Gelaran yang diberi kepada pemain muda yang berpotensi tinggi untuk menjadi pemain bertaraf dunia. Namun segalanya berubah disebabkan tekanan yang amat tinggi dihadapi oleh pemain-pemain muda ini.
Dari pemain yang digelar Wonderkid, terus sahaja layak muncul dalam rancangan kanak-kanak popular seluruh dunia iatu Wonderpet.
Disini antara 5 pemain Wonderkid yang digembar gemburkan bakal menjadi prospek hangat dahulu.
1.Neil Mellor
Pemain muda yang pernah menjadi pujaan penyokong Liverpool pada ketika itu. Nyanyian lagu You Never Walk Alone dinyanyikan dengan penuh semangat.
Pada ketika itu ayat keramat yang sering dilaungkan pada ketika berkemundang dengan begitu padu.
“This Season Will Be Our Season”, begitulah lebih kurang. Tanda mereka mempunyai prospek pemain yang akan menjadi tunjang pasukan Liverpool untuk tahun yang akan datang.
Sejak itu Liverpool digelar sebagai kelab bakal juara.
Namun segalanya tidak menjadi untuk Mello. Akhirnya Mello akur, dia dipinjamkan untuk kelab kerdil selama beberapa musim, dijual dan akhirnya bersara di kelab kecil England iatu North Preston.
Entah betul entah tidak ejaan kelab terakhir dia tu.
Nama watak Melur dalam drama atau filem melayu dulu sebenarnya diinspirasikan dari dia nilah.
2. Federico Macheda
Pemain muda yang dibeli oleh Alex Ferguson dari kelab itali iatu Lazio. Pak Alex yang terkenal dalam mengenalpasti pemain muda yang berbakat tanpa membuang masa terus menawarkan kontrak kepada pemain muda berusia 17 tahun ini.
Golnya yang membawa kejuaraan EPL kepada Manchester United pada tahun 2009, telah menyakinkan dunia bahawa dia adalah bakal pemain bertaraf dunia pada suatu hari nanti.
Dan ya, sekarang dia berada di kelab Novara yang sedang bergelumang divisen dua Itali iatu Serie B. Makin jauh dengan harapan serta potensi beliau ketika dia masih muda dahulu. Namun umurnya baru mencecah angka 26 tahun.
Mana tahu nanti dia akan kembali semula untuk mengoncang dunia atau terus jatuh bermain di serie C,D,E,F,G atau paling teruk, bakal bermain di liga dun rakyat Sungai Koyan.
3. Giovani Dos Santos
Nama ini nama yang cukup besar dalam kategori Wonderkid. Pemain yang muncul dari akademi kelab terkemuka dunia iatu Barcalona. Bermain untuk Barca B pada tahun 2006 dan terus diserap masuk ke pasukan utama Barca pada tahun 2007.
Namun persembahannya yang turun naik telah menyebabkan Barca menjualnya kepada kelab yang berpengkalan di England iaitu Tottenham Hotspur.
Dia cuba untuk memenuhi potensinya semasa berada Spurs. Namun sayang pada tahun 2012, dia telah dipinjamkan kepada kelab-kelab kerdil sehinggalah dia dijual kepada kelab Amerika iatu La Galaxy.
Perkhabaran terbaru beliau yang sempat dikorek ialah dia bakal muncul dalam sekuel filem Guardian Of The Galaxy: Vol 2. Apa lawak tak kena ke? Ala ada persamaan perkataan Galaxy tu kira oklah kan.
4. Anderson
Wonderkid yang dibeli oleh Manchester United dari kelab Portugal iatu Porto. Pak Alex pada ketika itu bernafsu besar dalam membeli pemain muda yang berpotensi tinggi, salah seorangnya adalah Anderson.
Pemain muda Brazil yang bernilai jutaan ringgit yang dibeli oleh Pak Alex.
Salah seorang wonderkid yang paling gagal dalam sejarah bola sepak. Selain trademarknya berambut panjang umpama Predator yang garang, namun lembik apabila bermain. Tak garang macam rambutnya.
Rupanya banyak juga pembelian Pak Alex ni gagal. Kleberson, Eric Djemba-Djemba, Bebe, Dang Fangzhou dan ramai lagi. Lagi-lagi nama macam Djemba-Djemba tu. Nak main bolo ke nak berjimba-jimba.
Padanlah ke laut. Bebe seorang lagi. Bak kata orang Temerloh kalau marah ke seseorang. “Aok ni babeelahh(degil)!”
5.Freddy Adu
Pemain yang digelar Pele Amerika Syarikat. Kemunculan pada awal remajanya memang begitu sensasi. Lincah, kecil, pakar mengelecek, hitam manis dan bertenaga. Apabila empat ciri tersebut ada pada seseorang pemain, maka gelaran yang akan diberi , tidak lain tidak bukan adalah Pele.
Pele Amerika Syarikat, Pele Thailand, Psls Malaysia, Pele Indonesia, Pele Jepun dan beberapa ratus lagi Pele negara lain yang ada di muka bumi ini. Ah lain macam pula bila sebut perkataan Pele banyak-banyak ni.
Namun gelaran Pele yang diberi mungkin memberikan dia banyak tekanan. Dia tidak dapat memenuhi potensinya. Bermain untuk DC United pada awal kariernya dan dibeli oleh Benfica untuk mengembangkan kariernya. Namun segalanya tidak menjadi buat Adu.
Dipinjamkan dan ditendang sana sini. Sekarang bermain untuk kelab Tampamu ku kan terlena, tanpamu ku kan sedih. Eh ternyanyi pula, maaf. Sekarang dia bermain untuk kelab Tampa Bay Rowdies.
Freddy Adu juga mempunyai seorang adik. Namun adiknya tidak berminat menjadi pemain bola kerana adiknya lebih minat menjadi pelakon. Nama adiknya adalah Adudu. Watak dalam penjahat animasi Boboiboy.
Dan pilihan kerjaya adik Adu lebih tepat nampaknya. Jelas Adudu lebih berjaya dalam kerjayanya berbanding abangnya iatu Adu. Kutipan BoxOffice dalam filemnya iatu Boboiboy The Movie.