Seringkali kita mendengar tuduhan ‘beli pengadil la tu!’ apabila pasukan sokongan atau pasukan lawan yang dibenci mendapatkan kemenangan kerana keputusan pengadil menyebelahi mana-mana pasukan.
Miskin sangat ke pengadil kat Eropah sampai boleh kena beli?
Pengadil merupakan penguasa undang-undang di padang ketika perlawanan berlangsung berlandaskan Law of the Game dan mengawal perlawanan sebaik mungkin bagi memastikan permainan dilangusngkan dengan adil lagi saksama.
Dalam satu perlawanan pengadil biasanya akan dibantu oleh tiga lagi pengadil di mana dua orang bertindak sebagai penjaga garisan dan seorang lagi menjaga kawasan teknikal yang boleh menjadi pengadil gantian.
Kini pengadil perlawanan dibantu oleh Video Assistant Referee (VAR) yang memberi lebih keadilan dalam perlawanan. Namun keputusan akhir tetap ditangan pengadil dan VAR hanya membantu.
Tugas pengadil agak sukar kerana perlu membuat keputusan yang betul dan tepat dalam tempoh masa yang singkat dan berdasarkan pemerhatian yang sepintas lalu.
Keputusan yang salah akan menyebabkan kontroversi dan makian berbakul-bakul perlu dihadap dan dengan bantuan VAR pun kontroversi tidak pernah padam.
Ada pengadil yang menerima ugutan bunuh seperti yang dialami oleh Michael Oliver di mana isteri beliau menerima mesej ugutan selepas Oliver memberikan sepakan penalti kepada Real Madrid.
Berapakah bayaran dan gaji diterima oleh pengadil Premier League dan pengadil di liga Eropah yang lain?
Gaji pengadil Premier League
Terdapat beberapa orang pengadil di Premier League yang menjadi terkenal di dalam dunia bola sepak dan mereka juga diberi tanggungjawab untuk mengadili perlawanan Piala Dunia dan Kejohanan Eropah.
Howard Melton Webb mencipta sejarah yang mungkin tidak diketahui ramai apabila menjadi manusia pertama mengadili perlawanan akhir Champions League dan juga perlawanan akhir Piala Dunia pada 2010.
Howar Webb bersara pada tahun 2014 dan meneruskan karier dalam bidang penyiaran bersama BT Sports di mana tugasnya berkaitan pengadilan dengan membuat analisis keputusan pengadil perlawanan.
In 2010, England's Howard Webb became the first person to referee the finals of both the UEFA Champions League and FIFA World Cup in the same year. #HistoryVille pic.twitter.com/pRmOXA6G1f
— H i s t o r y V i l l e (@HistoryVille) July 24, 2019
Gaji dan bayaran yang diperoleh oleh seorang pengadil bergantung kepada kepada tahap pengadil mereke daripada perlawanan amatur sehingga perlawanan akhir Piala Dunia.
Untuk pengadil amatur di United Kingdom (UK) yang bekerja untuk bekerja untuk perlawanan demi perlawanan menerima bayaran yang ditetapkan oleh persatuan bola sepak tempatan.
Pengadil amatur ini bukan pengadil yang bekerja sepenuh masa dan hanya sebagai pendapatan sampingan dan menerima bayaran mengikut perlawanan diadili mampu meraih antara £20 sehingga £40 bagi setiap perlawanan.
How much referees are paid – Premier League and #WorldCup wages revealed https://t.co/p29GMCbLCU pic.twitter.com/JucJdyAcCx
— Mirror Football (@MirrorFootball) June 15, 2018
Pengadil separuh profesional yang mengadili perlawanan liga bawahan dalam piramid bola sepak Inggeris bukan akan menerima bayaran perlawanan dan juga juga elaun perbelanjaan.
Perjalanan pengadil semi profesional ini kew tempat perlawanan akan dibayar berdasarkan jarak perjalanan pergi dan balik. Claim mileage.
Pengadil Premier League pula meneruma bayaran berbentuk gaji yang mempunyai gaji miimum dan akan menerima elaun atau bayaran lain untuk perlawanan mereka terlibat.
Did you know referees in the English Premier League are paid £1,159 per match, and yearly retainer is about £38,500-£42,000 depends on their experience.
How much are our @NPFLOfficial referees paid?@DsilentG @ProudlyAustin @MitsubishiNGR @SundayDareSD @kemiAnnAreola pic.twitter.com/ytdylnd7C0
— TheNaijaFootballConference (@TNFCNG) December 26, 2019
Pengadil aras tertinggi di England mampu menjana pendapatan sebanyak £70,000 setahun bersamaan RM399.190 setahun lebih kurang RM400,000 la.
Gaji asas yang diterima oleh pengadil di Premier League adalah diantara £38,500 sehingga £42,000 setahun dan perkiraan ini berdasarkan pengalaman yang dimiliki pengadil.
Bagi setiap perlawanan Premier League yang mereka terlibat, pengadil akan menerima bayaran elaun £1,150.
Pengadil Championship juga menerima gaji asas yang sama dengan pengadil Premier League tetapi untuk elaun perlawanan mereka hanya menerima £600 bagi setiap perlawanan.
Agak lumayan juga gaji diterima pengadil kerana pendapatan tahunan isi rumah per kapita di United Kingdom adalah sekitar £26,000.
Gaji Pengadil Di Liga Eropah Yang Lain
Tidak seperti pengadil di Premier League, England yang menerima gaji asas tahunan, pengadil liga Eropah yang lain seprti Sepanyol, Jerman, Itali, Perancis dan Portugal menerima bayaran berdasarkan perlawanan yang diadili.
Perlawanan La Liga memberikan kadar bayaran paling tinggi untuk pengadil yang yang boleh mencecah sehingga £5,200 atau hampir RM30,000 bagi setiap perlawanan.
Liga Jerman, Bundesliga pula membayar £3,150 per perlawanan dan Serie A, Italy kurang £150 berbanding Jerman dengan kadar £3,000 bagi setiap perlawanan.
Ligue 1, Perancis membayar pengadil £2,400 bagi setiap perlawanan dan di Portugal pula hanya £1,000 dan liga-liga Eropah lain kurang daripada Portugal.
Pengadil Champions League pula dibahagikan kepada beberapa peringkat bergantung kepada pengalaman iaitu Elite, Elite Development dan bawahan serta masih di bayar per perlawanan.
Pengadil dalam kategori Elite akan menerima lebih daripada £5,500 bagi setiap perlawanan dan £3,800 per perlawanan bagi kategori Elite Development serta £700 selain daripada dua kategori itu.
Untuk pengadil kejohanan paling agung dalam bola sepak Piala Dunia, FIFA tidak pernah mengeluarkan berapa nilai bayaran namun dilaporkan membayar sebanyak £2,260 bagi setiap perlawanan yang diadili.