Kenali Moises Caicedo, Pemain Bernilai Tinggi Masa Kini. Siapakah Dia Sebenarnya?

Moises Caicedo dilahirkan di kawasan terpencil Santo Domingo. Mengikut populasi Santo Domingo adalah bandar keempat terbesar di Ecuador.

Bapa Caicedo merupakan seorang penarik beca manakala ibunya pula mengambil upah membasuh pakaian. Kehidupan keluarganya dipenuhi dengan kasih sayang – sesama mereka.

Caicedo merupakan anak bongsu daripada 10 adik beradik. Dia mula bermain bola sepak di padang rosak dan berdebu di kawasan rumannya.

Tiang gol hanya ditanda menggunakan batu. “Saya belajar bagaimana untuk bermain secara keras.” kata Caicedo dalam satu temubual pada tahun 2018.

Pada suatu pagi, ketika Caicedo sibuk menendang bola ke arah dinding di sebelah rumahnya, dia sedang menarik perhatian seorang jurulatih bola sepak tempatan yang  bernama Ivan Guerra.

“Ada sesuatu tentang cara dia menendang bola, menggunakan kedua-dua belah kaki yang menonjol,” kata Guerra kemudiannya.

Kemudian, Guerra menawarkan Caicedo menyertai pasukannya yang dinamakan sempena nama kelab liga teratas di Ecuador iaitu Barcelona.

Guerra menjadi godfather tidak rasmi Caicedo. Dia membelikannya kasut bola sepak, membayar tambang bas dan membantu keluarganya apabila mereka tidak mampu membeli makanan.

“Dia satu-satu orang yang percaya dengan diri saya,” Caicedo pernah menjelaskan dalam wawancara radio. “Dia menemui saya dan dia membantu saya dalam segala hal.”

Apabila pasukannya mula bermain dalam perlawanan di seluruh negeri, Guerra menjadi sebagai pemandu malah menjadi jam penggera kepada Caicedo.

“Dia seorang suka tidur dan kurang memberi perhatian,” kata Guerra kepada akhbar Ecuador El Comercio.

“Kadang-kadang saya datang mengejutkannya pada pukul 6 pagi dan dia tidak mahu pergi.’

“Saya akan memberitahunya, ‘Bas sudah ada di sini, kita akan bermain di Esmeraldas atau beberapa wilayah lain’. Dia sentiasa menjadi orang terakhir menaiki bas.”

Pada mulanya Caicedo bermain di bahagian-hadapan tetapi tidak lama kemudian dia dialihkan ke bahagian-tengah. “Dia begitu tenang,” kata Guerra. “Saya tahu dia akan menjadi lebih baik.”

Bakatnya mula disedari oleh orang dalam bola sepak. Pada usia 13 tahun, Caicedo bermain untuk pasukan daerah dan telah menyertai pasukan remaja di Espoli. Ia merupakan sebuah pasukan profesional yang mempunyai kaitan dengan akademi polis di Quito.

Dua tahun kemudian, selepas Caicedo menyertai satu sesi pemilihan yang diuruskan oleh abangnya, dia dipilih untuk menyertai Independiente del Valle.

Santo Domingo tidak akan pernah menghalangnya untuk pergi pada usia yang masih muda dan Caicedo tidak pernah melupakan dari mana asal usulnya.

Ketika pulang kesana, dia mengambil bahagian dalam kejohanan kampungnya hanya beberapa hari selepas membintangi Piala Dunia di Qatar.

Video dia menjaringkan gol pada perlawanan akhir menjadi tular di Ecuador. Caicedo membeli kit kepada semua pemain muda Guerra. Projek Guerra telah dinamakan dengan namanya, Sekolah Bola Sepak Moises Caisedo.

Moises Caicedo dan Ivan Guerra

Pada pertengahan 2018, apabila Ramirez dilantik sebagai pengarah akademi Independiente baharu, Caicedo sedang mengalami kecederaan yang teruk.

Pada tahun sebelumnya lutut Caicedo rosak teruk kerana ligamen cruciate pecah. Perkembangannya terhenti dan tidak berjalan lancar.

