Bagaimana Transisi Liverpool Selepas Pemergian Jurgen Klopp?

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp adalah pakar motivasi dan inovasi. Dia juga merupakan seorang konduktor dan anchorman.

Selepas tamat perlawanan menentang West Ham, Klopp berpura-pura mahu masuk ke bilik persalinan. Dia berpatah balik untuk memberi gaya tipikalnya iaitu ‘penumbuk’ kepada para penyokongnya.

Jeritan penonton dari keempat-empat penjuru Anfield sangat mencengkam perasaan dan suasana.

Liverpool merekod 12 kemenangan berturut-turut. Ia merupakan satu pencapaian yang belum pernah terjadi dalam sejarah 130 tahun Liverpool.

Malah pasukan ikonik tahun 1970-an dan 1980-an tidak pernah berada dalam landasan memburu kesemua 4 kejuaraan menjelang bulan Mac.

“Tidak ada masa untuk berehat, terus jalan kedepan.” kata Klopp selepas kemenangan itu

Liverpool bakal mengharungi jadual padat kerana mereka masih bermain dalam pertandingan Liga, Piala FA dan Liga Juara.

Bagi Klopp dia akan terus menggilirkan semua pemain yang dimiliki untuk mengekalkan tenaga pemainnya.

Pada awal Mac musim lepas, Liverpool sudah terkulai layu selepas mengalami kekalahan ke-6, tewas kepada Fulham meletakkan mereka di tangga ke-8 dalam carta Liga Perdana.

Awal Mac tahun ini cerita sebaliknya berlaku, penyokong mereka mengimpikan kesemua trofi selepas berjaya meraih Piala Carabao.

Ia merupakan transformasi kedua yang dilakukan Klopp sepanjang berada di Anfield.

Namun disebalik kisah itu terdapat satu persoalan paling besar muncul. Bagaimana dengan masa depan Klopp?

Klopp cukup berkerja keras melaksanakan misinya iaitu ‘turn doubters into believers’. Dia berjaya merealisasikannya.

Namun kejayaan itu belum mampu mengubah perancangan asalnya. Klopp telah membuat keputusan, Klopp mahu berehat dari aktiviti bola sepak selepas kontraknya tamat.

Klopp sudah berjanji tentang perkara itu kepada keluarganya dan pada masa itu dia bakal berusia 57 tahun.

Musim 2023-24 merupakan musim terakhir Klopp dan ia merupakan musim kesembilannya disana, menjadikannya pengurus paling lama bertahan di Liverpool mengatasi Bob Paisley.

Bagi kelab, mereka hanya berharap Klopp berkata ‘mahu’ dan kontrak lumayan akan disediakan dengan pantas untuknya.

Bagaimanapun Liverpool masih menghormati keputusan Klopp dan sedar karier sebagai pengurus bola sepak mengorbankan banyak masa peribadi.

Berpegang kepada pendirian itu, selepas tamat musim ini Klopp masih mempunyai baki 2 musim.

Selepas itu kelab sudah boleh membina tugunya di luar stadium sebagai peringatan tentang sumbangan besarnya.

“Semua perkara yang kami lakukan adalah untuk jangka masa panjang. Kelab ini pasti lebih baik, terutamanya apabila saya tidak lagi berada disini,”

“Itulah yang kami sedang usahakan, berapa lama saya akan kekal disini tidak lah penting, perkara yang lebih penting adalah bagaimana kami melakukannya selepas itu.”

Klopp mempunyai pengaruh yang sangat besar. Personalitinya begitu kuat sehinggakan sukar untuk membayangkan Liverpool tanpanya.

Pep Lijnders dan Steven Gerrard merupakan calon kuat menggantikan Klopp. Namun tidak kira siapa ia bukan tugas mudah untuk menyamai pencapaian Klopp.

Merujuk apa yang berlaku di Man United, selepas persaraan Sir Alex Ferguson kelab itu mengalami keadaan yang tidak menentu.

Ia merupakan rujukan tentang ‘apa yang boleh berlaku kepada kelab’ apabila seorang tokoh ikonik keluar. Terdapat pengajaran yang boleh diambil di Man United.

Walau bagaimanapun, perancangan penggantian atau transisi pengurus di Liverpool telah memberi harapan -keadaan di Man United tidak akan berlaku di Liverpool.

Kenapa dan bagaimana?

1. Pemain Muda Berpontensi

Secara kasarnya Liverpool merupakan skuad yang sedang berkembang ke fasa seterusnya, tidak seperti Arsenal yang perlu dibina semula dari bawah.

