Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp telah dihentam teruk oleh para penyokong, kerana dianggap tidak menghormati wakil dari saingan Championship, Nottingham Forest.
Komen beliau menjelang sepak mula perlawanan yang dilangsungkan di City Ground itu dikatakan telah mengguris hati ramai penyokong Nottingham Forest.
Skuad kendalian Jurgen Klopp itu berjaya mencatatkan kemenangan 1-0 menewaskan Nottingham Forest dalam aksi peringkat suku akhir saingan FA Cup.
Jurgen Klopp on tonight's win:
"All respect to Steve and Nottingham Forest. A top, top performance, really passionate, really well organised. In cup competitions we all know that, there is only one reason to be part of it and that's to go to the next round." #awlive [lfc] pic.twitter.com/Nn9OhPodxg
— Anfield Watch (@AnfieldWatch) March 20, 2022
Skuad kendalian Steve Cooper sebelum ini sudah dua kali menewaskan wakil dari saingan Premier League dengan mereka cemerlang menyingkirkan Arsenal dan Leicester City sebelum tewas di tangan Liverpool hari ini.
Diogo Jota berjaya menjaringkan satu-satunya gol dalam perlawanan ini, dengan gol jaringan beliau itu berjaya membawa Liverpool ke peringkat separuh akhir.
Lebih menarik lagi, Liverpool telah diundi untuk bertemu Manchester City di peringkat separuh akhir nanti, dengan kedua-dua pasukan turut bakal berentap di Etihad untuk aksi terpenting dalam saingan Premier League.
Menjelang aksi pertemuan bertemu Nottingham Forest awal pagi tadi, Jurgen Klopp ada menyatakan sesuatu yang menyebabkan penyokong pasukan tuan rumah salah faham dan terasa hati.
Ketika ditanya tentang rehat antarabangsa, beliau menjawab:
“Saya beritahu kamu, saya lebih memilih untuk dapat bersama semua pemain dalam tempoh dua minggu ini, itu adalah yang terbaik.”
🗣 "We have an incredibly important game against Nottingham, my first time there. I know Nottingham only from when I was a kid as Robin Hood. Probably no time for sightseeing."
Jurgen Klopp admits he is looking forward to his visit to the city of Nottingham pic.twitter.com/dVDlh2kxqy
— Football Daily (@footballdaily) March 18, 2022
“Mereka jelas sekali ada perlawanan yang lebih penting untuk dimainkan terutama Sadio Mane dan Mohamed Salah.”
“Baik kita berharap dan berdoa agar mereka kembali dalam keadaan sihat. Sebelum kita ada rehat antarabangsa, kita ada perlawanan lebih penting bertemu Nottingham. Kali pertama saya di sana.”
“Saya tahu Nottingham hanya dari ketika zaman saya kanak-kanak menonton Robin Hood! Saya selalu terbayang bagaimana agaknya keadaan di sana. Mungkin tak ada masa untuk bersiar-siar tapi saya tak sabar nak tengok.”
Forest merupakan dua kali pemenang gelaran Eropah dan pernah memenangi gelaran tersebut dua kali berturut-turut pada tahun 1979 dan 1980 di bawah Brian Clough.
Penyokong mengambil serious dengan kata-kata Jurgen Klopp yang mengatakan beliau hanya kenal bandar tersebut dari Robin Hood, dan turut percaya kata-kata itu tidak beradab.
“Nottingham Forest menang gelaran Eropah dua kali berturut-turut ketika dia sedang membesar. Bagi saya dia cuma nak menganjing kita.”
“Jelas sekali memang tiada adab. Dia tahu sebenarnya apa yang dia katakan tapi dia tetap memilih untuk katakan hal seperti itu. Mungkin dia anggap sejarah kita tiada apa-apa.”
“Dia tak sepatutnya bercakap macam ni, adakah hanya kerana itu dia kenal bandar ini? Tidak kah dia tahu hanya berapa pasukan sahaja dari Inggeris yang pernah menang Eropah?”
"I know Nottingham from when I was a kid with Robin Hood!"
More from Klopp 👇 https://t.co/aWt0mYdB7G
— Liverpool FC News (@LivEchoLFC) March 18, 2022
“Kamu tunggu dan lihat bagaimana Nottingham Forest perkenalkan diri mereka kepada kamu nanti. Terlalu biadap.”
Walau bagaimanapun, tetap ada penyokong yang mempertahankan Jurgen Klopp dan sudah tentu mereka merupakan penyokong Liverpool.
Mereka percaya Klopp tak sedar tentang sejarah Champions League itu kerana hal itu berlaku ketika beliau masih muda dan beliau ketika itu berada di Jerman bukan England.
Klopp saying he doesn't know anything about Nottingham other than Robin Hood. Trying to insult Forest but in the process indirectly insulting his own club.. He clearly doesn't know Liverpool history does he. If he did, he'd know we interrupted their European success 😂 #nffc #lfc pic.twitter.com/GBtsIZdsLl
— 🏴🏴🏴 (@Cranky84) March 19, 2022
Jurgen Klopp claims he only knows Nottingham through Robin Hood.
I’m afraid I have my doubts, given Nottingham Forest beat Hamburg from his native Germany in a European Cup Final when he was 13.
— Tom Overend 🇺🇦 (@tovers98) March 20, 2022
Klopp apparently saying that when he was ‘growing up’ he’d only heard of Nottingham (forest) because of Robin Hood. They were winning back to back European cups whilst you were growing up Jurgen so you’re either clueless or disrespectful
— David Wood (@mrdavidnwood) March 20, 2022
More to Nottingham than just Robin Hood Mr Klopp #nffc pic.twitter.com/t4ELXIIr8T
— james riches (@77Riches) March 18, 2022
Liverpool walau bagaimanapun berjaya mencatatkan kemenangan, dan mereka kini sedang dalam usaha untuk terus berada di landasan terbaik untuk memenangi semua Piala yang boleh dimenangi.
Mereka selepas ini akan beri tumpuan untuk aksi leg pertama peringkat suku akhir dalam saingan Champions League bertemu Benfica pada 6 April nanti.
Empat hari selepas itu, Liverpool akan berkunjung ke Etihad untuk aksi terbesar dalam saingan Premier League musim ini bertemu Man City.
Pemenang dalam perlawanan itu jelas sekali akan miliki kelebihan nyata untuk muncul Juara pada musim ini.
Sumber: SPORTbible