebahagian dari perancangan Amirul Hadi Zainal dengan beliau percaya Rozaimi lebih sesuai bermain di posisi pertahanan.
Pemain berusia 29 tahun itu kebiasaannya bermain di posisi penyerang, namun Amirul Hadi yakin hanya penyerang yang kenal penyerang, maka penyerang jugalah yang boleh gagalkan serangan dari penyerang lain.
Tengah
Indra Putra Mahayuddin
Indra Putra Mahayuddin merupakan legenda dalam kancah bola sepak Malaysia dan beliau boleh bermain di posisi sayap serta serangan.
Indra Putra Mahayuddin just need 5 goal more to settle 100 goals in Malaysia Top Level Competition.
He is 38 this year. https://t.co/U5cvZvQali
— Aun Rahman (@aunrrahman) January 14, 2019
Jadi tidak hairanlah mengapa Amirul Hadi boleh beri kepercayaan kepada pemain berusia 40 tahun itu untuk bermain di posisi tengah skuadnya.
Muhammad Shukor bin Adan
Shukor Adan baru sahaja mengumumkan persaraannya dari dunia bola sepak, dengan Amirul Hadi memilih beliau untuk bermain di posisi midfield dalam skuadnya.
Shukor kebiasaannya bermain di posisi pertahanan dan beliau juga sesekali bermain di posisi tengah, jadi tak salah lagi Amirul Hadi telah membuat keputusan yang tepat.
Norhafiz Zamani Misbah
Tiada siapa sangka yang nama Norhafiz Zamani Misbah juga akan ada dalam senarai ini, dengan Amirul Hadi memberi kepercayaan kepada legenda Negeri Sembilan itu untuk bermain di posisi tengah.
Happy Retirement Norhafiz Zamani Misbah!
When @harimaumalaya7 hosted @CBF_Futebol in a friendly prior to the 2002 World Cup; he manage to keep a certain @10Ronaldinho & @RIVALDOOFICIAL in his pocket for at least 45 minutes.
📸 Chedinsphere Blogspot https://t.co/YCN1Z3UBgb pic.twitter.com/cJLg4wZCtD
— theBOLABOLAshow (@theBOLABOLAshow) January 14, 2021
Legenda berusia 40 tahun itu ketika kariernya sering bermain di posisi pertahanan, namun Amirul Hadi yakin yang beliau juga boleh bermain di posisi midfield.
Mohamad Izham Tarmizi bin Roslan
Nama yang langsung tidak dijangka akan ada dalam senarai ini dan beraksi di posisi midfield, sungguh luar biasa pilihan Amirul Hadi Zainal.
Beliau percaya penjaga gol berusia 30 tahun itu sebenarnya boleh bermain di posisi tengah, dan mungkin beliau berharap Izham Tarmizi boleh jadi seperti Kante untuk mematahkan semua serangan dari pasukan lawan.
Muhammad Fazly Bin Mazlan
Pemain tengah terakhir yang dipilih oleh Amirul Hadi Zainal merupakan bintang Johor Darul Ta’zim, Fazly Mazlan dengan beliau percaya bekas rakan sepasukannya itu mampu untuk bergandingan dengan Izham di tengah.
Good to see Fazly Mazlan still got his groove! Would love to see him always on their starting lineup and play well for him to be called up again. #CIMBLigaSuper2020 pic.twitter.com/tvdgSER4JM
— yanie (@unitedfreex) September 12, 2020
Mungkin Amirul Hadi ada perancangan tersendiri meletakkan Fazly Mazlan bersama Shukor Adan, Indra Putra Mahayuddin dan Izham Tarmizi di posisi tengah dalam skuadnya.
Penyerang
Mohd Shakir Shaari
Satu lagi keputusan yang boleh dianggap di luar kotak manusia normal, dengan Amirul Hadi memberi kepercayaan kepada legenda Kelantan itu untuk bermain di posisi penyerang skuadnya.
Tidak dinafikan Shakir Shaari sememangnya memiliki ketenangan yang sungguh luar biasa dan Amirul Hadi yakin ketenangan itu harus dimanfaatkan dengan baik.
Mohd Razman bin Roslan
Pemain terakhir dalam skuad Amirul Hadi Zainal adalah kapten marvel, Razman Roslan dengan beliau diberi kepercayaan untuk jadi mesin pencetak gol untuk skuad pilihan Yol.
Razman Roslan is with the U-22 team in spirit for tonight's 🇲🇾vs🇹🇭 match, available on Astro Arena & Astro Go! #KitaSamaHero #BangkitBersama pic.twitter.com/gKsfwDVfhh
— Stadium Astro 😷 (@stadiumastro) August 29, 2017
Atas alasan yang sama seperti Shakir Shaari, Amirul Hadi turut memilih Razman Roslan sebagai penyerang utamanya kerana pemain itu memiliki ketenangan.
Hebat bukan? Kesebelasan utama yang sungguh luar biasa menakjubkan dipilih oleh Amirul Hadi Zainal.
Skuad ini sepatutnya perlu diketengahkan dan mungkin FAM perlu menawarkan jawatan sebagai jurulatih Harimau Malaya kepada Amirul Hadi Zainal, untuk beliau terus lakukan uji kaji yang luar biasa menakjubkan ini.
Sumber: TikTok