Anak lelaki kepada Ivan Perisic, Leo telah berlari merentasi padang dan tidak menghiraukan sekuriti yang cuba menghalang hanya semata-mata untuk tenangkan Neymar yang kesedihan.
Ini merupakan satu detik yang paling menyentuh hati di Piala Dunia 2022 yang telah membuatkan Neymar kembali tersenyum ketika sebelum menyambung tangisannya.
Skuad kendalian Zlatko Dalic itu mengesahkan tempat ke separuh akhir minggu depan selepas menewaskan pasukan pilihan Brazil pada suku akhir yang dramatik di Stadium Bandar Pendidikan.
Tetapi perlawnan ini bukanlah permainan yang paling menghiburkan. Separuh masa pertama adalah sangat sendu dengan permainan penuh berhati-hati dengan corak bertahan terlalu kemas dari Croatia.
Leo Perisić, Ivan’s son, running over to console Neymar Jr in tears. 🇧🇷🇭🇷 #Qatar2022
This video is simply great 🤍🎥 pic.twitter.com/xJeIn1Rxmv
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) December 9, 2022
Tetapi akhirnya, selepas lebih sejam, permainan menyerang mula dilancarkan Brazil dengan serangan bertali arus, Brazil kelihatan berbahaya namun tidak bergigi.
Perlawanan gagal ditamatkan dalam tempoh 90 minit dan pada minit ke-105, Neymar menyamai rekod Pele selepas berjaya menggelecek Dominik Livakovic yang terlalu padu menafikan percubaan Brazil.
Bruno Petkovic berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-118 dan membawa perlawanan ke sepakan penalti, Dominik Livakovic menjadi wira dengan tangan emasnya.
Croatia berjaya membuktikan corak permainan mereka dapat memberikan hasil dan Neymar tidak sempat membuat sepakan kerana telah tewas sebelum gilirannya tiba.
Perisic sine unger ville veldig gjerne si hei til Neymar, vakten sa nei, men tross exit i VM tok Neymar seg tid🫶 pic.twitter.com/6UMCvS8oyo
— TV 2 Sport (@tv2sport) December 9, 2022
Neymar yang juga merupakan Raja Air Mata lantaran terlalu banyak kekecewaan yang dihadapinya bersama Brazil sekali lagi mengalirkan air mata jantannya.
Dan mungkin inilah titisan air mata terakhir Neymar di pentas Piala Dunia apabila menyatakan sebelum ini, mungkin ini Piala Dunia terakhirnya.
Selepas wisel sepenuh masa dibunyikan, penjaring gol terbanyak bersama Brazil, Neymar menitiskan air mata apabila harapan dan impian Brazil untuk menjulang satu lagi Piala Dunia terburai.
Tetapi beberapa saat kemudian, anak lelaki Ivan Perisic, Leo, memutuskan untuk pergi dengan misi menenangkan dan menghiburkan penyerang PSG itu – detik indah itu yang cepat menjadi tular.
Ivan Perisic's son, Leo, ran over to console Neymar after the match 😢
Sports. ❤️ pic.twitter.com/FobFDyG1Rj
— ESPN FC (@ESPNFC) December 9, 2022
Salah satu perkara yang paling menarik dalam perlawanan itu ialah keputusan Brazil untuk tidak meletakkan Neymar sebagai penyepak penalti pertama.
Legenda Jerman, Jurgen Klinsmann pantas membuat komen mengenai situasi itu dan melahirkan kehairanan:
“Mereka mempunyai pendekatan yang sama sekali berbeza,” katanya kepada BBC Sport.
“Sebelum ini anda melihat penyepak penalti terbaik anda akan menjadi penentu rentak. Bagi saya Neymar sepatutnya mengambil sepakan yang pertama dan menetapkan rentak sepakan seterusnya.”
Neymar should have taken first penalty, says Jurgen Klinsmann https://t.co/aj47L1zId3
— BBC News (UK) (@BBCNews) December 9, 2022
Bagi Klinsmann Neymar perlu menjadi penendang pertama kerana Croatia berada di momentum terbaik selepas gol penyamaan dan penyepak pertama wajib menjaringkan gol untuk menentukan hala tuju penalti pasukan.
“Momentum benar-benar berubah dengan gol Croatia itu, sejurus sebelum tamat masa tambahan.”
“Apa yang terlintas di fikiran anda jika anda pemain Brazil, anda akan berasa takut. Seluruh negara menjangkakan anda akan melaluinya dan anda panik.
“Anda jauh lebih gementar kerana anda tidak mempunyai masa untuk mengimbangi diri anda.”
