Pemain pertahanan Liverpool, Andy Robertson telah memberikan jawapan yang sungguh menakjubkan ketika beliau ditanya tentang sikap penyokong Benfica yang kerap melempar objek kepada pemain The Reds.
Andy Robertson sendiri turut dilempar dengan lighters di penghujung perlawanan yang memperlihatkan pasukan pelawat pulang dengan mencatat kemenangan.
Skuad kendalian Jurgen Klopp itu berjaya mencatat kemenangan 3-1 menewaskan Benfica dengan mereka memiliki bekalan selesa menjelang aksi timbal balik di Anfield nanti.
📊 STAT: Most assists provided for Liverpool so far this season:
• Trent Alexander-Arnold [16]
• Andy Robertson [14]
• Mohamed Salah [10]What a team 😍 #awlive [@Squawka] pic.twitter.com/sKPpUDq99q
— Anfield Watch (@AnfieldWatch) April 5, 2022
Ibrahima Konate, Sadio Mane dan Luis Diaz berjaya mencatat nama sebagai penjaring gol dalam perlawanan tersebut, sementara Darwin Nunez menjaringkan gol saguhati untuk pasukan tuan rumah.
Sebaik selepas Luiz Diaz menjaringkan gol ketiga untuk Liverpool dalam perlawanan ini, beliau segera meraikan gol di hadapan para penyokong pasukan tuan rumah.
Penyokong Benfica bengang dengan hal itu dan menyebabkan mereka bertindak melempar pelbagai objek termasuk kayu bendera ke arah bintang Colombia itu.
Situasi yang sama turut dilalui oleh Andy Robertson dengan beliau dilempar dengan pelbagai objek termasuk lighters ketika mahu mengambil sepakan penjuru untuk The Reds.
Ketika ditanya tentang para penyokong melempar objek, pemain left back itu memberikan jawapan yang sungguh menakjubkan dengan beliau menjawab:
“Mereka tak begitu gembira bukan? Saya sendiri dilempar dengan beberapa lighter, jadi mungkin itu akan bantu mereka untuk berhenti merokok dan kita ambil sudut positif sahaja.”
Jelas Robertson kepada BT Sport.
Andy Robertson is a glass-half-full guy 😅 pic.twitter.com/D2zHXhSwEt
— B/R Football (@brfootball) April 5, 2022
“Tapi kami dah kerap lihat hal seperti itu, orang kena baling dan hal macam itu, semuanya sekadar hampir dengan saya tak ada satu pun yang kena. Saya tahu ketika dah hujung perlawanan kamu akan mula rasa kecewa, tapi kamu tahu kamu tak sepatutnya baling objek ke padang dan cuba cederakan orang.”
“Cuba untuk move on, saya cuma mahu mengambil sepakan penjuru dan pergi dari situ secepat mungkin, untung sahaja ia berlaku di hujung perlawanan.”
Bercakap tentang gol yang dijaringkan oleh Luis Diaz, Robertson kemudian menyatakan bahawa:
“Gol Luis sangat penting untuk kami, ia sangat penting untuk berikan kami kelebihan. Semoga kami akan berjaya selesaikan semuanya minggu depan.”
“Dia (Diaz) dapat sambutan yang hebat sejak dari awal, bermain bertemu salah satu seteru dia, tapi gol yang bagus dari dia dan kelebihan dua gol bawa perbezaan. Kami mahu ke separuh akhir.”
Skuad kendalian Jurgen Klopp itu akan membawa bekal kelebihan dua gol ke Anfield untuk aksi leg kedua bertemu Benfica di Anfield nanti.
Tugas berat menanti Liverpool dalam saingan Premier League dengan mereka selepas ini akan turun beraksi bertemu Man City di Etihad.
Liverpool dan Manchester City pada ketika ini sedang bersaing rapat dalam memburu gelaran Premier League musim ini dengan kedua-dua mereka hanya dipisahkan dengan perbezaan satu mata sahaja.
Liverpool perlu mencatat kemenangan dalam perlawanan tersebut agar mereka bakal mampu memintas Man City di puncak saingan liga.
"Quite a few lighters were thrown at me… Maybe it will help them stop smoking – so take the positives." 😅
Andy Robertson and Sadio Mane discuss taking a two-goal lead back to Anfield, with the former making light of some unsavoury scenes…
🎙 @msmith850 #UCL pic.twitter.com/XWgUPiRpYV
— Football on BT Sport (@btsportfootball) April 5, 2022
Jurgen Klopp pada musim ini berpotensi untuk membawa Liverpool memenangi gelaran quadruple dengan mereka kini sudah berjaya membawa pulang gelaran Carabao Cup.
Liverpool kini sedang memburu untuk memenangi gelaran Premier League, FA Cup dan Champions League dengan mereka masih ada di semua pertandingan tersebut.
Lebih menarik lagi, selain bakal berentap dengan Man City dalam saingan Premier League, kedua-dua Liverpool dan The Citizens turut akan bertembung di peringkat separuh akhir saingan FA Cup.
'Maybe it’ll help them' – Andy Robertson responds to Benfica fans throwing objects #LFC https://t.co/lX0L3a0Yz6
— Liverpool FC News (@LivEchoLFC) April 5, 2022
Kedua-dua mereka juga berpotensi untuk bertemu dalam saingan Champions League memandangkan kedua-dua mereka masih ada di kejohanan tersebut.