Sewaktu dunia kini diancam dengan penularan wabak Covid-19, kebanyakkan negara menggesa rakyat mereka agar duduk diam dirumah supaya boleh memutuskan rantaian virus itu.
Peniaga- peniaga kecil turut menutup premis perniagaan mereka atas arahan dari pihak kerajaan.
Tidak terlepas kedai gunting rambut turut sama tidak beroperasi sewaktu situasi seperti sekarang.
What all football fans need in their back garden for lockdown…🙌⚽️ pic.twitter.com/g4MQmNCYit
— PurelyFootball UK (@PurelyFootball) April 3, 2020
Di UK memandangkan tiada kedai gunting rambut dibuka kebanyakkan mereka menggunting rambut dirumah sendiri sahaja.
Sedangkan dewa fashion rambut seperti David Beckham turut menggunting rambut dirumahnya saja sewaktu perintah berkurung di UK.
Tetapi terjadi satu insiden yang agak lucu, apabila seorang ayah telah tersilap menggunting rambut anaknya yang mahukan rambut seperti Ronaldo.
Dalam satu video yang sudah mulai tular itu, terlihat seorang kanak-kanak lelaki memakai jersi Chelsea telah ditanya oleh ayahnya, potongan rambut bagaimana yang beliau mahukan.
There’s only one Ronaldo! 😂😂😂 pic.twitter.com/lNAGpB4Mxz
— Lloydy (@Lloydy3217) April 4, 2020
Kanak-kanak itu kemudian menunjukkan gambar Cristiano Ronaldo dan meminta ayahnya untuk memotong rambutnya agar sama persis dengan rambut Ronaldo.
Tetapi entah apa yang merasuk ayahnya untuk mengenakan anaknya, beliau telah menggunting rambut anaknya sama seperti Ronaldo Nazario ketika Piala Dunia 2002.
Selepas siap menggunting, si ayah menyuruh anaknya melihat di cermin hasil guntingan yang telah dilakukan olehnya.
Anaknya kemudian berlari menuju kearah cermin untuk melihat hasil rambut Ronaldo yang dikehendakinya.
There’s only one Ronaldo! 🤣🤣🤣🤣
— BenchWarmers (@BeWarmers) April 4, 2020
Setibanya di cermin anaknya terkejut beruk melihat rambutnya dipotong seperti itu, dengan bahagian belakang dan sisi kepalanya dibotakkan dan hanya tinggal jambul seketul di depan.
Anaknya jelas marah dan kebingungan atas apa yang berlaku, si ayah tidak berhenti ketawa kerana terhibur dengan jenakanya sendiri.
Beliau kemudian menunjukkan gambar Ronaldo Nazario kepada anaknya lalu mengatakan bahawa dalam dunia ni hanya ada seorang Ronaldo dalam bola sepak.
"Everyone was talking about my leg injury, so I cut my hair like that so everyone focused on that…" – Ronaldo Nazário on the 2002 World Cup
He scored 8 goals at the tournament ⚽⚽⚽⚽⚽⚽⚽⚽
RT🔃 if you remember that hair cut! pic.twitter.com/qm51lTaPY7
— Bet9ja (@Bet9jaOfficial) January 18, 2019
Potongan rambut begitu sangat terkenal pada tahun 2002 hingga 2006. Atas aksi mantap dipamerkan Ronaldo Nazario ketika Piala Dunia Korea Japan, gaya rambutnya ditiru oleh para peminatnya.
Tetapi Ronaldo ada alasan sendiri mengapa beliau membuat potongan rambut begitu sewaktu beliau berada diaksi kemuncaknya hingga berjaya menjaringkan lapan gol membantu Brazil menjuarai Piala Dunia ketika itu.
Untuk pengatahuan, Ronaldo Nazario pernah mendedahkan alasan mengapa beliau membuat potongan rambut begitu.
In 2002, Ronaldo Nazario cut his hair like this to distract media from talking about his lengthy injury lay off before the World Cup. We all saw how that one ended. Neymar, talk to us, bud. pic.twitter.com/Jb4GLmbqpc
— KURTWEETY (@KurtLaduma) June 17, 2018
Menurutnya, beliau membuat potongan rambut begitu semata-mata mahu mencuri tumpuan dan menjadi perhatian selepas mengalami kecederaan yang berpanjangan.
“Saya memutuskan untuk memotong rambut saya dan meninggalkan sedikit kesan dalam ingatan peminat.”
“Saya datang ke pusat latihan dan semua pemain ketawakan saya kerana potongan rambut saya sangat teruk”.
“Semua orang hanya fokus tentang rambut saya dan tiada seorang pon yang teringat tentang kecederaan saya.”
“Jadi saya rasa lebih tenang dan yakin serta saya boleh lebih fokus untuk menjalani latihan.”
Ronaldo Nazário en Corea-Japón 2002:
✓ 8 goles.
✓ 7 partidos.
✓ Campeón del mundo.
✓ Bota de Oro.
✓ Marcó en fase de grupos.
✓ Marcó en Octavos.
✓ Marcó en semifinales.
✓ Marcó en la final.Todo después de haber pasado casi dos años enteros lesionado.
O FENÓMENO. pic.twitter.com/NPI834m6LK
— Invictos (@InvictosSomos) March 21, 2019
“Saya tidak berbangga tentang potongan rambut itu kerana ia potongan yang pelik, tetapi itu adalah langkah terbaik untuk saya mengalihkan perhatian orang tentang kecederaan saya.”
Jelas Ronaldo Nazario tentang alasan beliau membut potongan rambut begjtu.