Rio Ferdinand turut mengulas mengenai keputusan itu dan kelihatannya senada dengan Jurgen Klinsmann.
Berakhir Kempen Piala Dunia 2022 Brazil
Croatia mempamerkan aksi kebangkitan untuk mengikat Brazil dan membawa permainan ke penentuan sepakan penalti yang menjadi kepakaran mereka dan menang 4-2.
Perlawanan antara Croatia menentang Brazil menjadi perlawanan pembukaan bagi peringkat suku akhir Piala Dunia 2022 yang berlangsung di Stadium Education City, Qatar.
Tiada kontroversi atau kenyataan yang panas untuk pertemuan Croatia dan Brazil ini apabila kedua-dua pasukan memilih untuk memfokuskan kepada perlawanan suku akhir sahaja.
Pemain tumpuan yang menjadi pasukan dalam perlawanan ini sudah pastilah Neymar bagi pasukan Brazil dan Luka Modric untuk Croatia.
Dari segi statistik dari peringkat kumpulan ke pusingan 16 boleh dikatakan agak seimbang walaupun serangan Brazil dilihat lebih mengancam untuk pertemuan ketiga Piala Dunia mereka selepas 2006 dan 2014.
COMPARED: #HRV vs. #BRA at the 2022 World Cup.
Who goes through to the semi-final? 🔮#FIFAWorldCup
— Squawka (@Squawka) December 9, 2022
Usai sepak mula berlangsung selepas pengadil perlawanan dari England, Michael Oliver meniup wisel Croatia menguasai bola untuk tempoh seketika sebelum Brazil dengan pantas mendapat rentak dan permainan mula menjadi milik mereka.
Vinicius Jr melakukan satu percubaan sepakan lencong dari jauh namun tidak cukup kuat untuk menujuk ke penjuru atas gawang mudah didakap Dominik Livakovic.
Brazil datang lagi dengan permainan satu dua cantik Richarlison dan Vinicius Jr namun rembatan Vinicius di hadang dan rembatan Neymar pula agak lemah.
Croatia masih tenang menyerap asakan dan selepas 30 minit perlawanan mula menjadi seimbang dan Croatia cuba untuk mencari gol.
HT | 🇭🇷 Croatia 0–0 Brazil 🇧🇷
Somewhat surprisingly, this was an evenly-contested first half, as neither side had major opportunities but both showed willingness to push forward.
We're hoping to see more action after the break! 🤞#CROBRA #Qatar2022 #FIFAWorldCup pic.twitter.com/stCWeTrDoX
— Sofascore (@SofascoreINT) December 9, 2022
Sepakan percuma Neymar terbias benteng Croatia tetapi gagal untuk mengundang bahaya, separuh masa yang agak hambar tamat tanpa jaringan dengan permainan yang berhati-hati.
Bersambung babak kedua Brazil terus garang dengan dua serangan penuh mengancam namn telah dinafikan namun bola recycle membolehkan Brazil kembali mencuba.
Pengadil menghentikan permainan untuk memberi laluan kepada VAR memeriksa bola terkena tangan pemain Croatia samada layak diberikan penalti atau tidak.
Tiada penalti dari VAR walaupun terkena tangan namun tidak cukup syarat sah penalti dan serangan bertali arus terus dilancarkan Brazil sebelum mengendur.
Dominik Livaković has made more saves in 70 minutes against Brazil (6) than Alisson has all tournament (5). 😅#FIFAWorldCup
— Squawka News (@SquawkaNews) December 9, 2022
Melepasi tempoh sejam perlawanan masih tiada lagi gol berjaya dijaringkan. Penjaga gol Croatia, Dominik Livakovic terlalu unggul.
Pada minit ke-64, Lucas Paqueta memperoleh peluang terbaik untuk menjaringkan gol pembukaan namun Dominik Livakovic pantas keluar menerpa untuk menghadang.
Serangan bertali arus terus dilakukan Brazil dengan 15 percubaan serta 8 percubaan tepat namun gol tidak kunjung tiba dan permainan di bawa ke masa tambahan.
Croatia langsung tidak menghadirkan sebarang percubaan tepat sepanjang 90 minit permainan yang bermakna gagal menghadirkan bahaya.
End of 90' | 🇭🇷 Croatia 0–0 Brazil 🇧🇷
It's Croatia in the #FIFAWorldCup knockout stage, what did you expect? 😅
Brazil were the better side in the second half, but Dominik Livaković made several important saves to keep it goalless, so we go to extra time!#CROBRA #Qatar2022 pic.twitter.com/8hvyE1jESr
— Sofascore (@SofascoreINT) December 9, 2022
Tiga minit sebelum tamat babak pertama masa tambahan, Croatia memperloleh peluang terbaik mereka dalam perlawananan ini.
