Aksi Gerak Kaki Lincah Ronaldo Original Tular

Aksi gerak kaki lincah dari Ronaldo Luís Nazário de Lima atau Ronaldo Original atau El Fenomeno yang melakukan beberapa skill stepover yang menjadi cap dagangnya ketika bergelar pemain menjadi tular di dan sebutan dunia bola sepak.

Ronaldo Nazario bukanlah pemain yang mempunyai karier bola sepak yang panjang dan sering dilanda kecederaan serius membabitkan lututnya membataskan aksinya di padang.

Namun kehebatannya tiada tolok banding lagi sehingga dinobatkan sebagai salah seorang pemain penyerang terhebat dan terbaik dalam sejarah dunia bola sepak.

Sebelum duopoly bola sepak oleh Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo sehingga ke hari ini Ronaldo merupakan pemain terbaik dunia pada zaman itu.

Yang lebih menarik majoriti bersetuju akan kehebatan Ronaldo dan tiada pergaduhan atau perdebatan malah Ronaldo terlalu hebat untuk dibandingkan dengan pemain lain.

Sebab itulah ada yang tulis inilah Ronaldo sebenar dan satu-satunya Ronaldo yang wujud dalam dunia bola sepak. Sebab itu jugalah Ronaldo mendapat gelaran El Fenomeno atau Fenomena.

Menurut kamu Dewan Bahasa dan Pustaka, Fenomena bermaksud:

Definisi : (fénoména) 1. sesuatu kenyataan atau kejadian yg dapat diperhatikan: ~ alam semula jadi; ~ sejarah; 2. sesuatu kenyataan atau kejadian yg dapat diberikan dan dijelaskan secara saintifik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Ronaldo telah dinobatkan sebagai pemain terbaik dunia dengan memenangi anugerah Ballon d’Or pada tahun 1997 dan juga 2002. Dalam tempoh ini Ronaldo merupakan nama besar dalam dunia sukan.

Klip video Ronaldo yang bermain bola sepak 5 sebelah atau Futsal atau Volta telah dimuat naik di media sosial dan telah menjadi tular dan menjadi bualan ramai.

Dalam itu video Ronaldo dengan bersahaja penuh berskill lagi berseni cemerlang menjaringkan gol. Namun ada yang ragu-ragu adakah itu Ronaldo atau pelanduk dua serupa.

Dalam klip itu, Ronaldo memalukan pemain pertahanan dengan beberapa siri sklill stepover yang menjadi cap dagangnya. Ronaldo berjaya lepas.

Penjaga gol berjaya menghalangnya daripada membawa bola ke sekeliling dan mengayam-ayamkan penjaga gol seperti yang dia gemar lakukan semasa masih bergelar pemain bola sepak.

Bagaimanapun, selepas berjaya kembali menguasai bola, Ronaldo berhadapan dengan pemain pertahanan yang sama sebelum menghasilkan satu flip-flap, satu skill gerak kaki pantas dan lincah kemudian melepaskan rembatan ke sudut atas gawang.

Kali ini pemain pertahanan dan penjaga gol tewas begitu saja tanpa sempat melawan. Sekilas pandang aksi yang ditunjukkan itu maka sahlah itu Ronaldo tanpa ada keraguan lagi.

Satu kemahiran dan gerak badan yang tidak dapat ditiru pemain lain. Walaupun pemain lain boleh dan berjaya melakukan skill yang sama namun gayanya tidak sama seperti Ronaldo.

Ronaldo memulakan karier bersama Cruzeiro sebelum melebarkan karier ke Eropah bersama PSV kemudiannya Barcelona, Inter Milan, Real Madrid, AC Milan dan bersara di Corinthians.

Semasa musim tunggalnya bersama Barcelona pada kempen 1996/97, Ronaldo tidak terhalang lagi apabila telah menjaringkan 47 gol dalam 49 penampilan dalam semua pertandingan. Dalam semusim di usia 20 tahun.

Datang ke Barca dari PSV tak payah nak sesuaikan diri dengan tempat baru dengan rakan sepasukan baru, corak permainan baru, bagi bola main terus score.

Kecermerlangan itu menyebabkan Ronaldo mendapat lamaran dan berpindah ke Inter Milan di mana kecederaan mula menghantui, walaupun mengalami masalah kecederaan Ronaldo menjaringkan 59 gol dalam 99 perlawanan.

Real Madrid menandatanganinya dengan harga €46 juta pada 2002 dan Ronaldo telah menjaringkan 104 gol untuk gergasi Sepanyol itu dalam hanya 177 perlawanan.

Sementara itu, bersama Brazil, Ronaldo menjaringkan 62 gol dalam 98 perlawanan dab membantu mereka memenangi Piala Dunia pada 1994 dan 2002.

Walaupun terbatas dengan kecederaan sepanjang kariernya sehingga gagal memenuhi potensi sebenar sepenuhnya Ronaldo telah mencipta fenomena dan menjadi pemain terbaik dunia.

Ronaldo kini merupakan pemilik Real Valladolid yang kembali beraksi di La Liga musim hadapan selepas mendapat promosi.

BACA:  Pekerja FIAT Rancang Adakan Mogok Berikutan Perpindahan Ronaldo Ke Juventus