Argentina Benam Itali 3-0 Untuk Menjuarai Gelaran Finalissima 2022

Argentina berjaya menewaskan Itali 3-0 untuk menjulang gelaran Finalissima di Wembley stadium awal pagi tadi dengan Lionel Messi dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan.

Skuad kendalian Lionel Scaloni itu telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan untuk menewaskan Itali dalam perlawanan tersebut.

Perlawanan tersebut merupakan aksi yang menemukan antara juara saingan Copa America (Argentina) dan juara saingan Euro 2020 (Itali).

Argentina berjaya membuka tirai jaringan mereka dalam perlawanan ini pada minit ke-27 permainan menerusi Lautaro Martinez hasil umpanan cantik Lionel Messi.

Ia merupakan assists yang sungguh dasyat dan tidak hairanlah mengapa nama Messi disebut-sebut selepas tamat perlawanan tersebut walau beliau hanya berjaya mencatatkan satu assists sahaja.

Messi menerima bola di luar kotak fan Di Lorenzo memutuskan untuk berusaha mengawal lawan beliau itu dengan terlalu tight.

Walau bagaimanapun, pemain Napoli itu jelas sekali tentu akan kecewa dengan tindakan beliau kerana usaha beliau berakhir dengan sia-sia.

Berbanding melorongkan bola terus, Messi memilih untuk melepasi Di Lorenzo dan membawa masuk bola ke dalam kotak penalti.

Messi kemudiannya melorongkan bola ke hadapan gol dan Lautaro Martinez mudah melakukan tap in untuk menewaskan Gianluigi Donnarumma.

Argentina kemudiannya berjaya menggandakan kedudukan sebelum tamat aksi babak pertama menerusi Angel Di Maria hasil hantaran dari Lautaro Martinez.

Itali pada awal aksi babak kedua dilihat seolah-olah berjaya mendapatkan rentak persembahan terbaiknya dan skuad kendalian Roberto Mancini itu turut memiliki banyak kesempatan untuk menjaringkan gol.

Gianluigi Donnarumma melakukan banyak aksi penyelamatan berkelas dunia dalam perlawanan ini untuk menyelamatkan gawang golnya dari dibolosi lawan.

Di Maria memiliki banyak kesempatan untuk meledak gol namun kecemerlangan Donnarumma sukar untuk beliau hadapi.

Argentina kemudiannya berjaya memperoleh gol ketiga mereka menerusi pemain gantian, Paulo Dybala.

Kemenangan ini secara tak langsung menambah keyakinan Argentina untuk beraksi di pentas Piala Dunia Qatar nanti.

Skuad kendalian Lionel Scaloni itu merupakan calon kegemaran untuk menjuarai saingan Piala Dunia edisi Qatar 2022 dan mereka sepertinya telah membuktikan mengapa mereka dianggap calon kegemaran.

Itali walau bermain dengan baik dalam perlawanan ini namun mereka jelas sekali sukar untuk bersaing dengan Argentina dalam perlawanan ini.

Jentera serangan Itali mati kutu mahu menguji barisan pertahanan Argentina dan jelas sekali juara saingan Copa America itu berhak untuk memenangi perlawanan ini.

Mendominasi permainan dan bijak memanfaatkan kesempatan yang ada untuk menghasilkan gol, itu adalah kunci sebalik kejayaan Argentina dalam perlawanan ini.

Walau pahit untuk ditelan, prestasi skuad Itali jelas sekali merosot teruk selepas dari kejayaan mereka menjuarai saingan Euro 2020 menewaskan England tahun lalu.

Itali juga turut tidak akan membuat penampilan di pentas Piala Dunia tahun ini selepas mereka tersingkir di pusingan play-off.

Roberto Mancini jelas sekali akan berusaha sehabis daya beliau untuk menaikkan semula skuadnya yang kini dilihat berada di tahap yang agak mengecewakan.

Itali: Donnarumma, Di Lorenzo, Bonucci, Chiellini (Lazarri 46), Emerson Palmieri (Bastoni 77), Pessina (Spinazzola 62), Jorginho, Barella, Bernardeschi (Locatelli 46), Belotti (Scamacca 46), Raspadori.

Pemain simpanan: Cragno, Florenzi, Politano, Meret, Acerbi, Cristante, Lorenzo Pellegrini.

Kad Kuning: Bonucci, Di Lorenzo, Barella

Argentina: Damian Martinez, Cristian Romero (Pezzella 85), Molina, Otamendi, Tagliafico, De Paul (Palacios 76), Di Maria (Gonzalez 90+1), Lautaro Martinez (Alvarez 85), Lo Celso (Dybala 90+1), Rodriguez, Messi.

Pemain simpanan: Rulli, Armani, Foyth, Mac Allister, Acuna, Lisandro Martinez, Gomez.

Penjaring: Martinez (28), Di Maria (45+1), Dybala (90+4)

Kad Kuning: Otamendi

BACA:  Argentina, Brazil, Perancis - Negara Manakah Yang Paling Banyak Menjulang Piala Rasmi?