“Mereka terpaksa melakukan operasi lebih dari satu kali,” cerita Ramirez “Mereka membedah semula dan membuka lutut untuk membaiki kerosakan daripada pembedahan pertama.”a

Disebabkan masalah itu Caicedo tidak dapat bermain bola sepak selama 10 bulan. Ia menjadi ujian besar kepada pemain itu.

“Kadang-kadang saya menangis,” katanya dalam wawancara radio berikutnya. “Tiada siapa yang tahu. Saya akan pergi ke bilik saya dan mula menangis kerana kecewa. Ia terlalu sukar tetapi saya tidak berhenti percaya. Saya percaya kepada Tuhan dan banyak berdoa.”

Dari satu sudut positif, Caicedo sebenarnya bernasib baik. Mengikut standard bola sepak di Ecuador, Independiente sebuah kelab yang mempunyai kemudahan bertaraf tinggi.

Selepas hartawan, Michel Deller membeli kelab itu pada tahun 2007, akademinya telah dibina semula mengikut standard yang ditetapkan oleh bola sepak negara itu. Kebanyakkan kelab pesaing di Amerika Selatan cemburu dengan apa yang dimiliki oleh Independiente.

Selepas Caicedo pulih dari kecederaan yang dialaminya, dia telah diberi satu latihan khusus malah jadual pemakanannya dibuat untuk mengembalikannya ke tahap terbaik.

Langkah itu berkesan. Pada awal tahun 2019, apabila jurulatih remaja, Yuri Solano tiba untuk menguruskan pasukan B18, dia terpikat dengan fizikal Caicedo.

“Pada masa itu kualiti fizikal yang membezakannya dengan pemain lain,” kata Solano. “Dia mempunyai daya tahan, kekuatan, kelajuan dan ketangkasan yang hebat. Dia jauh mendahului kumpulan umurnya dari segi fizikal.”

Ramirez juga mempunyai pandangan sama. “Dia boleh berlari tanpa henti dan dia mengelilingi padang dengan cukup baik,” katanya.

“Dia memenangi pertarungan individu. Kami memanggilnya Octopus kerana dia mempunyai sepasang kaki yang boleh memenangi bola di mana sahaja di atas padang. Dia cukup mengagumkan.”

Pada tahun itu, Independiente menyertai kejohanan remaja jemputan di Sepanyol dan memenangi Copa Mitad del Mundo, sebuah pertandingan bawah B18 kelab sekitar Amerika Selatan.

Caicedo merupakan kapten pasukan dalam dua kejohanan itu dan juga menonjol di kedua-dua kejohanan.

“Dia membaca permainan dengan baik dan sentiasa terlibat dengan permainan,” kata Solano. “Dia mempunyai sikap yang agresif, baik di dalam dan luar bola dan dia merangsang tenaganya kepada pemain lain.”

Selepas kejohanan Copa Mitad del Mundo, Caicedo diserap masuk ke skuad senior. Dia membuat penampilan sulung pada usia 17 tahun. Pada ketika itu Ramirez telah ditukar ke jawatan pengurus pasukan utama, namun ia bukan faktor Caicedo mendapat tempat.

“Dari hari pertama dia berlatih bersama kami, dia adalah pemain terbaik dalam skuad,” kata Ramirez “Caicedo melakukan transisi dengan ketenangan dari segi fizikal dan teknikal. Dia mengawal bola dan terus bergerak – tidak melskukan kesilapan. Dia tidak memerlukan masa untuk menyesuaikan diri.”

Menjelang permulaan 2020, dia menjadi cukup penting sehinggakan Ramirez membawanya pulang dari pertandingan Copa Libertadores B20 yang berlangsung di Paraguay hanya untuk bermain dalam perlawanan liga menentang LDU.

Independiente menang 3-2; Pada hari berikutnya Caicedo menaiki kapal terbang untuk kembali ke Paraguay dan membantu pasukan B20 itu muncul juara.

Dalam perlawanan akhir Caicedo menyinar, menentang River Plate dari Argentina yang menampilkan Enzo Fernandez.

