Pemain pertahanan Brighton & Hove Albion, Benjamin William White telah dipilih oleh Gareth Southgate sebagai pengganti Trent Alexander Arnold untuk melengkapkan skuad 26 pemain England untuk saingan Euro 2020.
Pemain right-back Liverpool, Trent Alexander Arnold telah disingkirkan dari skuad England selepas mengalami kecederaan dalam perlawanan persahabatan menentang Austria.
Ben White merupakan pemain yang berada dalam senarai 33 pemain skuad sementara Gareth Southgate sebelum tujuh nama akan digugurkan.
Our #EURO2020 squad is complete.
Well done, @ben6white! 👊
— England (@England) June 7, 2021
Ben White turut tersenarai dalam kalangan pemain yang digugurkan Gareth Southgate bersama Jesse Lingard, James Ward-Prowse, Ollie Watkins, Aaron Ramsdale, Ben Godfrey dan Mason Greenwood yang menarik diri kerana kecederaan.
Gareth Southgate telah membuat keputusan yang aneh apabila turut membawa pemain yang digugurkan untuk dua perlawanan pemanas badan persediaan Euro 2020.
Mungkin kerana kemungkinan kecederaan dalam perlawanan pemanas badan inilah menjadi sebab kenapa Gareth Southgate turut membawa pemain yang digugurkan.
Congratulations @ben6white, you're heading to #EURO2020 with the #ThreeLions! pic.twitter.com/HeZ7YKrY8x
— England (@England) June 7, 2021
Pemain pertahanan Liverpool yang hebat itu telah mengalami kecederaan paha pada penghujung perlawanan ketika skuad Baginda Ratu mencatatkan kemenangan 1-0 menentang Austria di Middlesbrough.
Pemeriksaan lanjut telah dilakukan bagi mengetahui tahap kecederaan Trent Alexander-Arnold dan setelah itu telah disahkan beliau telah menarik diri.
Berita penarikan diri Trent Alexander-Arnold ini telah diumumkan secara rasmi oleh England melalui laman sesawang mereka englandfootball.com.
Gutted for you, @TrentAA.
Wishing you a speedy recovery! 💪
— England (@England) June 3, 2021
Itulah yang terjadi apabila Trent Alexander Arnold mengalami kecederaan dan terpaksa disingkirkan dan membuka peluang kepada enam nama yang lain untuk bersama England.
Pemain berusia 23 tahun itu mampu bermain dibahagian pertahanan dan tengah telah membuat debut masuk sebagai pemain gantian ketika England mengan 1-0 ke atas Austria.
Dalam perlawanan pemanas badan terakhir England menentang Romania, Ben White buat pertama kali diturunkan dalam kesebelasan utama England.
2️⃣ caps. 2️⃣ clean sheets! 🙌@ben6white reflects on his first week with the #ThreeLions after making his full debut in the win against Romania: pic.twitter.com/5TBLRSyWCA
— England (@England) June 7, 2021
Aksi yang meyakinkan dan cemerlang Ben White ketika menentang Romania telah membuka hati Gareth Soutgate untuk menjadi pengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Trent Alexander Arnold.
Menurut laporan Sky Sports, Ben White menerima panggilan daripada Gareth Southgate pada malam Ahad ketika dalam perjalan pulang ke rumah untuk memberitahu berita gembira itu secara peribadi.
Bekas pemain Newport, Peterborough dan Leeds United itu berkata bahawa impian ketika masih kanak-kanak beliau kini menjadi kenyataan dan ini berita yang sangat menggembirakan buat beliau dan keluarga.
Beyond proud and honoured! I’ll give it my everything 🦁🦁🦁 @England pic.twitter.com/kjMAAgalqK
— Benjamin White (@ben6white) June 7, 2021
Ben White memulakan karier bola sepak remaja bersama Southampton sebelum dilepaskan pada usia 16 tahun dan pantas menyertai akademi Brighton & Hove Albion.
Pada tahun 2016 selepas dua tahun di akademi, Ben White diikat untuk menjadi pemain skuad utama Brighton & Hove Albion.
Ben White kemudian telah dipinjamkan ke Newport County, Peterborough United dan Leeds United untuk menimba pengalaman serta mendapat peluang bermain lebih banyak.
🏴 Ben White has won this season’s Player of the Year award for #BHAFC.
🤨 Surprising that either Dunk & Bissouma did not pick up this award.
🙌 But what a rise for the young man: from an Albion loanee to England international in the space of a year.
💙 Brilliant from Ben! pic.twitter.com/CZOANDG6OO
— Seagulls Central (@SeagullsCentral) June 6, 2021
Ben White merupakan salah seorang pemain yang membawa Leeds United kembali ke Premier League dan menjadi pemain muda terbaik Leeds United musim 2019/20 serta dinamakan di dalam PFA Team of the Year untuk musim 2019–20 Championship.
Musim 2020/21 Ben White kembali bersama Brighton & Hove Albion dengan kontrak baru selama empat tahun dan tiga percubaan Leeds mendapatkan Ben White secara tetap telah ditolak.
Kini Ben White yang dipinjamkan ke kelab lain untuk mendapatkan masa bermain dan perkembangan karier dengan jayanya menjadi pemain pasukan kebangsaan England pada usia 23 tahun.
1️⃣ ➡️ 2️⃣6️⃣
Who's going on the back of your #ThreeLions shirt?
— England (@England) June 7, 2021
Dan inilah senarai baharu skuad England dengan kemasukkan Ben White yang memakai nombor 22 menggantikan Trent Alexander Arnold.
Penjaga Gol (3 Pemain):
1. Dean Henderson (Manchester United)
2. Sam Johnstone (West Bromwich Albion)
3. Jordan Pickford (Everton)
Pemain Pertahanan (10 Pemain):
4. Ben White (Brighton & Hove Albion)
5. Ben Chilwell (Chelsea)
6. Conor Coady (Wolverhampton Wanderers)
7. Reece James (Chelsea)
8. Harry Maguire (Manchester United)
9. Tyrone Mings (Aston Villa)
10 Luke Shaw (Manchester United)
11. John Stones (Manchester City)
12. Kieran Trippier (Atletico Madrid)
13. Kyle Walker (Manchester City)
Pemain Tengah (5 Pemain):
14. Jude Bellingham (Borussia Dortmund)
15. Jordan Henderson (Liverpool)
16. Mason Mount (Chelsea)
17. Kalvin Phillips (Leeds United)
18. Declan Rice (West Ham United)
Pemain Penyerang (8 Pemain):
19. Dominic Calvert-Lewin (Everton)
20. Phil Foden (Manchester City)
21. Jack Grealish (Aston Villa)
22. Harry Kane (Tottenham Hotspur)
23. Marcus Rashford (Manchester United)
24. Bukayo Saka (Arsenal)
25. Jadon Sancho (Borussia Dortmund)
26. Raheem Sterling (Manchester City)
Di EURO 2020, England telah diundi berada dalam D bersama Croatia, Czech Republic dan Scotland. Perlawanan pertama England adalah bertemu Croatia di Stadium Wembley pada 13 jun.