Corinthians Berminat Untuk Dapatkan Cristiano Ronaldo

Jalan keluar Cristiano Ronaldo dari Manchester United mula menampakkan sinar namun pintu keluar yang ditawarkan itu sama sekali tidak kena dengan kehendak yang dimahukan oleh pemain bintang itu.

Kelab dari Brazil, Corinthians dilaporkan berminat untuk mendapatkan Cristiano Ronaldo dan perkara ini telah diakui sendiri oleh Presiden Corinthians yang mempunyai impian besar dan sentiasa memantau Ronaldo.

Jauh langkah sobat untuk Cristiano Ronaldo ke Corinthians kerana pemain Superstar Portugal itu mahu ke kelab yang menjanjikan aksi Champions League.

Maka perpindahan ke Corinthians adalah satu perkara mustahil buat Ronaldo kerana misinya di Champions League adalah untuk untuk melebarkan jarak jaringannya selaku penjaring terbanyak sepanjang zaman.

Presiden Corinthians, Duilio Montero yang menyifatkan dirinya mempunyai impian yang menggunung menyatakan bahawa tiada yang mustahil dalam bola sepak.

Maka baginya tidak salah untuk Corinthians membuka jalan kepada Ronaldo dan mungkin akan ada kejutan jika bernasib baik.

“Memang benar, aku mempunyai impian yang besar, This is Corinthians!!” Ujar Presiden Corinthians, Duilio Montero seperti yang dipetik dari Mundo Deportivo.

“Bukankah Willian dan Renato Augusto bermain di sini? Dalam bola sepak tiada yang mustahil dan aku mempunyai satu kewajipan dan tanggungjawab untuk memberikan yang terbaik untuk Corinthians.”

Duilio Montero menyedari bahawa adalah mustahil untuk Ronaldo ke Brazil namun percaya keajaiban boleh terjadi.

“Adakah ia mustahil? Aku tak tahu. Kami tidak cuba, kami tidak siasat, tidak ada kemungkinan seperti itu tetapi kami memerhatikannya.”

“Bayangkan dia tiba-tiba mahu bermain di Brazil.”

Jika Ronaldo membuat langkah Brazil dengan menyertai Corinthians, maka Ronaldo akan menyertai salah satu kelab bola sepak paling berjaya di Amerika Selatan.

Corinthians bukanlah kelab biasa-biasa di mana mereka telah mengumpul 30 gelaran liga dan pernah memenangi Piala Dunia Kelab baru-baru pada 2012.

Walaupun kelakuannya Ronaldo agak menjengkelkan baru-baru ini, kehilangan Ronaldo masih boleh menjadi tamparan buat Manchester United kerana mereka masih belum menandatangani penyerang pada musim panas ini.

Dan kecederaan dalam perlawanan pramusim yang dialami oleh pemain harapan bangsa, Anthony Martial bermakna Erik ten Hag mungkin tidak mempunyai pilihan selain memilih penyerang yang mahukannya.

Takut Rekod UCL Dileburkan Messi

Cristiano Ronaldo giat berusaha untuk keluar dari Manchester United dan punca utamanya adalah takutkan rekod di UEFA Champions League (UCL) bakal dileburkan oleh Lionel Messi.

Menurut laporan daripada The Athletic punca utama Ronaldo melakukan pressing untuk berpindah tidak lain tidak bukan adalah Champions League.

Champions League merupakan sesuatu yang tidak dapat diberikan oleh Manchester United di musim baharu yang bakal menjelma selepas menamatkan saingan Premier League ditangga keenam musim lalu.

Pemain bintang yang sudah berusia 37 tahun itu tidak mempunyai tempoh karier yang panjang untuk terus mengukuhkan rekod jaringnya di kejohanan agung Eropah itu.

Kini Ronaldo merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman Champions League dengan 140 gol dan hanya 15 gol sahaja didepan musuh zaman berzaman, Lionel Messi.

Disebalik kesenduan gol Lionel Messi bersama PSG di musim debutnya, pemain genit Argentina masih lagi dapat beraksi di Champions League bersama PSG.