Bruno Petkivic berjaya menciota peluang dalam situasi 5 vs 1 dengan kawlan bola kemas menunggu rakan namun rembatan Marcelo Brozovic ke laut.
Neymar akhirnya berjaya meletakkan Brazil dihadapan dipenghujung babak pertama masa tambahan dengan satu rembatan deras.
Permainan 1,2,3 membolehkan Neymar lolos dan penjaga gol Croatia juga digelecek Neymar sebelum melepaskan rembatan untuk gol ke-77 bersama Brazil.
NEYMAR EQUALS PELÉ'S RECORD OF 77 GOALS FOR BRAZIL. 🇧🇷 pic.twitter.com/ZRg2SUQAVP
— Squawka (@Squawka) December 9, 2022
Croatia panik selepas ketinggalan dan tiada pilihan lain yang ada kecuali memberi reaksi balas dengan melakukan serangan. Dengan tiba-tiba Croatia pandai memyerang.
Bruno Petkovic akhirnya menebus kebangangan awal dengan gol penyamaan denga satu rembatan padu yang cukup untuk menewaskan Alisson Becker.
Pada minit ke-117 barulah Croatia mendapat percubaan tepat pertama dan merupakan gol penyamaan.
Dominik Livakovic terus menjadi duri dalam daging Brazil apabila menghadang percubaan jarak dekat Casemiro untuk membawa perlawanan ke penentuan sepakan penalti.
⚠️ | QUICK STAT
Bruno Petković has just scored his first-ever #FIFAWorldCup goal in what is his 4th career appearance at the tournament.
Croatia get back into this one just 3 minutes before the end of extra time! 🇭🇷👏👏#CROBRA #Qatar2022 pic.twitter.com/4TbzEsVYZ4
— Sofascore (@SofascoreINT) December 9, 2022
Brazil masih belum pernah kalah dalam perlawanan Piala Dunia pada masa tambahan tetapi satu lagi peringatan Croatia tidak pernah tewas dalam penentuan sepakan penalti Piala Dunia.
1. Nikola Vlasic tenang menyempurnakan sepakan pertama dan Rodrygo gagal disepakan pertama untuk Brazil dengan satu tepisan padu dari Dominik Livakovic.
2. Lovro Majer mudah memperdayakan Alisson dengan merembat ketengah dan Casemiro dengan rembatan deras mencerahkan kembali peluang Brazil.
3. Luca Modric tenang untuk menghantar Alisson dan bola ke arah bertentangan. Pedro juga berjaya melakukan perkara sama.
4. Mislav Orsic walaupun nampak kenaling melakukan satu sepakan yang padu dan Marquinhos menamatkan perjalanan Piala Dunia Brazil.
FT | Croatia (4) 1–1 (2) Brazil
Croatia menjadi pasukan pertama ke separuh akhir Piala Dunia 2022, Croatia mengekalkan rekod tidak pernah tewas dalam penentuan sepakan penalti Piala Dunia.
Kesebelasan Utama Croatia vs Brazil
Kesebelasan Utama Croatia: Livakovic, Juranovic, Lovren, Gvardiol, Sosa, Modric, Brozovic, Kovacic, Pasalic, Kramaric, Perisic.
Pemain Simpanan: Stanisic, Barisic, Erlic, Majer, Grbic, Vlasic, Livaja, Petkovic, Budimir, Orsic, Vida, Ivusic, Sutalo, Sucic, Jakic.
Kesebelasan Utama Brazil: Alisson, Eder Militao, Marquinhos, Thiago Silva, Danilo, Lucas Paqueta, Casemiro, Raphinha, Neymar, Vinicius Junior, Richarlison.
Pemain Simpanan: Alex Sandro, Fred, Weverton, Dani Alves, Fabinho, Bruno Guimaraes, Antony, Rodrygo, Everton Ribeiro, Ederson, Bremer, Pedro, Martinelli.
Pengadil: Michael Oliver (England).
Perjalanan Brazil ke Suku Akhir:
Brazil berada dalam kumpulan G bersama Serbia, Switzerland dan Cameroon. Selepas dua perlawanan Brazil mengesahkan tempat ke pusingan 16 terakhir sebelum tewas kepada Cameroon.
1. Brazil 2-0 Serbia
2. Brazil 1-0 Switzerland
3. Cameroon 1-0 Brazil
Pusingan 16: Brazil 4-1 Korea Selatan
Suku Akhir: Croatia vs Brazil
Perjalanan Croatia ke Suku Akhir:
Croatia telah diundi berada dalam kumpulan F yang turut dihuni oleh Morocco, Kanada dan Belgium. Croatia mencatatkan satu kemenangan dan dua seri untuk mengiringi Morocco selaku naib juara kumpulan.
