FIFA Club World Cup: Chelsea 2-1 Palmeiras

Chelsea turun bertemu wakil dari Amerika Selatan, Palmeiras untuk aksi perlawanan akhir dalam saingan FIFA Club World Cup di Mohammad Bin Zayed Stadium di Abu Dhabi.

Skuad kendalian Thomas Tuchel itu berjaya mara ke perlawanan akhir selepas menewaskan Al- Hilal Saudi 1-0 di peringkat separuh akhir.

Sementara Palmeiras pula berjaya mara ke perlawanan akhir selepas mereka menewaskan Al-Ahly 2-0 di peringkat separuh akhir.

Chelsea turun dalam usaha mereka untuk menjadi pasukan ketiga dari saingan Premier League selepas Manchester United dan Liverpool untuk membawa pulang kejuaraan FIFA Club World Cup.

Sementara Palmeiras pula sudah tentu mahu menjadi pasukan dari Amerika Selatan yang menghentikan dominasi pasukan dari Eropah yang sering muncul Juara saingan FIFA CWC.

Perlawanan bermula dengan Palmeiras terlebih dahulu menguji gawang gol Chelsea dengan melancarkan beberapa siri serangan.

Lima minit pertama perlawanan nampak seimbang dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan, namun tidak ada serangan merbahaya yang berjaya dilancarkan.

Selepas 10 minit beraksi, masih tiada pasukan yang dominan, dengan kedua-dua Chelsea dan Palmeiras masih lagi saling bertukar serangan.

Chelsea kemudiannya mula menemui rentak persembahan terbaik mereka dan berjaya mendominasi aksi 15 minit pertama dalam perlawanan ini.

Sepanjang tempoh 15 minit, dua kali Chelsea dihadiahkan dengan sepakan percuma di hadapan kotak penalti, namun sayangnya mereka gagal memanfaatkan kesempatan tersebut untuk mendapatkan gol awal.

Selepas 20 minit beraksi, masih belum ada percubaan yang benar-benar bahaya yang berjaya dihasilkan oleh kedua-dua pasukan.

Pada minit ke-23 permainan, Dudu berjaya mengkucar-kacirkan barisan pertahanan Chelsea dan turut melepaskan rembatan padu ke arah gawang gol The Blues.

Malang sekali bola rembatan beliau sedikit tersasar dan sama sekali tidak memberi ancaman kepada Edouard Mendy.

Pada minit ke-30 permainan, Chelsea terpaksa membuat pertukaran awal dengan mengeluarkan Mason Mount yang dibelenggu masalah kecederaan, dan menggantikan beliau dengan Christian Pulisic.

Palmeiras berjaya mendominasi 10 minit terakhir sebelum tamat aksi babak pertama dalam perlawanan ini dengan mereka kerap menguji gawang gol Chelsea.

Ketika aksi masa kecederaan sebelum tamat babak pertama, Thiago Silva berjaya melepaskan rembatan padu dari luar kotak penalti, namun malangnya ia berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Palmeiras, Weverton.

Aksi babak pertama berakhir dengan kedua-dua pasukan masih gagal untuk menjaringkan sebarang gol dan mereka juga tak banyak mencipta serangan merbahaya sepanjang 45 minit pertama permainan.

Chelsea nampak lebih kerap melancarkan serangan pada aksi babak kedua, dengan Palmeiras dilihat sudah mula hilang arah.

Pada minit ke-55 permainan, Chelsea berjaya menjaringkan gol pendahuluan menerusi Romelu Lukaku yang cemerlang menanduk masuk bola hantaran cantik dari Callum Hudson Odoi.

Callum Hudson Odoi menghantar bola yang sungguh cantik ke dalam kotak penalti, dan bola hantaran beliau benar-benar tepat menemui kepala Lukaku.

Bintang Belgium itu mudah menanduk masuk bola cantik hantaran Odoi itu untuk memastikan Chelsea mendahului perlawanan dengan keputusan 1-0.

Pada minit ke-61 permainan, Palmeiras telah dihadiahkan sepakan penalti oleh pengadil perlawanan, selepas bola dikatakan terkena tangan Thiago Silva.

Raphael Viega dipertanggungjawabkan untuk mengambil sepakan penalti tersebut, dengan beliau tenang menewaskan Mendy untuk mengikat kedudukan menjadi 1-1.

Chelsea kemudiannya dilihat berusaha keras memburu gol penyamaan, namun usaha mereka sepertinya masih belum membuahkan sebarang hasil.

Palmeiras sendiri turut beberapa kali berjaya melancarkan serangan, namun percubaan-percubaan dari mereka sepertinya terlalu mudah untuk barisan pertahanan Chelsea dan Mendy sendiri.

90 minit beraksi, perlawanan masih lagi seimbang dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan, namun tiada tambahan gol yang berjaya dihasilkan.

Tamat masa sebenar permainan, dengan kedua-dua pasukan masih terikat 1-1 dan perlawanan akan dilanjutkan ke aksi tambahan masa untuk mencari pemenang.

Babak pertama aksi tambahan masa Palmeiras nampak gigih melancarkan serangan namun masih gagal untuk menewaskan Mendy.

Tidak banyak aksi menarik yang boleh dibincangkan dengan aksi babak pertama tambahan masa berakhir dengan kedua-dua pasukan masih gagal menambah jaringan.

Pada minit ke-112, para pemain Chelsea mendakwa yang bola terkena tangan pemain pertahanan Palmeiras, Luan dan menuntut agar mereka dihadiahkan sepakan penalti.

Pengadil perlawanan kemudiannya menyemak VAR dan mengesahkan penalti untuk Chelsea.

Kai Havertz dipertanggungjawabkan untuk mengambil sepakan penalti tersebut dengan beliau tenang menewaskan Weverton untuk Chelsea mendahului 2-1.

Beberapa detik sebelum perlawanan tamat Luan dilayangkan kad merah kerana mengasari Kai Havertz di luar kotak penalti.

Perlawanan tamat dengan Chelsea berjaya menewaskan Palmeiras 2-1, seterusnya mengesahkan mereka sebagai sang penakluk dunia yang baru.

Chelsea (3-4-2-1): Mendy; Christensen (Sarr 90), Thiago Silva, Rudiger; Azpilicueta, Kante, Kovacic (Ziyech 90), Hudson-Odoi (Niguez 77); Mount (Pulisic 31), Havertz; Lukaku (Werner 76).

Pemain Simpanan: Kepa, Bettinelli; Chalobah, Alonso, Kenedy, Jorginho, Barkley.

Penjaring: Lukaku 55, Havertz (pen) 117.

Kad Kuning: Havertz 118.

Pengurus: Thomas Tuchel.

Palmeiras (5-4-1): Weverton; Marcos Rocha (Deyverson 118), Luan Garcia, Gustavo Gomez, Joaquin Piquerez, Gustavo Scarpa; Rony (Wesley 77), Danilo, Ze Rafael (Jailson 60), Dudu (Rafael Navarro 103); Raphael Veiga (Atuesta 78).

Pemain Simpanan: Marcelo Lomba; Kuscevic, Jorge, Mayke, Breno Lopes, Murilo, Mateus.

Penjaring: Raphael Veiga (pen) 64.

Kad Kuning: Wesley 105, Luan 115, Atuesta 116, Ferreira 120+1.

Kad Merah: Luan 120+6.

Pengurus: Abel Ferreira.

Pengadil: Chris Beath.

BACA:  Memperingati 'Battle of The Bridge', Malam Dimana Leicester Dinobatkan Sebagai Juara Liga