Romeo Lavia Dan Moises Caicedo, Pemain NO6 Yang Sama Tetapi Tidak Serupa

Ball winning dan possession controlling telah menjadi ciri-ciri bernilai tinggi untuk seorang pemain-tengah pada masa kini. Pembelian Moises Caicedo (Brighton) dan Romeo Lavia (Southampton) oleh Chelsea telah menjadi bukti.

Caicedo tiba ke Stamford Brigde pada harga £115 juta. Ia telah meletakkannya sebagai pemain ketiga paling mahal dalam sejarah bola sepak dunia. Harga itu juga telah memecahkan rekod British.

Setakat hari ini, 10 pemain paling mahal dunia telah dihuni oleh 3 pemain-tengah bertahan. Mereka ialah Caicedo, Enzo Fernandez dan Declan Rice. £53 juta Lavia akan meletakkannya berada dalam senarai 100 pemain paling mahal dunia.

Seperti dalam kebanyakkan aktiviti perpindahan Chelsea, pembelian kedua-dua pemain tengah ini menggambarkan sikap rakus pemilik kelab itu, terutamanya skuad yang dimilikinya pada musim lepas sudah cukup besar.

Tetapi Chelsea mempunyai dua sebab mengapa mereka memerlukan Lavia dan Caicedo.

Pertama, Chelsea telah kehilangan ramai pemain-tengah dalam 2 jendela perpindahan tahun ini. Mason Mount, Ruben Loftus-Cheek, Mateo Kovacic, Jorginho dan N’Golo Kante semuanya telah meninggalkan kelab.

Mereka itu terdiri dari pelbagai peranan, dari pemain NO6, NO8, ball winning, enjin box to box dan juga pemain-tengah bertahan.

Kedua, kebergantungan terlalu kuat kepada Fernandez. Chelsea telah membelinya pada harga £107 juta, satu rekod British pada ketika itu. Sepanjang 22 perlawanan terakhirnya dia berada berada dalam kesebelasan utama, baik dalam perlawanan Liga Perdana dan Liga Juara-Juara. Cukup memenatkan.

Bekas pengurus Chelsea, Frank Lampard menyifatkan Fernandez sebagai pemain NO6 semula jadi yang berada dalam sebuah pasukan yang tidak mempunyai ramai pemain NO6 tulen.

Enzo menyumbang 14.6% dari keseluruhan hantaran Chelsea dan hantaran progresif (ke bahagian atas) Enzo menyumbang 21.9%. Dia juga merekod 32.7% switches of play pasukan dan 34.4% hantaran lolos (through ball).

Kesemua pemain-tengah perlu mendominasi 4 metrik tersebut dan dalam metrik tersebut, Enzo berada dalam ranking tertinggi untuk hantaran progresif.

Pada musim lepas unit serangan Chelsea agak tumpul dan mereka memerlukan pemain-tengah yang bagus untuk menyusun serangannya dengan lebih baik.  Chelsea perlu mencari pemain yang akan membantu Enzo untuk mengawal permainan.

Dalam perlawanan pembukaan minggu lepas menentang Liverpool, Enzo berada tempat kedua untuk sentuhan (touches) dan hantaran (passes) keseluruhan. 17 daripada 57 hantaran progresif Chelsea (29.8%) dilakukan oleh Enzo.

…S…

Mauricio Pochettino menggunakan sistem 3-4-2-1. Fernandez dan Conor Gallagher bertindak sebagai pivot berganda (double pivot).

Raheem Sterling dan Carney Chukwuemeka memegang peranan NO10. Jika Pocchetino mahu mengekalkan sistem empat pemain-tengah (midfield box), maka saiz (depth) dan variasi profil pemain-tengah akan menjadi perkara penting.

“Kami memerlukan pemain bagus untuk meningkatkan keupayaan pasukan tetapi ini bukanlah satu perkara baharu dan kami berusaha dengan cukup keras.” Kata Pocchetino selepas tamat perlawanan menentang Liverpool.

“Ini adalah tentang usaha mencari pemain yang betul dengan profil yang tepat. Pasukan sudah mantap (lawan Liverpool). Kami hanya membenarkan lawan melepaskan satu percubaan.”

