Arsenal Berpotensi Untuk Dapatkan Semula Khidmat Serge Gnabry

Pemain sayap Jerman, Serge Gnabry merasa sedikit kecewa apabila Bayern Munich tidak mahu memenuhi permintaan beliau yang mahukan kenaikkan gaji.

Dek kerana hal itu, beliau memilih untuk tidak mahu menandatangani kontrak baru bersama Bayern Munich dan memutuskan untuk meninggalkan kelab pada musim panas nanti.

Kontrak pemain berusia 26 tahun itu akan tamat pada tahun 2023 nanti, dengan Bayern Munich pada ketika ini berhasrat mahu mendapatkan dana tambahan hasil penjualan Serge Gnabry.

Gergasi Bundesliga itu pada ketika ini sedang menanti andai ada pasukan yang berminat untuk mendapatkan Serge Gnabry dan mereka akan sudi melepaskan pemain sayap itu andai tawaran yang mereka terima bersesuaian.

Pemain penyerang versatile itu boleh bermain di posisi sayap dan beliau juga turut boleh bermain di bahagian tengah.

Beliau sebenarnya sudah berkali-kali dikaitkan dengan bakal kembali ke Emirates apa lagi selepas melihat aksi cemerlang beliau dalam saingan Bundesliga.

Selepas enam tahun meninggalkan Arsenal beliau telah mula mencipta nama di pentas bola sepak Eropah bersama Bayern Munich.

Dan kini, bukan hanya Arsenal sahaja yang berminat mahu mendapatkan khidmatnya, dengan Real Madrid juga turut berhasrat mahu dapatkan Serge Gnabry.

Selepas dikhianati oleh Kylian Mbappe, Real Madrid sepertinya sangat terdesak mahu mencari pemain penyerang yang baru pada jendela perpindahan musim panas ini.

Selain Gnabry, Real Madrid dilaporkan turut sangat berminat mahu menandatangani pemain Manchester City, Raheem Sterling.

Menandatangani pemain berkualiti seperti Gnabry jelas sekali akan memberi kelebihan kepada skuad kendalian Mikel Arteta itu.

Arsenal ketika ini dibarisi oleh barisan pemain muda, dan mereka jelas sekali sangat-sangat memerlukan pemain berpengalaman seperti Gnabry.

Arteta pada ketika ini mengharapkan barisan pemain seperti Bukayo Saka, Emile Smith Rowe, Gabriel Martinelli dan Eddie Nketiah di bahagian jentera serangan skuad.

Penambahan pemain seperti Serge Gnabry jelas sekali akan sangat membantu Arsenal untuk memantapkan lagi jentera serangan mereka.

Bayern Munich dilaporkan meletakkan tanda harga bernilai £25 juta untuk sesiapa yang berminat mahu mendapatkan Gnabry dan jelas sekali ia merupakan nilai yang sangat masuk akal.

Melihat kemampuan dan kualiti yang beliau ada, jelas sekali Serge Gnabry antara pemain yang sememangnya Arsenal cari pada ketika ini.

Untuk Bayern Munich sendiri pula, selain Gnabry, mereka juga turut berpotensi untuk kehilangan Robert Lewandowski dan kerana itulah mereka berminat mahu mendapatkan Sadio Mane.

Bayern Munich dan PSG berebut mahu dapatkan Sadio Mane

Paris Saint Germain dilaporkan kini memasuki perlumbaan untuk berebut mendapatkan bintang Liverpool, Sadio Mane.

Kontrak pemain kebangsaan Senegal itu bersama Liverpool akan tamat pada penghujung musim hadapan dan beliau ketika ini masih belum menandatangani kontrak baru bersama kelab.

Pada awal bulan baru-baru ini, terdapat laporan yang menyatakan bahawa Juara saingan Bundesliga, Bayern Munich sedang memantau situasi Sadio Mane bersama Liverpool.

Ejen Mane sendiri turut dilaporkan sudah mengadakan rundingan dengan sporting director Bayern Munich, Hasan Salihamidzic tentang potensi untuk berlakunya perpindahan tersebut.

Kini, berlaku satu lagi twist yang mengejutkan, dengan media Jerman, SportBILD melaporkan yang PSG juga turut sama sedang berusaha mahu mendapatkan Sadio Mane.

Bahkan gergasi Perancis itu turut dianggap sebagai calon kegemaran yang akan mampu membawa bintang Senegal itu ke Parc des Princes.

Paris Saint Germain turut dilaporkan sudah menyediakan dana yang cukup besar untuk Mane dan akan menawarkan pemain Liverpool itu kontrak yang lumayan.

Menurut sumber laporan SportBILD juga, Mane ketika ini sedikit teragak-agak dalam mahu menerima tawaran baru dari Liverpool selepas menerima tawaran dari PSG.

Beliau pada ketika ini dipercayai menerima pendapatan bernilai £200,000 sahaja seminggu bersama Liverpool.

Walaupun terdapat banyak cakap-cakap belakang tentang kontraknya, Mane tetap cemerlang mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan bersama Liverpool.

Beliau berjaya menjaringkan gol penting ketika aksi kemenangan 2-1 Liverpool menewaskan Aston Villa minggu lalu dan selepas tamat perlawanan tersebut, beliau menegaskan yang dirinya gembira bersama kelab.

“Yeah, saya gembira di sini, saya rasa ketika kami menang Piala saya akan lebih gembira! Tapi saya rasa saya sedang mencuba untuk menikmati setiap detik, cuba assist untuk rakan sepasukan dan saya rasa mereka lebih banyak memudahkan saya.”

“Saya sejujurnya sangat gembira. Saya cuma sedang menikmati setiap detik bersama rakan sepasukan saya. Tanpa mereka saya tiada apa-apa.”

Sumber: SPORTbible

BACA:  Ferdinand Gelar Arsenal Sebagai Delusional FC Sebab Celebrate Macam Dah Menang Liga