“Moises memainkan peranan yang cukup penting buat kami,” kata Solano. “Dengan dia di bahagian-tengah, kami boleh menjadi sangat agresif dalam serangan sambil mengekalkan keseimbangan di pertahanan.”

“Kejohanan itu menjadi penanda arasnya. Dia menunjukkan tahap sebenarnya.”

Kadang-kadang Caicedo bermain sebagai bek-tengah untuk pasukan Solano tetapi posisi pilihannya tetap di hadapan pertahanan — pemain NO5 Amerika Selatan.

Dari situlah Ramirez merancang untuk menggunakannya. “Kami rasa dia mempunyai kecerdasan taktikal dan kemahiran teknikal untuk melakukannya dengan baik di sana,” kata Ramirez.

“Hasil hantaran pendeknya bagus. Begitu juga dengan sentuhan pertama dan kawalannya.”

Ramirez berharap Caicedo akan menjadi pengganti Cristian Pellerano. Namun Pellerano merupakan seorang pemain berpengalaman yang kekal bermain untuk Independiente sehingga hari.

Disebabkan itu, Caicedo dimainkan di posisi lebih ke hadapan iaitu sebagai pemain NO8 yang berkeliaran diatas padang.

“Secara pertahanan, dia mempunyai tenaga untuk menekan di kawasan tinggi, memaksa lawan melakukan kesilapan,” jelas Ramirez.

“Dalam serangan, dia boleh melakukan hantaran akhir dan melakukan percubaan. Kami juga mendapat manfaat daripada kebolehannya kerana tiba di dalam kotak penalti lawan pada masa yang tepat.”

Salah satu contoh jaringannya ketika menewaskan Flamengo 5-0, ia keputusan yang mengejutkan seluruh benua itu.

Selepas serangan balas pantas, Caicedo muncul di pinggir kotak penalti lawan, melakukan satu helah dan memperdayakan 4 pemain pertahanan lawan, kemudian dia meletakkan bola ke sudut gawang.

“Dia mula melihat bahawa dia boleh melakukannya dengan baik dalam peranan itu,” kata Ramirez. “Dia seronok menjaringkan gol dan bermain hantaran akhir. Dia menyedari bahawa bermain di between the line (antara pemain-tengah dan pertahanan lawan) sesuai untuknya.”

Pada peringkat itu, masih terdapat beberapa kelemahan dalam permainan yang perlu disempurnakannya. “Dia bukan yang terbaik dalam hal itu,” kata Ramirez. “Dia tidak mempunyai teknik yang betul untuk memainkan bola itu ke ruang kosong.”

Ramirez kemudiannya meminta Pellerano membantunya. Pellerano menunjukkan kepada Caicedo cara untuk mengimbangi antara kekuatan dan ketepatan. Selepas itu kualiti bola-panjang Caicedo menjadi semakin baik.

Menjelang akhir tahun 2020, Caicedo bermain untuk pasukan kebangsaan Ecuador. Ketika itu dia berusia 19 tahun dan merupakan pemain terbaik di Ecuador.

Persembahan dalam kejohanan Libertadores telah menjadi buah mulut di rantau itu. Para penjejak bakat beratur untuk melihat aksinya, masa depan Caicedo berada dalam landasan terbaik.

Secara peribadi Caicedo orang yang cukup merendah diri dan lucu. “Dia masih kanak-kanak kecil,” kata Ramirez dengan penuh kasih sayang.

“Dia seorang budak lelaki yang rendah hati dan sensitif, sangat rapat dengan keluarganya. Dia sentiasa mahu berada di disamping mereka. Setiap kali timbul kesukaran, dia akan menangis. Dia meluahkan perasaannya seperti yang dilakukan oleh setiap kanak-kanak.”

Apabila dia turun ke padang, ia menjadi cerita yang berbeza. “Di atas padang, dia seorang lelaki,” kata Ramirez. “Dia matang, bijak dan seimbang dari segi emosi. Apabila wisel dibunyikan, dia seperti seorang yang berpengalaman.”

