Manchester United Rugi RM601 Juta Kerana Kecederaan Pemain Sejak 2016

Berapakah kerugian yang ditanggung kelab Premier League sejak tahun 2016 yang hanya disebabkan oleh kecederaan yang dialami oleh pemain mereka? Pasukan manakah paling banyak menanggung kerugian?

Kecederaan merupakan satu perkara yang amat ditakuti oleh bukan sahaja oleh pemain yang mampu memusnahkan karier mereka malah kelab juga sangat takutkan kecederaan yang dialami pemain mereka.

Contoh terbaik adalah Liverpool, lihat apa terjadi kepada Liverpool selepas pemain utama mereka mengalami kecederaan terutamanya Virgil van Dijk yang menjadi nadi pasukan.

Disinilah pentingnya kontrak antara pemain dan kelab, apabila cedera kewangan pemain terjamin dengan kontrak yang ditandatangi dan kelab bertanggungjawab menjaga pemain sehingga pulih.

Amat berbeza di liga Macedonia, ada pasukan yang tidak membayar gaji, apabila pemain menuntuk gaji mahu dipotong kerana tidak beraksi disebabkan kcederaan dan juga kerana kad merah.

Kerugian akan ditanggung oleh kelab apabila pemain mengalami kecederaan dan lebih parah apabila ketiadaan pemain harapan akan mempengaruhi keputusan di padang.

Jika keputusan yang teruk diperolehi kerana kecederaan dan terlepas slot Eropah seperti Champions League, kerugian yang ditanggung kelab akan bertambah-tambah.

Pasukan paling champions dalam menanggung kerugian disebabkan oleh kecederaan pemain adalah Manchester United dan ini tidak dapat disaingi pasukan yang lain.

Berdasarkan kajian yang dibuat oleh Bonusfinder, pemain Manchester United telah terlepas 1105 perlawanan disebabkan kecederaan sejak bermulanya musim 2016/17.

Ketiadaan pemain dalam padang kerana kecederaan ini telah menyebabkan Manchester United menanggun kerugian sebanyak £105,255,923.57 lebih kurang RM601,834,022.30 (RM600 juta je).

Paul Pogba merupakan pemain paling memberikan kerugian kepada Manchester United yang telah terlepas 66 perlawanan dan alami 405 hari.

Pemain kebangsaan Perancis itu menyebabkan Manchester United kerugian sebanyak £16,778,571.43 bersamaan RM95,936,87.12. Tak banyak pun lebih kurang RM100 juta.

Dengan jumlah ini Paul Pogba juga menjadi pemain dicarta teratas Premier League yang memberi kerugian paling besar kepada kelab.

Ini disebabkan gaji yang tinggi diterima Paul Pogba.

Arsenal ditangga kedua, dengan menanggung kerugian sebanyak £79.7 juta (RM455.71 juta) dan dalam tempoh lima tahun ini pemain Arsenal telah terlepas perlawanan sebanyak 1122 hari.

Dengan gaji pemain yang lebih rendah berbanding Manchester United, Arsenal hanya menanggung kerugian kurang daripada daripada Manchester United walaupun mempunyai hari perlawanan pemain tidak beraksi lebih tinggi.

Santi Cazorla merupakan pemain yang membuatkan Arsenal menanggung kerugian paling tinggi yang terlepas 103 perlawanan selama 618 hari dengan jumlah berjumlah £8.8 juta (RM50.32 juta).

Cazorla telah menerima rawatan terbaik dari Arsenal sepanjang tempoh kecederaan dan dilepaskan selepas kembali sembuh sepenuhnya.

Manchester City ditangga ketiga yang kerugian £73,177,227.57 (RM418,413,935.44) tidak jauh dari Arsenal walaupun pemain terlepas 779 perlawanan sahaja.

Ini sudah pasti disebabkan gaji yang tinggi dan Kevin De Bruyne juara di Manchester City dan secara keseluruh kedua di belakang Pogba dengan kerugian £11,564,285.71 (RM66,122,459.88).

Secara keseluruhannya kecederaan lutut (£101,533,501.40) yang paling banyak memberi kerugian kepada kelab diikuti kecederaan hamstring (£93,760,124.71) dan kecederaan buku lali (£71,856,917.43).

Senarai Kerugian Kelab Premier League Kerana Kecederaan Sejak 2016

Berikut merupakan senarai penuh kelab Premier League yang menanggung kerugian ekoran kecederaan pemain dal mtemp[oh 5 tahun sejak bermulanya musim 2016/17.

1. Manchester United – £105,255,923.57

2. Arsenal – £79,732,748.71

3. Manchester City – £73,177,227.57

4. Liverpool – £72,552,306.29

5. West Ham United – £63,910,904.29

6. Crystal Palace – £60,477,401.71

7. Tottenham Hotspur – £55,320,152.57

8. Chelsea – £53,736,101.57

9. Everton – £50,610,779.57

10. Newcastle United – £37,816,017.29

11. Leicester City – £30,877,865.14

12. Southampton – £28,015,941.71

13. Burnley – £26,727,013.14

14. Aston Villa – £15,333,568.29

15. Brighton & Hove Albion – £14,731,405.71

16. Fulham – £14,463,546.43

17. West Bromwich Albion – £11,621,036.43

18. Wolverhampton Wanderers – £7,021,394.71

19. Leeds United – £5,547,506.14

20. Sheffield United – £2,260,860.57

Senarai Pemain Penyebab Kerugian Kelab

Paul Pogba merupakan pemain yang paling banyak memberi kerugian £16,778,571.43 bersamaan RM95,936,87.12 diikuti oleh Kevin De Bryune £11,564,285.71 (RM66,122,459.88) dan pemain ditangga ketiga agak mengejutkan.

Andy Carrol mencatakan jumlah £11,509,285.71 (RM65,807,980.00) diikuti oleh Sergio Aguero £11,322,717.86 (RM64,741,219.32) dan Marcos Rojo £9,954,714.29 (RM56,919,226.38).

Senarai Kecederaan

Kecederaan lutut yang menjadi musuh utama pemain bola dan para lelaki menjadi kecederaan yang paling banyak membawa kerugian kepada kelab yang mengumpul £101,533,501.40 atau RM580,549,896.61

Diikuti kecederaan hamstring (£93,760,124.71) dan kecederaan buku lali (£71,856,917.43).

BACA:  Pogba Bengang Dengan Solskjaer Dan Mungkin Akan Tolak Tawaran Baru