1. Morocco 0-0 Croatia
2. Croatia 4-1 Kanada
3. Croatia 0-0 Belgium.
Pusingan 16: Jepun 1-1 Croatia (Penalti 1-3)
Suku Akhir: Croatia vs Brazil
Round of 16: Jepun 1-1 Croatia (Penalti 1-3)
Finalis Piala Dunia 2018, Croatia meneruskan cabaran mereka di Piala Dunia 2022 untuk mara sejauh mungkin di mana pasukan dari Asia, Jepun menanti mereka di pusingan 16.
Di atas kertas Jepun bolehlah dianggap sebagai makanan tetapi setakat ini, Jepun telah melibas dua gergasi Eropah iaitu Jerman dan Sepanyol untuk menjadi juara kumpulan.
Semangat Samurai Biru yang meresap ke jiwa pemain Jepun menjadikan mereka bermain dengan penuh semangat dan mampu mencipta sesuatu yang tak dijangka.
Kualiti pemain Croatia tidaklah segah Sepanyol dan Jerman namun jelas lebih berkualiti dari pasukan Jepun dan mampukah mereka memadamkan semangat melawan Jepun ini?
COMPARED: #JPN vs. #HRV at the 2022 World Cup.
Who goes through? 🔮#FIFAWorldCup
— Squawka (@Squawka) December 5, 2022
Stadium Al Janoub akan menjadi medan pertempuran dua pasukan ini dan pemenang akan ke suku akhir untuk bertemu Brazil atau Korea Selatan.
Jepun terus mengasak dari awal permainan dan peluang mereka hadir seawal minit kedua melalui tandukan dari Shogo Taniguchi hasil umpanan Wataru Endo.
Tomiyasu telah melakukan kesilapan besar selepas mengutip bola sepakan gol Dominik Livakovic dan cuba membuat satu hantaran lemah kepada Shuichi Gonda.
Ivan Perisic berjaya merampas dan dalam situasi satu lawan satu gagal menunjukkan sentuhan penyudah. Peluang terbaik disia-siakan.
Japan converting more neutral fans with every game they play. 👏#JPN #FIFAWorldCup pic.twitter.com/Nz2Qz0nPoy
— Squawka News (@SquawkaNews) December 5, 2022
Daizen Maeda gagal menyambar untuk menolak masuk bola di tiang pertama dan Yuto Nagatomo cuba menjolok ditiang kedua namun Croatia berjaya mengeluarkan bola dari kawasan bahaya.
Jepun mempamerkan permainan penuh berani dengan bermain di tight area dan Croatia memilih bermain dengan selamat dengan cara yang lebih tenang.
Berpunca dari sepakan percuma yang gagal dari Modric, Jepun melakukan serangan balas pantas dan sempat bertukar hantaran dalam kotak Croatia.
Namun percubaan Daichi Kamada sangat jauh dari sasaran dan berselang selepas itu Jepun berada di depan.
⚠️ | QUICK STAT
Daizen Maeda has just scored his first-ever goal in a competitive match for Japan.
He scores with his first shot on target at #Qatar2022 to put Blue Samurai in front! 🇯🇵🌟#JPNCRO #FIFAWorldCup pic.twitter.com/EiXCiPkmeT
— Sofascore (@SofascoreINT) December 5, 2022
Daizen Maeda membuka jaringan dengan satu rembatan jarak dekat dan VAR meneliti gol itu kalau-kalau ada unsur offside sebelum gol disahkan.
Daizen Maeda baru sahaja menjaringkan gol pertamanya dalam perlawanan kompetitif untuk Jepun.
Seperti beberapa permainan yang lepas 5 minit terakhir sebelum tamat 45 minit pertama menjadi sangat menarik dan pasti ada gol dijaringkan.
Begitu juga dengan perlawanan Jepun vs Croatia, pada minit ke-43 Jepun mendahului dan kedudukan kekal hingga rehat.
HT | 🇯🇵 Japan 1–0 Croatia 🇭🇷
There weren't many shots in total (6), but we already saw 4 big chances, so there could have been more goals on both sides in the first half.
We hope this scoreline leads to even more action after the break!#JPNCRO #Qatar2022 #FIFAWorldCup pic.twitter.com/15EOpZM8gQ
— Sofascore (@SofascoreINT) December 5, 2022
Sepuluh minit separuh masa kedua bersambung, Croatia berjaya menyamakan kembali kedudukan dengan satu sundulan yang sangat jahat mencari sudut bawah.