Tambahan pula dengan usia Messi yang muda dua tahun berbanding Ronaldo, tiada masalah untuk Messi mengejar rekod yang dicipta Ronaldo.

Menyedari akan hakikat inilah Ronaldo sedaya-upaya menjual dirinya kepada kelab lain namun tiada kelab yang berminat dan jika berminat mereka tidak sanggup menanggung beban gaji yang tinggi.

Untuk rekod jaringan diperingkat kumpulan Champions League sahaja, Ronaldo ketinggalan 3 gol kepada Messi dan pasti Ronaldo mahu mengejar serta mengatasi Messi.

Selain rekod jaringan, sebab lain untuk Ronaldo keluar dari Setan Merah adalah dipercayai untuk memenangi trofi dan juga atas alasan keluarga.

Ejen yang mewakili Ronaldo, Jorge Mendes juga dilihat berkerja keras dan berkeliaran ke merata tempat untuk mencari kelab baru buat Ronaldo.

The Athletic juga melaporkan bahawa perbincangan telah diadakan dengan kelab yang melahirkan pemenang Ballon d’Or sebanyak 5 kali itu iaitu Sporting Lisbon.

Kelab profesional Ronaldo yang bertapak di liga Portugal itu akan beraksi di Champions League selepas menamatkan saingan di tempat kedua di Primeira Liga musim lalu.

Membawa masuk Ronaldo bererti Sporting Lisbon akan meningkatkan perbelanjaan kelab secara mendadak dan sukar perkara ini untuk direalisasikan.

Pemain yang menerima gaji paling tinggi di Sporting Lisbon adalah kurang £100 ribu seminggu dan gaji keseluruhan pasukan kurang dari gaji Ronaldo seminggu bersama Setan Merah.

Selain itu kepala jurulatih, Ruben Amorim juga agak was-was untuk menerima Ronaldo kerana pasti akan membawa perubahan besar kepada dinamik pasukan.

Diusia yang tua Ronaldo tidak mampu lagi bermain dengan cara permainan pressing yang kini diterapkan oleh kebanyakkan pasukan yang memaksa rakan-rakan lain berkerja lebih untuk menutup kelemahan Ronaldo itu.

Dan apa yang pasti Ronaldo masih mempunyai nilai komersil yang teramat tinggi kerana mampu membuka pasaran penajaan yang lebih besar dan menguntungkan.

Kerana itu juga, pengajur Champions League sendiri menagih dan berharap Ronaldo akan dapat beraksi dipentas tertinggi itu.

Chelsea yang dikatakan berminat untuk mendapatkan Ronaldo sebelum ini juga kini sudah tidak berminat dan memaksa Ronaldo kembali ke pangkuan Setan Merah.

Ronaldo dilihat sudah kembali ke Carrington untuk latihan selepas terlepas perlawanan pra musim Setan Merah di Thailand dan Australia atas alasan keluarga.

Ronaldo dilaporkan telah menjalani ujian kesihatan dan melakukan latihan secara individu tetapi tidak menyertai pasukan serta telah menjadi penonton ketika Setan Merah menentang Wrexham dalam perlawanan persahabatan tertutup.

Disebalik keinginan dan hajat Ronaldo untuk berpindah, Manchester United masih utuh dengan pendirian mereka bahawa Ronaldo tidak akan dijual walaupun tiada pasukan yang berminat.

Sebelum ini juga, Erik Ten Hag menyatakan bahawa Ronaldo masih lagi dalam perancangannya untuk musim mendatang.

Ronaldo dilaporkan membuat ikhtiar baru apabila mahu dipinjamkan ke mana-mana kelab yang beraksi di Champions League pula selepas gagal menjual diri serta meminta Setan Merah melepaskannya dari kontrak untuk menjadi ejen bebas.

Pergi jela ke Corinthians kan?

BACA:  Ini Yang Cristiano Ronaldo Beritahu Pemain Serbia Ketika Mereka Sedang Berpesta Rai Kemenangan