Cristiano Ronaldo telah dilihat menunjukkan satu perlakuan yang aneh ketiba tiba untuk perlawanan menentang Inter Milan.
Pemain Portugal itu berpura-pura bersalaman dengan peminat yang tidak wujud selepas turun daripada bas pasukan.
Apakah Yang Cuba Dilakukan Ronaldo Ini?
Perlawanan antara Juventus dan Inter Milan selepas ditangguhkan minggu lalu kerana peningkatan ketara wabak Corona Virus.
Atas arahan pihak kerajaan, perlawanan antara Juventus dan Inter Milan ini diadakan secara tertutup.
Perlawanan berlangsung tanpa kehadiran penonton.
Ronaldo telah bergurau menyantuni peminat selepas turun daripada bas atau mungkin Ronaldo sudah rindukan sambutan hangat yang sering diterima.
CHIUDETE TUTTO PERCHÉ ABBIAMO UN VINCITORE: CRISTIANO RONALDO pic.twitter.com/HXZpUTvrKF
— denise | #finoallafine (@_deenise19) March 8, 2020
Juventus mudah menewaskan Inter Milan dengan dua jaringan tanpa balas hasil jaringan Aaron Ramsey dan Paulo Dybala.
Aaron Ramsey mempamerkan permainan yang meyakinkan dengan satu gol dan satu assist dalam perlawanan ini.
Gol pertama berpunca dari hantaran silang Blaise Matuidi yang berjumpa dengan kaki Ronaldo dengan sedikit sentuhan.
Aaron Ramsey has scored in back-to-back league games for the first time since October 2017.
⚽️ Spal
⚽️ InterFinding his feet in Turin. 👣 pic.twitter.com/lI7VCGEYVF
— Squawka Football (@Squawka) March 8, 2020
Bola agak jauh dari kaki Ronaldo tetapi pergi ke arah Ramsey yang terus merembat. Nutmeg terjadi dan bola menerjah gawang.
Dybala telah menggandakan kedudukan melalui satu gelecekan menarik sebelum menolak masuk dengan kaki kiri.
Juventus kembali kepuncak dengan kelebihan satu mata di depan Lazio dan 9 mata di depan Inter Milan yang kekurangan satu perlawanan.
Starting XI: Szczesny (6); Cuadrado (7), Bonucci (8), De Ligt (6), Sandro (6); Ramsey (8), Bentancur (7), Matuidi (6); Costa (7), Higuain (7), Ronaldo (8)
Subs: Dybala (8), De Sciglio (6), Bernardeschi (6)
Starting XI: Handanovic (7); Skriniar (5), De Vrij (6), Bastoni (6); Candreva (6); Vecino (6), Brozovic (7), Barella (6), Young (5); Martinez (6), Lukaku (5)
Subs: Eriksen (5), Gagliardino (6), Sanchez (4)