Ayat-Ayat Keramat Yang Pernah Diungkap Oleh Zlatan

Zlatan Ibrahimovic, satu nama yang cukuh gah dalam dunia bola sepak. Beliau dikatakan mempunyai bakat semulajadi dalam bermain bola sepak. Skill, teknik serta golnya yang memukau menjadi igauan setiap pemain pertahanan yang menjaganya.

Namun begitu, bukan ciri-ciri itu sahaja yang menyebabkan dia menjadi seseorang individu yang mempunyai aura dan karismanya sendiri. Ibrahimovic juga terkenal dengan ayat-ayatnya yang power, sinis dan berseni. Ini antara ayat-ayat yang pernah diungkapkan oleh beliau.

1. Tak.. Tak. Kalau kamu kenal siapa Zlatan, Zlatan tak perlukan trial.”

Kenyataan ini dikeluarkan oleh Zlatan apabila beliau dikaitkan dengan pasukan Arsenal pada tahun 2000.

2.”Pep memandang aku dengan tajam, aku bercakap dalam hati, itu dia musuh aku. Berkepala botak dan sedang mengaru kepalanya. Di hadapannya aku terus menjerit. Kau takde telurrrr! Atau mungkin lebih teruk dari itu”

Kau Rampas Awek Aku (Photo : AP)

Komen ini dibuat oleh beliau kerana hubungan beliau dengan Pep Guirdola sememangnya tidak baik.

3. “Sudah tentu tidak. Saya lebih rela membeli kapal terbang”

Apabila ditanya adakah beliau membeli Porshe.

4. “Saya tak berhenti gelak, apabila memikirkan betapa sempurnanya saya”

Aku Sempurna (Photo : 101Goal.Com)

Ya tuhan, aku tak sangka betul orang macam ni wujud. Lain macam betul Pak Berahim ni.

5.”Tidak ada. Dia sudah pun mempunyai Zlatan”

Zlatan Queen (Photo : TheSun.Co)

Apabila ditanya apakah hadiah yang diberi kepada isteri sempena hari jadi isterinya.

6. “Pergi mampus siapa yang menang.  Aku nak pergi bercuti”

Sweden tersingkir dari kejohanan Euro 2012. Maka ayat diungkapkan oleh Zlatan. Buruk muka wartawan gamaknya bila dia jawab macamtu.

7. “Aku tak akan cederakan orang dengan secara sengaja. Kau tahu itulah kenyataannya. Tuduh aku lagi sekali, aku akan patahkan kaki kau. Pada masa itu barulah aku betul-betul sengaja”

Zlatan berang dengan tuduhan  yang dilemparkan oleh Van Der Vaart kepada beliau. Dalam pertemuan antara Holland menentang Swedan, Ibrahimovic secara tidak sengaja mencederakan Van Der Vaart.

8.” Sesuatu yang pasti. Piala dunia tanpa aku adalah piala dunia yang membosankan dan tidak berbaloi untuk ditonton”

Zlatan.. Zlatan. Hati kau keras Zlatan.

9. “Aku dan isteri tengah cari apartment. Tapi kalau susah sangat nak cari, mungkin aku akan beli hotel terus”

Zlatan kecewa kerana susah untuk mendapatkan apartment di Perancis.

10. Pogba: Sebab itu kelab membeli kami dengan harga yang mahal.

Zlatan: Tak.. Tak. Kelab beli kau seorang je.  Aku datang sini dengan secara percuma.

Zlatan Dan Pogba (Photo : SkySport)

Pogba tersipu malu di hadapan wartawan. Zlatan dengan selamba mengenakan Pogba.  Pada masa itu wartawan sedangan menemuramah Zlatan dan juga Pogba selepas mereka berdua membantu Manchester United menjulang Piala EFL 2017.

BACA:  Mourinho Tidak Risau Dengan Dakwaan Guardiola Menerima Tawaran Untuk Mendapatkan Pogba