Bangga Dengan Penguasaan Bola, Mikel Arteta Teruk Dihentam Peminat

Mikel Arteta teruk dihemtam oleh para penyokong Arsenal selepas kekalahan mereka di tangan Southampton malam semalam.

Kekalahan tersebut merupakan kekalahan ketiga berturut-turut Arsenal dalam saingan Premier League musim ini.

Sebelum ini, ketika Arsenal perlahan-lahan mendaki dari kedudukan tercorot hingga berjaya berada di kelompok empat teratas, para penyokong mereka dengan tiba-tiba bersemangat berbual hal bola sepak.

Mereka bahkan dengan yakin berpesta melihat jadual perlawanan bertemu Crystal Palace, Brighton dan Southampton dengan para penyokong percaya Gunners akan mudah mengutip 9 mata dari tiga perlawanan itu.

Walau bagaimanapun, hasrat mereka yang kononnya mahu memenangi kesemua tiga perlawanan itu terkubur terus selepas Arsenal sebaliknya diaibkan oleh ketiga-tiga kelab tersebut.

Kekalahan demi kekalahan menyebabkan Arsenal semakin jauh ke belakang dan kini mereka berpotensi untuk hilang kesempatan bermain di pentas Champions League musim hadapan.

Southampton 1-0 Arsenal

Arsenal berdepan kekalahan memalukan 3-0 di Selhurst Park sebelum mereka diaibkan dengan kekalahan 2-1 di tangan Brighton sebelum ini.

Dua kekalahan itu menyebabkan Arsenal tiada pilihan lain selain dari mencatatkan kemenangan di St Mary Stadium bertemu Southampton.

Namun terlalu sukar sepertinya untuk pemain Arsenal membolosi gawang Fraser Forster sepanjang 90 minit permainan, dengan gol jaringan Jan Bednarek sudah cukup untuk mengesahkan kemenangan berpihak kepada pasukan tuan rumah.

Walaupun Mikel Arteta sebelum ini menerima pujian menggunung dari pelbagai pihak, namun selepas mencatatkan tiga kekalahan berturut-turut ini, sepertinya beliau kini kenyang makan maki.

Temu bual selepas perlawanan Arteta mengundang rasa marah penyokong

Sebenarnya sudah menjadi lumrah untuk Arsenal dikritik dan dihentam oleh penyokong mereka sendiri selepas dikejutkan dengan kekalahan di tangan Southampton.

Walau bagaimanapun, Mikel Arteta sepertinya tampil untuk menambah lagi rasa mara penyokong, dengan mengeluarkan kenyataan mengarut ketika sesi temu bual beliau selepas tamat perlawanan.

Hal ini kerana pengurus Arsenal itu terlalu yakin yang anak buahnya bermain dan bagus dan terlalu bangga dengan penguasaan bola yang mereka miliki sepanjang perlawanan tersebut.

Walaupun kalah, namun beliau seolah-olah tak memperdulikan keputusan perlawanan sebaliknya sibuk menceritakan tentang penguasaan mereka.

Menurut sumber laporan dari The Mirror, pengurus berusia 40 tahun itu menyatakan bahawa:

“Jika seseorang tak tahu tentang jaringan dan menonton perlawanan itu, dia mesti akan kata Arsenal yang memenangi perlawanan itu, mereka bahkan akan kata yang Arsenal menang selesa. Tapi itu bukan masalahnya.”

“Susah sebenarnya mahu menjelaskan kerana ini bola sepak bukan bola Keranjang. Ia diputuskan di dalam kotak dan berapa lama masa kita habiskan dalam kawasan mereka tapi kita tak dapat sumbat gol. Mereka ada penjaga gol yang menakjubkan.”

Para penyokong meluahkan rasa kecewa mereka

Walau bagaimanapun, untuk kebanyakan penyokong Arsenal, jawapan itu langsung tidak membantu kerana yang mereka perlukan ketika ini kemenangan.

Tiga mata sangat penting untuk memastikan mereka berjaya mengakhiri saingan liga di kelompok empat teratas pada akhir musim nanti.

Berbanding berlagak dengan penguasaan bola, mereka merasakan yang Arteta sepatutnya lebih memikirkan cara untuk memperoleh gol dan mencatatkan kemenangan.

“Kita tak peduli main cantik atau tidak, yang kita mahukan sekarang kemenangan, sudah tiga perlawanan kita kalah, masih cerita hal main cantik?”

“Apa yang Arteta cuba sampaikan? Dia nak kata kita main cukup bagus? Sedangkan dia tahu kita serba tak menjadi.”

“Tiga kekalahan berturut-turut bertemu pasukan yang sepatutnya kita boleh kutip tiga mata penuh. Apa yang ada dalam fikiran Arteta? Main cantik tapi kalah boleh pergi Champions League?”

“Arteta sepatutnya fikir dulu apa yang patut dan tak patut dia cakap, kenapa dia seolah-olah tak peduli keputusan perlawanan dan sibuk memikirkan penguasaan bola?”

“Adakah dia lupa Southampton baru kena belasah 6-0 dan hari ini mereka menang lawan kita. Kita pasukan kegemaran untuk berada di kelompok empat teratas tapi kita kalah dengan pasukan macam tu? Gila!”

Kekalahan itu menyebabkan Arsenal kini berada di kedudukan keenam dalam carta saingan liga, dipisahkan dengan perbezaan jaringan dengan Manchester United yang berada di kedudukan kelima.

Sepertinya Arsenal kini semakin bergelut untuk merebut kedudukan empat teratas selepas mereka mencatatkan kekalahan demi kekalahan dalam saingan Premier League.

Sumber: GMS

BACA:  Arteta Bidas Xavi Kerana Kritik Corak Pemainan 'Melampau' Arsenal Lawan Barcelona