“Tetapi sudah pasti kami perlu mencipta lebih banyak peluang (chances) untuk menjaringkan lebih banyak gol. Saya rasa ini adalah langkah pertama.”

…S…

Cuba masukkan Caicedo dan Lavia ke dalam pasukan Chelsea.

Secara teorinya mereka berdua boleh bermain bersama, sama ada dengan Enzo atau tanpanta, atau Enzo dimainkan di posisi lebih ke atas (advance). Ketika bertemu Liverpool, Enzo ada bermain dalam peranan itu walaupun hanya sekejap.

“Enzo boleh bermain di semua posisi bahagian-tengah. Dia mempunyai lebih banyak tawaran berbanding hanya menjadi enam tunggal (single pivot),”

“Sama seperti dia boleh bermain sebagai enam berganda (double pivot), dia juga boleh menyertai lebih banyak permainan dan bermain sebagai pemain NO8,” kata Lampard musim lalu.

…S…

Caicedo dan Lavia mempunya profil sama tetapi tidak serupa. Kedua-duanya adalah pemain NO6 dan telah meningkat pada tahap yang sama dalam kariernya.

Caicedo berusia 21 tahun manakala Lavia pula 19 tahun. Mereka mempunyai 45 dan 29 penampilan Liga Perdana. Chelsea melabur kerana potensi masa depan serta keupayaan semasa pemain ini.

Caicedo lebih terkehadapan berbanding Lavia. Dia sudah mempunyai 32 penampilan antarabangsa dan bermain dengan sebuah kelab hebat, Brighton.

Sistem penguasaan permainan Brighton lebih tinggi berbanding Southampton yang bermain secara langsung (direct). Lavia baru mempunyai 1 musim sebagai pemain utama Liga Perdana.

Berikut adalah perbandingan antara Lavia dan Caicedo pada musim lepas. Lavia mempunyai 1,978 minit permainan manakala Caicedo 2,704 minit.

  • Tengah

24-24; Progressive passing

95-27; Carry & dribble volume (Lavia lebih baik)

64-81; Ball retention ability (Caicedo)

  • Bertahan

36-63; Ball recoveries & interception (Caicedo)

24-71; Disrupting opponent movement (Caicedo)

44-56; Defending intensity (Caicedo)

26-57; Defending impact (Caicedo)

17-34; Ariel duels quantity (Caicedo)

  • Serangan

35-35; Shot volume

19-35; Receptions in opponent box (Caicedo)

15-43; xG from progression (Caicedo)

19-37; xG from shot creation (Caicedo)

Caicedo mempunyai produk akhir yang unggul namun kedua-duanya memiliki kadar percubaan sama. Secara defensif, Caicedo lebih baik berbanding Lavia dan dia merupakan ball winner terbaik Liga Perdana pada musim lepas.

Perbezaan paling ketara dua pemain ini adalah cara mereka memajukan bola ke atas. Caicedo lebih baik melalui hantaran lolos (through passes) manakala Lavia gemar menggunakan cara membawa bola (carry and dribble). Lavia antara pemain terbaik Liga Perdana dalam memajukan bola dengan cara itu.

…S…

Lavia merupakan pemain-tengah yang berada berada pada kedudukan paling bawah ketika Southampton mula membina permainannya. Disampingnya ialah James Ward-Prowse yang bermain di sebelah kanan dan Roman Perraud di sebelah kiri.

Gambar di bawah ini adalah perlawanan Southampton menentang Chelsea di Stamford Bridge. Southampton menang 1-0.

Posisi Lavia dan kedudukan badannya yang menghala ke arah gawangnya sendiri telah menarik Kovacic untuk pergi ke arahnya. Pemain muda itu memusingkan badannya dan dengan mudah memperdayakan seorang pemain yang mempunyai 95 penampilan antarabangsa.

Kemudian Lavia membawa bola sehingga kawasan tengah dan membuat hantaran-mudah kepada Stuart Amstrong. Ini adalah ciri-ciri Lavia yang dikatakan antara pembawa-bola (ball carrier) terbaik di EPL.

Dibawah adalah contoh kedua. Southampton bertemu Manchester United di Old Trafford. Kali ini Southampton berhadapan dengan blok rendah berbanding high pressing lawan.

