Ronaldo Buat Perangai Dan Manchester United Tidak Gembira

Manchester United dilaporkan tidak gembira dengan tingkah laku dan perangai yang ditunjukkan Cristiano Ronaldo ketika perlawanan persahabatan pra-musim menentang Rayo Vellacano pada ahad lalu.

Cristian Ronaldo membuat kemunculan pertama di pra musim ketika Manchester United seri 1-1 menentang Rayo Vellacano selepas menyambung cuti atas alasan peribadi.

Kerana Ronaldo buat perangai, spekulasi mengenai masa depan pemenang Ballon d’Or sebanyak 5 kali itu kembali menjadi bualan.

Dalam perlawanan itu juga dapat disaksikan melalui satu rakaman terjadi pertelagahan antara Ronaldo dan Erik Ten Hag dan Ronaldo telah dikeluarkan selepas separuh masa pertama.

Selepas beraksi 45 minit, Ronaldo dikeluarkan pada separuh masa kedua dan digantikan oleh Amad Dialo.

Ketika perlawanan masih lagi berlangsung, Ronaldo telah mencipta geruh bersama penyokong Man United di mana dia dilihat keluar stadium awal ditambah pula dengan segala kisahnya yang ingin berpindah daripada kelab Syaitan Merah tersebut.

Menerusi gambar yang tersebar di laman media sosial, Ronaldo dilihat berada di perkarangan stadium sambil memakai baju sejuk dan menggalas beg sambil berjalan menuju ke ruang parkir, menandakan bahawa dia mahu pulang.

Turut ada bersamanya ketika itu adalah rakan senegara, Diogo Dalot yang tidak berada dalam senarai pemain pada hari perlawanan.

United enggan mengulas sama ada hajat pemain diva ini untuk berpindah kelab sudah direstu, namun itu tidak menutup kepada pintu-pintu fitnah ke atas pemenang Ballon d’Or lima kali ini.

Walaubagaimanapun, di sebalik cerita dia keluar stadium awal, Ronaldo telah memuatnaik gambarnya beraksi di atas padang disertakan dengan kapsyen – gembira dapat kembali, kira-kira dua jam selepas perlawanan tamat.

Menurut laporan berdasarkan kepada sumber dalaman kelab, Ronaldo tidak akan dikenakan sebarang hukuman kerana meninggalakan stadium ketika perlawanan masih berlangsung tetapi isu ini tidak menggembirakan kelab.

Adalah sesuatu yang tidak manis lagi kurang ajar pergi meninggalkan perlawanan di mana Ronaldo merupakan salah seorang pemain dalam pasukan.

Situasi akan jadi sebaliknya jika Ronaldo hanya hadir untuk menonton dan tidak terbabit dalam perlawanan. Dan sumber kelab berkata:

“Ia bukanlah satu tingkahlaku yang baik untuk pergi lebih awal apabila anda telah terlibat dalam skuad,”

“Ia berbeza jika anda berada di tempat duduk penonton dan tidak terlibat.”

Tindakan Ronaldo juga seperti tidak menghormati Erik Ten Hag dan juga penonton yang pasti mahu melihat Ronaldo menyantuni mereka selepas perlawanan.

“Anda menjangkakan seseorang yang pernah bermain dalam permainan berada di bilik persalinan pada penghujung untuk mendengar fikiran pengurus.”

“Juga ramai orang berada di sana untuk melihatnya dan dia langsung tidak terlibat dalam tepukan penyokong selepas wisel penamat.”

Erik Ten Hag memberikan bayangan bahawa Cristiano Ronaldo kemungkinan besar tidak akan bermula sebagai kesbelasan utama dalam aksi pertama EPL mereka pada hujung minggu ini.

Hal ini kerana Ten Hag menegaskan bahawa pemain itu tak cukup bersedia dan tidak berada di tahap yang dia tetapkan. Semuanya gara gara Ronaldo terlepas banyak perlawanan dan latihan pra musim sebelum ini.

Erik ten Hag mengakui Cristiano Ronaldo tidak berada di tahap rakan-rakan skuad Manchester United yang lain dalam aspek kecergasan perlawanan.

Ten Hag dikenali dengan sikapnya yang meletakkan standard yang tinggi dalam skuad Manchester United yang ada sekarang. Dia sentiasa menuntut pemainnya untuk konsisten dalam melakukan pressing. Selain itu Ten Hag turut mengenakan beberapa peraturan ketat dalam kem United termasuk melarang pemain melantik cef peribadi untuk pemakanan mereka.

Ten Hag telah memberitahu bahawa ketidakhadiran Ronaldo sepanjang pramusim mungkin menjadi isu utama kepada isu kecergasan pemain itu. Ten Hag memberitahu bahawa solusinya kini adalah, Ronaldo perlu menggandakan latihannya dan juga mendapatkan semula minit perlawanan.

Minit perlawanan ini mungkin akan diberikan daripada bangku simpanan.

BACA:  Roy Keane Harap Cristiano Ronaldo Tak Tengok Aksi United Ketika Bertemu Wolves Semalam