Bekas Bintang Southampton, Dihukum Gantung Tiga Perlawanan Atas Kesalahan Menampar Pengadil

Bintang Eastleigh, Jake Hesketh bakal berdepan hukuman penggantungan tiga perlawanan kerana berkelakuan ganas terhadap pengadil perlawanan.

Beliau dianggap berkelakuan ganas kerana menampar tangan pengadil perlawanan, yang cuba menahan beliau ketika aksi pada hujung minggu lalu.

Bekas pemain midfield Southampton itu telah menerima layangan kad merah atas kesalahan yang agak mengarut dan sepertinya ramai peminat tidak gembira dengan hal tersebut.

Insiden ini berlaku ketika aksi pertemuan antara Eastleigh bertemu Weymouth pada hujung minggu yang lalu.

Walaupun Eastleigh terpaksa menghabiskan baki perlawanan dengan 10 orang pemain, namun mereka tetap berjaya mencatatkan kemenangan dalam aksi saingan Conference Premier itu.

Mereka berjaya menjaringkan gol cukup dramatik pada minit ke-93 permainan, untuk mengesahkan kemenangan 3-2 menewaskan pasukan tuan rumah.

Namun selain insiden gol penuh dramatik itu, isu kad merah yang diterima oleh Jake Hesketh lebih mencuri perhatian peminat.

Beliau ketika itu terlibat dengan pergelutan di hadapan pengadil, dan pengadil perlawanan memberikan sepakan percuma kepada pemain pasukan lawan.

Jake Hesketh kemudiannya kembali ke posisi beliau, namun dalam perjalanan untuk kembali pengadil menghulur tangan tanda memberhentikan beliau mungkin untuk katakan sesuatu.

Hesketh memilih untuk menepis tangan pengadil, dan terus kembali ke posisi beliau, namun pengadil perlawanan tidak gembira dengan hal itu dan terus melayangkan kad merah padanya.

Pihak kelab merasakan kad merah itu terlalu kejam dan tidak sepatutnya dilayangkan dengan mereka kemudiannya menghantar rayuan untuk pengadil menarik balik hukuman tersebut.

Malang sekali, rayuan Eastleigh telah ditolak dan kad merah tersebut kekal.

Mereka turut mengungkit peraturan liga kebangsaan yang menyatakan seandainya ada sentuhan dari pemain ke atas pengadil yang tidak memberi kesan atau tidak terlalu aggressive, pemain boleh dikenakan kad kuning sahaja.

Sebaik rayuan pihak kelab ditolak, laman rasmi kelab telah memuat naik video rakaman insiden tersebut dan meminta para peminat memberikan pandangan masing-masing.

Tidak keterlaluan juga untuk mengatakan yang sememangnya keputusan pengadil perlawanan agak kejam.

“Macam mana perkembangan keadaan pengadil? Adakah dia masih hidup? Tangan dia patah? Apa berlaku? Sesiapa tolong beritahu saya.”

“Dia hanya tepis tangan pengadil dan dia dianggap melakukan keganasan? Pengadil terlalu manja atau terlalu bodoh?”

“Saya tak rasa dia patut dapat kad merah, anggap saya dia melawan, kad kuning sudah cukup. Kad merah menunjukkan pengadil terlalu lemah.”

“Tarik balik lesen pengadil itu, jangan pernah bagi dia adili mana-mana perlawanan lagi selepas ini. Pengadil paling teruk pernah saya lihat.”

“Sebabkan pengadil dah bagi kad merah, kenapa dia tak tampar muka pengadi tu terus? Baru puas hati dengan hukuman yang dia kena.

Hesketh bakal terlepas tiga perlawanan bersama Eastleigh selepas ini kerana menjalani hukuman penggantungan.

Bercakap tentang hukuman tersebut, beliau memuat baik meme terkenal Jose Mourinho, “Saya memilih untuk tidak bercakap” di laman twitter miliknya.

Pemain berusia 25 tahun itu menyertai Eastleigh pada musim panas lalu, selepas kontraknya bersama Southampton tamat dan beliau turut dilepaskan oleh kelab.

Beliau menghabiskan masa selama 17 tahun bersama Southampton dan turut sempat membuat empat penampilan bersama skuad utama.

Beliau melakukan debutnya ketika aksi bertemu Manchester United pada tahun 2014 yang lalu, dan beliau kemudiannya lebih kerap memanaskan bangku simpanan dari diturunkan untuk beraksi.

Hesketh turut menghabiskan masa sebagai pemain pinjaman bersama Burton Albion, MK Dons, Lincoln City dan Crawley Town sebelum melengkapkan perpindahan menyertai Eastleigh.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Ten Hag: Man Utd Kalah Disebabkan Pengadil Dan VAR Tak Function Dengan Betul