West Ham United menewaskan kelab serba mewah Chelsea dalam pertembungan derbi di antara dua kelab London walaupun beraksi hampir 30 minit dengan 10 pemain.
The Hammers sedang mendahului 2-1 apabila pemain pertahanan Nayef Aguerd menerima arahan keluar padang pada minit ke-67 perlawanan selepas menerima kad kining kedua.
Aguerd sebelum itu cemerlang meletakkan pasukan tuan rumah di hadapan melalui tandukan seawal minit ke-7.
Walaupun memiliki kelebihan pemain, Chelsea tetap gagal memburu gol penyamaan dan dibolosi buat kali ketiga dalam perlawanan ini melalui sepakan penalti Lucas Paqueta ketika perlawanan memasuki minit kelima masa kecederaan.
61'—British-record signing $145M Moisés Caicedo makes his debut
90'—Caicedo foul gives West Ham a penalty to seal the game
Welcome 💀 pic.twitter.com/L14PVevvcz
— B/R Football (@brfootball) August 20, 2023
Pemain remaja Carney Chukwuemeka menjaringkan gol pertamanya buat Chelsea untuk menjadikan kedudukan 1-1 dan Chelsea turut kecewa apabila sepakan penalyi Enzo Ferbabdez diselamatkan oleh Alphonse Areola selepas itu.
Michail Alphonso meletakkan West Ham kembali dengan jaringan dari sudut sukar pada minit ke-53 sebelum tuan rumah beraksi dengan 10 pemain.
Perlawanan ini adalah bukti kuasa kewangan tidak akan mampu membeli kejayaan segera.
Skuad kendalian Maurucio Pochettino gagal menampilkan kebangkitan diharapkan penyokong The Blues walaupun membawa masuk Moises Caicedo yang dibawa dengan nilai rekod perpindahan British dari Brighton.
Pemain antarabangsa Ecuador itu dibawa dengan nilai lebih £100 juta berpeluang untuk menjadikan kedudukan 2-2, namun percubaannya dari sudut penjuru kotak penalti sekadar liar.
Moisés Caicedo gives up a penalty on his Chelsea debut 😳
Lucas Paquetá buries it to seal West Ham's 3-1 win 👀 pic.twitter.com/GUFvouqzhF
— ESPN FC (@ESPNFC) August 20, 2023
Selepas dua bulan tanpa sebarang perlawanan, aksi Caicedo kelihatan berkarat dan kemudiannya turut dipersalahkan sebagai punca sepakan penalti yang diperolehi West Ham kerana mengasari Emerson.
Secara keseluruhan Chelsea telah membelanjakan lebih dari £900 juta sejak kelab itu diambil alih oleh usahawan Amerika Syarikat, Todd Boehly melalui firma miliknya Clearlake Capital pada Mei 2022.
FAKTA PERLAWANAN DAN RATING PEMAIN
WEST HAM: Areola 8; Coufal 5.5 , Zouma 6, Aguerd 5, Emerson 6.5; Soucek 6.5, Ward-Prowse 6 (Alvarez 80mins 6); Bowen 7, Paqueta 7, Benrahma 6.5 (Ogbonna 69mins 6); Antonio 7.5 (Fornals 75mins 6)
Subs: Fabianski, Johnson, Cresswell, Cornet, Ings, Mubama
Goals: Aguerd ‘7, Antonio 53′, Paqueta 90+5’
Booked: Aguerd, Paqueta, Emerson
Red cards: Aguerd ’67
Manager: David Moyes 8
CHELSEA (3-4-2-1): Sanchez 6.5; Disasi 6, Thiago Silva 6, Colwill 5.5; Gusto 6 (Burstow 82mins 6), Fernandez 6, Gallagher 6 (Madueke 74mins 6), Chilwell 5.5 (Caicedo 60mins 5); Sterling 7.5, Chukwuemka 7 (Mudryk 45mins 4); Jackson 6
Subs: Bergstrom, Cucurella, Maatsen, Humphreys, Ugochukwu
Goals: Chukwuemeka 28′
Booked: Disasi, Chukwuemeka, Jackson
Manager: Mauricio Pochettino 5.5
Referee: John Brooks 6