Bayern Munich pada ketika ini berada dalam kebimbangan kerana mereka berpotensi untuk melepaskan Robert Lewandowski dengan yuran perpindahan yang sangat rendah.
Seandainya Lewandowski menggunakan peraturan ‘Webster Rule’ untuk meninggalkan Bayern, maka pihak kelab tidak akan mampu mendapatkan dana yang besar untuk melepaskan beliau.
Lewandowski ketika ini hangat dikaitkan dengan bakal meninggalkan Bayern Munich dan hal itu telah hangat dibincangkan sejak beberapa bulan kebelakangan ini lagi.
Lewandowski: “My era at Bayern is over. I don't see any possibility to continue playing for this club anymore” 🚨 #FCBayern
“Bayern’s a serious club and I believe they won’t keep me, I don't want to play there anymore. A transfer is the best solution. I hope they don't stop me”. pic.twitter.com/ieO3q0tEBO
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) May 30, 2022
Walaupun beliau masih mempunyai baki kontrak selama setahun bersama kelab, Bayern Munich sendiri sepertinya tiada masalah untuk melepaskan penyerang terhebat dunia itu.
Bayern Munich mahu mendapatkan dana tambahan dengan menjual Lewandowski pada jendela perpindahan musim panas ini nanti.
Pada awal minggu ini, ketika sedang beraksi bersama skuad kebangsaan Poland, Robert Lewandowski mengesahkan yang beliau mahu mengakhiri kariernya bersama Bayern Munich.
Barcelona dijangka akan menjadi destinasi pilihan seterusnya untuk Lewandowski dengan gergasi Bundesliga itu mahu meletakkan tanda harga bernilai €32 juta untuk pemain penyerang mereka itu.
Walau bagaimanapun, menurut sumber laporan Bild, pemain berusia 33 tahun itu sebenarnya boleh meninggalkan Bayern dengan nilai yang lebih rendah dari apa yang diminta oleh gergasi Jerman itu.
Robert Lewandowski confirms his intention to leave Bayern Munich 🗣️ pic.twitter.com/dy2110EbSW
— B/R Football (@brfootball) May 30, 2022
Hal itu berlaku dek kerana loophole dalam artikel 17 peraturan FIFA, yang mana ia membenarkan pemain berusia lebih 28 tahun untuk menebus kontrak sendiri.
Peraturan itu membenarkan pemain berusia untuk meninggalkan kelab, dua tahun selepas mereka menandatangani kontrak baru bersama kelab sedia ada.
Secara puratanya, Barcelona boleh mendapatkan khidmat Lewandowski dengan membayar €24 juta sahaja kepada Bayern Munich.
Peraturan itu dikenali sebagai’Webster Rule’ dan ia mula diperkenalkan ketika bekas pemain centre-back Scotland, Andy Webster melengkapkan perpindahannya dari Hearts ke Wigan Athletic pada 2006 yang lalu.
Webster menggunakan peraturan tersebut sebagai kelebihan untuk beliau menebus kontraknya sendiri dan berpindah ke negara berbeza.
Beliau ketika itu sekadar memaklumkan kepada kelabnya tentang hasrat beliau mahu berpindah dan kemudiannya membayar semula baki dalam kontraknya.
Peraturan itu sebenarnya jarang digunakan oleh para pemain sejak 16 tahun kebelakangan ini, namun melihat kepada situasi Lewandowski, beliau sebenarnya berpotensi untuk jadi pemain pertama yang akan kembali menggunakan peraturan tersebut.
Lewandowski wants to write a new chapter 📖 pic.twitter.com/TZbzDhHZ2i
— ESPN FC (@ESPNFC) May 30, 2022
Melakukan hal itu bakal memperlihatkan Barcelona bakal membayar beliau bonus penandatanganan.
Hal itu juga sebenarnya akan membantu Barcelona untuk lebih berjimat berbanding menandatangani Lewandowski secara terus seperti kebiasaannya.
Bercakap kepada Bild tentang keinginan Lewandowski untuk meninggalkan Bayern Munich, ejen beliau, Pini Zahari menyatakan bahawa:
“Untuk Robert Lewandowski, FC Bayern Munich adalah sejarah. Robert mahu meninggalkan FC Bayern selepas lapan tahun beliau menyerahkan segala-galanya kepada kelab.”
“Kini, di usia hampir 34 tahun, beliau berkesempatan untuk memenuhi impian hidupnya dan menyertai kelab yang sememangnya beliau impikan untuk sertai.”
The club is working hard to have Robert Lewandowski available for the team's preseason tour in the USA.
— @fansjavimiguel pic.twitter.com/rj9j2DFT85
— Barça Universal (@BarcaUniversal) June 3, 2022
“Mengapa FC Bayern menafikan hak dia untuk rebut peluang ini? Untuk Robert, hal ini sangat jelas, dia mahu meninggalkan Bayern Munich musim panas ini. Tak ada sesiapa peduli hal duit dalam hal ini, tidak kira Robert mahupun saya sendiri.”
Lewandowski jelas sekali bakal menjadi penandatanganan tepat untuk Barcelona kerana pemain kebangsaan Poland itu merupakan seorang pemain penyerang yang sangat menakjubkan.
Beliau sudah tentu bakal menjadi mesin peledak gol berkualiti tinggi untuk skuad Xavi itu dan jelas sekali pengalaman yang dimiliki oleh Lewandowski sangat berguna untuk membimbing pemain-pemain muda di Nou Camp.
Sumber: SPORTbible