Arsenal tampil untuk menafikan sebarang salah laku melibatkan ‘Transfer Request’ atau permintaan perpindahan yang telah dilakukan oleh pemain sasaran mereka Moises Caicedo dari Brighton Hove & Albion.
Mikel Arteta mengakui bahawa pasukannya kini memerlukan seorang lagi pemain tengah sebelum jendela perpindahan januari ditutup selepas Mohamed Elneny mengalami kecederaan lutut dan terlepas baki musim ini.
Sasaran utama Arsenal ketika ini adalah Moises Caicedo walaupun bidaan Arsenal bernilai £60 juta telah ditolak oleh Brighton dan menewaskan bahawa pemain tengah mereka itu tidak akan dijual.
Jika Seagull berjaya membawa masuk pemain tengah baru yang boleh menggantikan kekosongan yang bakal ditinggalkan oleh Moises Caicedo sebelum selasa ini maka perundingan akan kembali berjalan.
EXCLUSIVE: Arsenal have submitted £60m bid to sign Moises Caicedo as new midfielder 🚨⚪️🔴 #AFC
Chelsea had £55m verbal proposal rejected this January as Brighton hope to keep the player — but Arsenal are now pushing.
Negotiations enter into key stages for Caicedo’s future. pic.twitter.com/WZp3RKRdbx
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) January 27, 2023
Segulls cuba mendapat pemain tengah RB Leipzig, Amadou Haidara dan bidaan telah pun dibuat dan jika dilihat kepada situasinya Brighton hampir pasti akan gagal mendapatkan pemain itu.
Moises Caicedo yang terdesak untuk ke Arsenal telah mencetuskan kontroversi dan memburukkan situsi apabila menulis secara terbuka di Instagramnya berharap Brighton menjualnya.
“Saya berterima kasih kepada Encik Bloom dan Brighton kerana memberi saya peluang untuk datang ke Liga Perdana dan saya rasa saya sentiasa melakukan yang terbaik untuk mereka. Saya sentiasa bermain bola sepak dengan senyuman dan dengan hati.”
“Saya anak bongsu daripada 10 adik-beradik daripada didikan miskin di Santa Domingo di Ecuador. Impian saya sentiasa untuk menjadi pemain yang paling dihormati dalam sejarah Ecuador.
“Saya berbangga kerana dapat membawa bayaran perpindahan rekod untuk Brighton yang akan membolehkan mereka melabur semula dan membantu kelab terus berjaya.”
“Peminat telah mengambil saya ke dalam hati mereka dan mereka akan sentiasa berada di hati saya jadi saya harap mereka dapat memahami mengapa saya mahu mengambil peluang hebat ini.🙌🏽🙏🏽”
Selama ini Arsenal mempunyai hubungan yang baik dengan Brighton apabila telah berurusan dalam perpindahan melibatkan Ben White dan juga Leandro Trossard dalam tempoh beberapa tahun ini.
Kerana tindakan secara melulu Caicedo itu, sumber dalaman Arsenal telah menafikan sebarang salah laku dan langsung tiada kena mengena dengan kenyataan yang telah dibuat oleh pemain sasaran mereka itu.
Lantaran itu, Caicedo telah diarahkan supaya tidak menghadiri sesi latihan sehingga perkara ini selesai dan akan terlepas perlawanan menentang Liverpool.
Caicedo antara pemain tengah yang sangat cemerlang musim ini. Arteta mahu memperkuatkan bahagian tengahnya. Kerana ketika ini mereka sedang berada dalam landasa persaingan kejuaraan Liga Perdana Inggeris.
Chelsea juga dilaporkan berminat mendapatkan Moises Caicedo telah membuat bidaan yang juga telah ditolak Brighton dan Arsenal harus berwaspada dengan Chelsea supaya tidak disailang lagi.