Pertama, melihat di bahagian pertahanan Ibrahima Konate menampilkan aksi cemerlang ketika menentang West Ham. Dia baru berusia 22 tahun.

Bek tengah Perancis itu sedang belajar dari ‘master’ Virgil van Dijk.

klopp trent

Van Dijk merupakan seorang pertahanan yang mencipta rekod kelab. 60 perlawanan tanpa kalah di gelanggang sendiri. Ia juga merupakan rekod di Liga Perdana Inggeris.

Trend Alexander-Arnold pula baharu sahaja merakam bantuan jaringan yang ke-16 musim ini, siapa percaya dia melakukan perkara itu pada usia 23 tahun.

Alexander-Arnold merupakan kapten masa hadapan Liverpool.

2. Pembelian Bijak

Kedua, melihat di bahagian tengah, Klopp telah menampilkan Harvey Elliott dan Curtis Jones.

Pembelian bijak telah menjadi kunci kepada kejayaan Liverpool dan Klopp. Dia telah dibantu oleh orang-orang penting dalam kelab itu.

Klopp tidak keberatan untuk mengakui bahawa kejayaan itu adalah usaha kolektif.

Dari pengarah sukan Michael Edwards hingga kepada pembantunya Julian Ward. Dari ketua scouting Barry Hunter hinggalah kepada head of recruitment Dave Fallows.

Struktur dan komitmen kelab yang mengadun cara lama dengan data yang disediakan oleh head of research Ian Graham sangat membantu kelab mendapat pemain yang sesuai.

3. Bahagian Serangan Tidak Boleh Bawa Bincang

Luis Diaz membuktikan cara Liverpool mendapatkan pemain sering berada dalam landasan betul. Diaz muncul sebagai permata baharu Liverpool.

Diaz dan seorang lagi pembelian sebelumnya, Diogo Jota hanya berusia 25 tahun. Unit serangan Liverpool masih mempunyai masa depan.

Penyerang remaja Kaide Gordon pula merupakan prospek masa depan. Bahagian serangan adalah perkara ketiga.

4. Infrastruktur dan Kewangan Sejajar Dengan Kepoweran Liverpool

Keempat, perkara di luar padang. Sesiapa yang menggantikan Klopp akan menikmati infrastruktur pada tahap yang jauh lebih baik berbanding ketika Klopp tiba.
Peningkatan kapasiti di Anfield Road Stand bernilai £80 juta akan siap menjelang musim 2023-24.

Ia akan meningkatkan kapasiti Anfield kepada 61,000. Selain itu, terdapat kompleks latihan baharu di Kirby yang bernilai £50 juta.

Dari sudut kewangan, Liverpool juga semakin baik berbanding sebelum kehadiran Klopp. Sementara itu Akademinya berkembang pesat dibawah jagaan Alex Inglethorpe.

Selain menyumbang pemain kepada pasukan utama, Liverpool meraih puluhan juta pound melalui jualan pemain akademinya.

Asas pasukan ini cukup kukuh namun masih ada beberapa ketidakpastian menyelubungi Liverpool.

Mohamed Salah dan Sadio Mane menghampiri tahun-tahun terakhir kontraknya. Roberto Firmino, Naby Kieta dan Alex Oxlade-Chamberlain juga berada dalam situasi sama.

Mengekalkan Salah merupakan agenda utama kelab. Tiada pemain yang boleh menggantikan Salah, selagi Salah kekal ia akan terus menjadi kekuatan terbesar Liverpool.

Kekuatan Liverpool dibina dari dalam apabila Billy Hogan menggantikan Peter Moore sebagai CEO kelab kemudiannya Ward menggantikan Edward.

Lijnders yang dinilai tinggi oleh kelab juga memberi sumbangan besar malah dia merupakan individu dilihat paling mampu menggantikan Klopp.

Peluang Gerrard sangat bergantung dengan apa yang dia capai di Aston Villa dalam tempoh 2 musim hadapan.

Sebenarnya senario yang paling diimpikan oleh semua pendokong kelab ini adalah Klopp mengubah fikiran, menangguhkan pelan rehatnya dan memutuskan untuk kekal.

Buat masa ini, para penyokongnya hanya perlu menikmati perjalanan pasukan yang diketuai Klopp yang sentiasa memberi sinar kepada kelab itu.

‘Doubters to Believers’ #YNWA!

BACA:  Belum Sempat Beraksi, Pembelian Musim Panas Liverpool Terpaksa Diketepikan Kerana Dibelenggu Masalah Kecederaan