Gol berpunca dari hantaran sesedap rasa penuh umami dari Dejan Lovren yang menemui kepala Ivan Perisic. Boleh tahan jauh tanduk.
Wataru Endo membalas dengan satu rembatan yang sedikit melepasi palang dan Ivan Perisic sekali lagi datang tapi belum sempat merembat bola dirampas.
Ivan Perisic menjadi pemain keempat yang merekod jaringan di dalam tiga Piala Dunia terakhir untuk berada sebaris bersama Cristiano Ronaldo, Lionel Messi dan Xherdan Shaqiri.
The only players to score at each of the last three men’s World Cups:
Lionel Messi
Cristiano Ronaldo
Xherdan Shaqiri
Ivan Perišić🙆♂️ pic.twitter.com/M7RYhlfaM2
— B/R Football (@brfootball) December 5, 2022
Luka Modric akhirnya berjaya membuat satu rembatan lencong tak lencong lambung tak lambung yang pastinya jahat tetapi ditepis Shuichi Gonda.
Ante Budimir yang masuk menggantikan Bruno Petkovic pada minit ke-62 mensia-siakan peluang 4 minit kemudian dengan tandukan tersasar tanpa dicabar.
Rembatan kencang Ivan Perisic berjaya dikuis sedikit Tomiyasu dan memesongkan sedikit arah pergerakan bola menjauhi sedikit dari gawang.
Separuh masa kedua menjadi milik Croatia dengan beberapa peluang jahat lagi mengancam tapi mereka hanya mampu mengikat kedudukan sahaja dengan permainan berbaki tiga minit.
End of 90' | 🇯🇵 Japan 1–1 Croatia 🇭🇷
For the first time at #Qatar2022 we have extra time! 🤩
Ten minutes after the break Croatia got the equalizer, but neither side really pushed hard to get the winner since, so there will be 30 more minutes of football.#JPNCRO #FIFAWorldCup pic.twitter.com/bOt8Iuj558
— Sofascore (@SofascoreINT) December 5, 2022
Perlawanan dibawa ke masa tambahan selepas kedudukan masih lagi terikat 1-1 dan ini merupakan masa tambahan pertama di Piala Dunia 2022 di peringkat kalah mati.
Kaoru Mitoma melakukan satu rembatan jarak jauh namun laluan bola tepat ke arah penjaga gol Croatia yang terus menepis ke atas tindakan susulan Endo tersangkut.
Croatia mendapat peluang terakhir di penghujung perlawanan dan tiada gol tambahan maka perlawanan dibawa pula kepenentuan sepakan penalti.
FT | 🇯🇵 Japan (1) 1–1 (3) Croatia 🇭🇷
There wasn't much action in ET, so the match went to the shootout, Croatia's familiar territory.
Once again, the reigning silver medalists progress through the #FIFAWorldCup knockout stage after a penalty shootout! 👏👏#JPNCRO #Qatar2022 pic.twitter.com/D7p6f8KkiO
— Sofascore (@SofascoreINT) December 5, 2022
Takumi Minamino membuat sepakan pertama tetapi gagal selepas diselamatkan Dominik Livakovic, Nikola Vlasic meletakkan Croatia di depan.
Tekanan teruk buat Jepun Kaoru Mitoma juga gagal dan Marcelo Brozovic meletakkan Croatia 2 gol di depan.
Takuma Asano akhirnya menjadi pemain Jepun paling pandai sepak penalti dan Marko Livaja memberi harapan kepada Jepun selepas gagal disepakan ketiga.
Hatrik penalti save dari Dominik Livakovic menepis sepakan Maya Yoshida dan Mario Pasalic mengesahkan kemaraan Croatia ke suku akhir dengan kedudukan 3-1.
Kesebelasan Utama Jepun vs Croatia
Japan (3-4-3): Gonda; Tomiyasu, Yoshida, Taniguchi; Ito, Morita, Junya, Nagatomo; Doan, Maeda, Kamada. Subs: Kawashima, Mitoma, Saai, Hato, Schmidt, Minamino, Machino, Yamane, Tanaka, Ueda, Shibasaki, Asano, Soma.
Croatia (4-3-3): Livakovic; Juranovic, Lovren, Gvardiol, Barisic; Brozovic, Kovacic, Modric; Petkovic, Kramaric, Perisic. Subs: Grbic, Ivusic, Erlic, Majer, Vlasic, Livaja, Pasalic, Budimir, Orsic, Vida, Sutalo, Sucic, Jakic.
Referee: Ismail Elfath (USA)