Ronaldo Dedah Perbezaan Antara Beliau Dan Messi

Perseteruan antaran Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo di atas padang boleh dikatakan agak sejuk sejak pemain Portugal itu telah berhijrah ke Juventus daripada Real Madrid dua tahun yang lalu.

Aksi El Clasico masih dinanti-nanti namun tiada lagi pertembungan dua pemain terhebat dunia di atas padang dan tidak dapat dinafikan mengurangkan seri perlawanan El Clasico.

Namun Messi dan Ronaldo sekali aku bertembung di perlawanan terakhir kumpulan G disaingan Champions League dan pada perlawanan pertama Ronaldo tidak bermain kerana terkena virus.

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa dalam dunia bola sepak hari ini Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi merupakan pemain paling menonjol serta power dalam tempoh 10 tahun ini dan mendominasi anugerah pemain terbaik dunia.

Selepas sedekad Luka Modrid telah memecahkan duopoly dua pemain ini untuk anugerah Ballon d’Or selepas Kaka merupakan pemenang terakhir sebelum menjadi milik dua pemain ini.

Namun perdebatan hangat terus terjadi antara mereka untuk menjadi siapa pemain paling unggul dan teragung. Para pemain lain, jurulatih dan peminat mempunyai pilihan hati masing-masing berdasarkan pemerhatian mereka sendiri.

Bekas lagenda dan pemain bola sepak kebanyakkan sukar untuk membuat pilihan dan lebih ramai memilih Messi dan tidak menafikan kehebatan luar biasa Ronaldo.

Di mata Cristiano Ronaldo sendiri sudah pasti tiada pemain yang lebih hebat berbanding diri beliau sendiri .

Pemain berusia 34 tahun itu tanpa penat telah berusaha keras untuk menjadi nombor satu dengan menghabiskan masa di pusat latihan dan gimnasium untuk meningkatkan kepoweran diri.

Hasilnya Ronaldo telah memenangi pelbagai gelaran bersama Manchester United, Real Madrid dan kini mula mengumpul gelaran bersama kelab barunya, Juventus.

Ronaldo telah mengecap kejayaan di peringkat antarabangsa bersama Portugal dengan memenangi EURO 2016 dan UEFA Nations League 2019 yang merupakan satu pencapaian yang tidak akan pernah dirasai Messi.

Dalam satu temuramah, Ronaldo telah mendedahkan serta menjelaskan perbezaan antara beliau dan Messi.

“Perbezaan antara aku dan Messi adalah aku bermain bersama beberapa kelab dan telah memenangi Champions League bersama kelab berbeza.”

“Aku merupakan penjaring terbanyak Champions League untuk 6 musim berturut-turut. Tidak ramai pemain yang memenangi 5 trofi kejuaraan Champions League.”

“Messi seorang pemian yang cemerlang yang akan diingati bukan hanya kerana memenangi Ballon d’Or tetapi kerana peningkatan prestasi seperti aku tahun demi tahun.”

Ronaldo telah menjulang Champions League bersama Manchester United sebelum menambah lagi 4 kejuaraan bersama Real Madrid di mana 3 daripanya diperoleh secara berturut-turut.

Messi kini telah memenangi Champions League sebanyak 4 kali dan kesemuanya bersama Barcelona dan kali terakhir menjulangnya pada 2015.

Boleh dikatakan bahawa Ronaldo merupakan pemain berbakat yang mengembangkan bakatnya ke tahap yang lain melalui usaha keras dan disiplin yang tinggi melalui satu semangat yang tidak pernah kalah.

Lionel Messi boleh dikatakan satu anugerah dengan bakat semulajadi namun tanpa kerja keras dan disiplin yang tinggi, Messi tidak akan berada di mana beliau berada sekarang.

Ramai pemain yang gifted dan berbakat namun gagal memenuhi potensi dan perjalanan karier yang tidak panjang kerana masalah disiplin.

BACA:  Gurauan Biawak Messi Yang Berpura-Pura Cedera Luruhkan Jantung Peminat