Caicedo Bodoh Atau Telah Diberi Nasihat Yang Teruk – Chris Sutton

Chris Sutton secara keras telah berpendapat bahawa Moises Caicedo ini seorang yang bodoh atau telah menerima nasihat yang teruk selepas membuat hantaran di media sosialnya.

Bukan lagi rahsia apabila Moises Caicedo telah menjadi buruan Arsenal dan bidaan daripada Arsenal telah ditolak oleh Brighton & Hove Albion walaupun pemain itu telah bersetuju dan sangat mahukan ke London.

Moises Caicedo melalui Instagram memberitahu Brighton bahawa dia mahu ‘mengambil’ ‘peluang hebat’ yang diberikan kepadanya oleh pasukan hebat dan berkaliber seperti Arsenal dan Chelsea.

Pemain berusia 21 tahun itu berkata dia ‘berterima kasih’ kepada Brighton’ tetapi memutuskan untuk mengambil keputusan sendiri selepas Seagulls menolak tawaran daripada gergasi Liga Perdana itu.

Bekas pemain Blackburn Rovers dan England, Chris Sutton bercakap mengenai keputusan yang telah dibuat oleh pemain muda itu yang menggunakan media sosial kepada Daily Mail:

“Untuk kes Moises Caicedo saya melihat beberapa perkara sama ada dinasihatkan dengan teruk atau dia seorang yang bodoh siarkan di media sosial itu benar-benar bodoh.”

“Dia sepatutnya membiarkan urusan perpindahan ini terjadi di belakang tabir sahaja, dia boleh pergi ke kelab dan luahkan ketidapuasan hatinya kerana Brighton telah menghalang perpindahanny.”

“Dari sudut pandang Brighton pula, mereka adalah pasukan yang sedang dibina dan Arsenal perlu membayar apa yang mereka minta.”

Chris Sutton menyatakan bahawa mungkin Moises Caicedo telah meniru apa yang dilakukan oleh Leandro Trossard yang bergaduh dengan pengurus dan memaksa Brighton melepaskanny ke Arsenal.

“Dia melihat apa yang Leandro Trossard lakukan untuk pergi ke Arsenal dan dia menirunya. Tetapi Brighton mempunyai hak untuk berdiri teguh pada harga mereka mahukan £80 juta.”

“Tindakan itu tidak bagus baginya sebagai seorang pemain dan saya syak dia menerima nasihat yang teruk dan kau takkan dapat berpindah dengan cara itu.”

“Tindakan itu juga tidak akan mengubah pendirian Brighton tetapi ia akan merubah tanggapan penyokong terhadap Caicedo yang mereka sayangi dan kini mungkin menganggapnya sebagai judas (pengkhianat).”

Moises Caicedo yang terdesak untuk ke Arsenal telah mencetuskan kontroversi dan memburukkan situsi apabila menulis secara terbuka di Instagramnya berharap Brighton menjualnya.

“Saya berterima kasih kepada Encik Bloom dan Brighton kerana memberi saya peluang untuk datang ke Liga Perdana dan saya rasa saya sentiasa melakukan yang terbaik untuk mereka. Saya sentiasa bermain bola sepak dengan senyuman dan dengan hati.”

“Saya anak bongsu daripada 10 adik-beradik daripada didikan miskin di Santa Domingo di Ecuador. Impian saya sentiasa untuk menjadi pemain yang paling dihormati dalam sejarah Ecuador.”

“Saya berbangga kerana dapat membawa bayaran perpindahan rekod untuk Brighton yang akan membolehkan mereka melabur semula dan membantu kelab terus berjaya.”

“Peminat telah mengambil saya ke dalam hati mereka dan mereka akan sentiasa berada di hati saya jadi saya harap mereka dapat memahami mengapa saya mahu mengambil peluang hebat ini.🙌🏽🙏🏽”

Jika benar, Moises Caicedo mahu meniru cara Leandro Trossard boleh dikatakan bodoh dan tidak kena masanya ketika jendela perpindahan hanya tinggal beberapa hari sahaja sebelum ditutup.

Leandro Trossard buat perangai dan bergaduh dengan Roberto De Zerbi dari awal jendela perpindahan lagi.

BACA:  Liverpool Cuba Hijack Perpindahan Caicedo Ke Chelsea, Tetapi Caicedo Reject Tawaran Liverpool