Lavia berada ditengah bek-tengah. Dia menerima bola dari Jan Bednarek (bek-tengah sebelah-kanan) dan membawa bola ke bahagian tengah sebelum memberi bola kepada Che Adam.

Dan di bawah ini pula, Lavia sedang mengimbas kawasan sekitar sebelum menerima bola daripada Romain Perraud (bek-kiri).

Dia menerima bola, mengawal dan kemudian bergerak selembut angin di antara Antony dan Jadon Sancho dengan menggunakan kedua-dua kaki untuk mengawal bola.

Selepas Antony dan Sancho berjaya ditewaskan, Lavia mempunyai ruang dan masa untuk terus membawa bola keatas. Barisan pertahanan United sudah terdedah dengan ancaman.

Tetapi Lavia memilih untuk melakukan hantaran paling selamat iaitu kembali kepada Perraud. Lavia mempunyai 4 rakan disekelilingnya, Theo Walcott dan Adams berada di posisi yang lebih memberi ancam kepada United.

Tidak dinafikan Lavia merupakan seorang yang berani tetapi masih lemah dalam membuat keputusan terutamanya membina permainan dari bahagian bawah.

…S…

Dalam perlawanan terakhir musim lepas, menentang Liverpool yang berkesudahan dengan keputusan seri 4-4, Lavia telah melakukan kesilapan yang membawa gol kepada lawan.

Lavia menerima bola dari Alex McCarthy (penjaga gol), kemudian Lavia menghantar kepada Bednarek tetapi bola itu tersasar dan dipintas oleh Diogo Jota. Jota menjaringkan gol.

“Romeo mempunyai semua kualiti untuk menjadi pemain hebat,” kata pengurus Southampton ketika itu, Ruben Sellers pada Mac

“Tetapi saya rasa dia sampai ke tahap itu lagi dan ini kenapa dia belum memikat hati saya lagi. Dia perlu meningkat dan bergerak kedepan.”

Selles menyambung “perlu menunjukkan dominasi dalam perlawanan, lebih dominasi dalam penguasaan, lebih berkepimpinan di atas padang. Jika dia mahu menjadi apa yang orang bercakap mengenai dirinya.”

…S…

De Zerbi secara terbuka berkata Caicedo boleh bermain di semua posisi. Dalam perlawanan terakhir musim lepas Caicedo bermain di posisi bek-kanan kerana bek-kanan Brighton mengalami kecederaan.

Namun Caicedo adalah gandingan tetap Alexis Mac Allister dalam sistem 4-2-3-1 De Zerbi. Caicedo merupakan paling menyinar dalam pasukan itu.

Dalam perlawanan separuh akhir Piala FA menentang Manchester United, Southampton memulakan serangan melalui Robert Sanchez yang memberi bola kepada Lewis Dunk. Dunk menjadi penyambung kepada Caicedo.

Caicedo bergerak dari titik buta (blind spot) Christian Eriksen kemudian membuka badannya untuk membiarkan bola melepasinya. Caicedo melepasi Eriksen dan Marcus Rashford.

Selepas melepasi dua pemain itu, Caicedo menukar permainan kepada pertahanan kiri Pervis Estupinan.

Kelebihan lain yang dimiliki oleh Lavia tetapi juga ada pada Caicedo ialah keupayaannya untuk membawa bola naik ke atas secara bersendirian.

Gambar dibawah adalah dua contoh dalam kemenangan 3-1 ke atas Southampton pada bulan Mei. Dalam kedua-dua keadaan, Caicedo menerima bola daripada pemain bek-tengah, Dunk.

Caicedo mengawal dengan kaki belakangnya kemudian membuat hantaran kepada Pascal Gross dan seterunsnya mencipta situasi 4 lawan 4.

Penutup

Dalam temuramah pertamanya selepas menyertai Chelsea, Caicedo telah menjadikan Claude Makelele dan Kante sebagai “inspirasi untuk membantu Chelsea”.

Tugasnya sekarang adalah untuk menggantikan tempat yang ditinggalkan Kante dan dia mungkin boleh melaksanakan dengaj lebih berkesan apabila bermain bersama Lavia.

BACA:  Bekas Kelab Akmal Rizal Kini Milik Chelsea, Boehly Impi Bina Projek Empayar Bola Sepak Seperti Man City