Mourinho Pertahan Aksi Anak Buah, Dakwa United Bermain Baik Walaupun Seri

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho menegaskan anak buahnya bermain dengan baik walaupun gagal mencatatkan kemenangan ketika United seri 0-0 menentang West Ham awal pagi tadi.

United mencipta lebih banyak peluang dalam perlawanan tersebut tetapi dilihat gagal untuk benar-benar menguji penjaga gol West Ham, Adrian sepanjang 90 minit perlawanan.

Tiada gol tapi ada beberapa insiden panas

Mourinho berkata pasukannya turun dengan misi untuk mendapatkan 3 mata penuh tetapi beliau masih berpuas hati dengan keputusan seri kerana United memerlukan hanya memerlukan 1 mata sahaja untuk mengesahkan tempat ke-2 dalam Liga Perdana Inggeris musim ini.

Ketika bercakap kepada wartawan selepas tamat perlawanan, Mourinho menegaskan United bermain untuk menang tetapi dinafikan oleh ketangkasan penjaga gol West Ham, Adrian.

“Kami menunjukkan yang kami bermain untuk mendapatkan kemenangan. Kami mempunyai peluang terbaik perlawanan. Saya percaya Adrian melakukan beberapa saves pada separuh masa pertama sahaja.”

“Sudah tentu apabila perlawanan memasuki minit ke-70-75, dan anda tahu satu masa sahaja sudah cukup untuk menamatkan musim di tempat ke-2, anda tidak akan mengambi terlalu banyak risiko untuk memenangi perlawanan.”

Tinju Maut Pendekar Laut

Luke Shaw dan Scott McTominay diberikan peluang bermain dalam kesebelasan utama menjelang perlawanan akhir Piala FA minggu hadapan. United akan menentang Watford terlebih dahulu dalam perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris pada Ahad ini dengan slot automatik ke Liga Juara-Juara Eropah sudah berada dalam tangan.

Mourinho menafikan perlawanan awal pagi tadi menjadi medan ‘ujibakat’ buat Shaw dan McTominay untuk menambat hatinya menjelang final Piala FA, tetapi gembira dengan permainan yang ditunjukkan mereka berdua.

“Kami bermain dengan baik dan perkara paling penting adalah perlawanan tadi sebenarnya bukanlah satu ujian [menjelang final Piala FA]. Ia merupakan peluang untuk bermain yang mana Shaw dan McTominay merupakan sebahagian daripada pasukan yang bermain dengan positif.”

Mourinho turut sempat memberikan komennya mengenai ‘pergaduhan’ kapten West Ham, Mark Noble dan Paul Pogba pada penghujung perlawanan. Noble bertindak aggresif selepas menerima terjahan keras daripada Pogba dengan kedua-dua pemain dilayangkan kad kuning.

Make-up love

Walaubagaimanapun, segalanya seperti telah dilupakan selepas wisel penamat dibunyikan dengan Noble dan Pogba dilihat berpelukan. Mourinho menggambarkan insiden tersebut lebih kepada satu insiden yang romantik.

“Paul Pogba dan Mark Noble, mereka kelihatan seperti sedang dilamun cinta. Berpelukan, bercium dan bertukar jersi.”

“Ia merupakan perlawanan yang cukup kompetitif. Kami memerlukan mata untuk menamatkan musim di tempat ke-2. Tiada apa yang ingin dikejar West Ham kerana mereka telah mengesahkan tempat mereka dalam Liga Perdana Inggeris di Leicester sebelum ini. West Ham bermain untuk menang jika dilihat dari pertukaran yang dilakukan oleh David Moyes.”

BACA:  Solskjaer Tegaskan Pogba Masih Gembira Di Old Trafford, Nafi Minat Real Madrid