Pada awal 2021, Brighton memenangi perlumbaan untuk mendapatkannya. Hari ini atau dalam tempoh beberapa bulan lagi dia akan menjadi pemain yang akan memecahkan rekod perpindahan terutamanya rekod British.

Dalam perjalanannya di Brighton, timbul sedikit keraguan. Selepas 7 bulan berada dalam skuad B23 dia telah dipinjamkan ke Beerschot yang bermain di liga utama Belgium. Eropah adalah tempat baharu dan saingannya berbeza. Keyakinannya merosot.

“Jelas dia mempunyai potensi yang besar, tetapi budak itu agak lemah, baik dari segi moral dan keadaan fizikalnya,” kata Torrente, pengurusnya di Beerschot.

“Dia pasti berasa sedih. Dia tidak banyak bermain sejak beberapa bulan sebelum ini dan tidak berada dalam rentak yang baik. Kami melihat dia melakukan perkara yang menarik dalam latihan, tetapi apabila tiba pada perlawanan pertamanya, dia hilang rentak itu.”

Tiada jalan pintas hanya kesabaran dan kerja keras diperlukan. Caicedo berusaha meningkatkan kecergasannya, menyedari bahawa intensiti bola sepak Eropah jauh lebih tinggi berbanding di Ecuador – walaupun hanya di Liga Belgium.

Selepas beberapa minggu, keputusan mula menunjukkan tanda positif. “Setiap kali dia menyentuh bola, dia menunjukkan bahawa dia seorang pemain istimewa,” kata Torrente.

“Dia sentiasa memaksa dirinya dalam permainan, memenangi bola apabila dia berpeluang melakukannya. Dan apabila dia mempunyai penguasaan, dia tidak kehilangannya dengan mudah. Anda tidak melihat kombinasi itu dalam ramai pemain lain. Dia berada pada tahap berbeza.”

Brighton berkongsi pandangan-penilaian sama. Pada awal Januari kelab itu memanggilnya pulang dan mempersembahkannya ke Liga Perdana, di mana Caicedo telah cemerlang.

Bagi Torrente pula, terdapat perasaan bercampur baur. Tanpa Caicedo dalam pasukannya, Beerschot bermain dalam zon penyingkiran dan mereka mungkin penyingkiran akan menjadi takdirnya.

Dia dipecat empat minggu selepas Caicedo keluar dan pada hujung musim Beerschot jatuh ke divisyen kedua.

“Saya gembira untuknya, tetapi kecewa kerana kehilangannya,” kata Torrente. “Ia terkesan kepada saya kerana ketika itu kami masih mempunyai peluang untuk mengelakkan diri dari penyingkiran. Tetapi hanya boleh dilakukan dengan Caicedo, bukan tanpa dia.”

Chelsea melihat destinasi Caicedo mungkin di kelabnya. Ideanya dia adalah pengganti kepada N’Golo Kanye yang merupakan pemain pujaan Caicedo ketika dia masih remaja.

“Dia melindungi seluruh padang, yang saya suka,” kata Caicedo dalam satu temu bual ketika berusia 16 tahun. “Dia juga tenang: dia lebih suka fokus pada permainannya sendiri.”

Pasukan mana yang akan disertai Caicedo nanti, bagi yang mengenali Caicedo akan yakin dia akan menyinar dan tidak akan ketawa dengan tanda harga tinggi itu.

“Tiada ada apa-apa yang mengejutkan saya dengannya,” kata Torrente. “Saya tidak terkejut apabila dia kembali ke England. Saya tidak terkejut dia masuk ke dalam kesebelasan utama Brighton dengan cepat dan saya tidak terkejut dimana tahap yang dia tunjukkan pada separuh kedua tahun lalu.”

Ramirez yang masih berhubung dengan Caicedo juga menyuarakan pandangan itu. “Sudah tentu dia mempunyai potensi untuk bermain di peringkat paling atas,” katanya menyimpulkan. “Dia boleh menjadi antara yang terbaik di dunia dalam posisinya.”

BACA:  Arsenal Nafi Sebarang Salah Laku Dengan 'Transfer Request' Moises Caicedo