Bonucci Menganjing Fans England Dengan Menyuruh Mereka Makan Lebih Banyak Pasta Selepas Ini

Timbalan ketua pasukan Itali, Leonardo Bonucci terus menambah garam pada luka di hati penyokong England selepas menyuruh mereka memakan lebih banyak pasta selepas ini.

Beliau mengeluarkan kenyataan yang sungguh menyakitkan itu selepas tamat aksi kemenangan Itali menewaskan England untuk menjulang kejuaraan European Championship.

Skuad kendalian Roberto Mancini terus mengukuhkan rekod cemerlang mereka dengan mengakhiri 34 perlawanan tanpa mencatatkan sebarang kekalahan.

Itali berjaya menewaskan England menerusi penentuan sepakan penalti ketika aksi perlawanan akhir saingan Euro 2020 di Wembley awal pagi tadi.

Bonucci yang telah menunjukkan gandingan kebal di bahagian centre-back bersama Giorgio Chiellini telah menganjing penyokong England sebaik kejayaan Itali memenangi aksi perlawanan akhir tersebut.

Bintang berusia 34 tahun itu dilihat menjerit di hadapan kamera ‘its coming to Rome’ dan ia jelas beliau menganjing slogan ikonik The Three Lions, ‘Its coming home’.

Bonucci kemudiannya terus menambah garam pada luka di hati penyokong England selepas tamat perlawanan tersebut dengan tidak henti-henti menganjing mereka.

Pemain centre-back Juventus itu telah menjerit dengan menyatakan:

“Tambah pasta lagi! Kami mahu makan lebih banyak pasta!”

Penantian skuad The Three Lions untuk memenangi Piala kejuaraan pertama mereka sejak 1966 telah terkubur awal pagi tadi selepas mereka ditewaskan oleh skuad kendalian Roberto Mancini yang sedang dalam rentak persembahan terbaik mereka ketika ini.

Itali berjaya melakukan aksi comeback seterusnya memenangi gelaran European Championship tahun ini selepas menewaskan England dalam aksi penentuan sepakan penalti.

Bintang England yang diberi julukan Shawberto Carlos berjaya membuka tirai jaringan seawal minit ke-2 permainan untuk meletakkan skuad kendalian Gareth Southgate dihadapan.

Walau bagaimanapun, Leonardo Bonucci berjaya memadam gol pendahuluan tersebut selepas beliau merobek gawang gol England pada aksi babak kedua permainan.

Jaringan Bonucci berjaya membantu Itali untuk mengikat kedudukan seterusnya mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Selepas menghabiskan 30 minit aksi tambahan masa, kedua-dua pasukan masih gagal untuk memperoleh tambahan jaringan, seterusnya pemenang akan ditentukan menerusi penentuan sepakan penalti.

Itali mempunyai kelebihan dari segi penentuan sepakan penalti kerana mereka sudah melalui hal itu diperingkat separuh akhir, dan para pemain mereka juga mempunyai pengalaman yang cukup untuk berdepan dengan tekanan.

England pula mungkin dilihat mempunyai kelebihan kerana mereka beraksi di halaman sendiri dengan sokongan dari para penyokong memainkan peranan penting dalam situasi seperti itu.

Domenico Berardi, Bonucci dan Federico Bernardeschi kesemuanya berjaya menewaskan Jordan Pickford ketika aksi penentuan sepakan penalti tersebut.

Donnarumma wira penyelamat Itali

Walau bagaimanapun, kedua-dua Andrea Belotti dan Jorginho gagal untuk menyempurnakan sepakan penalti tersebut selepas penjaga gol England berjaya menyelamatkan sepakan mereka.

Kedua-dua Harry Kane dan Harry Maguire menjaringkan dua gol awal untuk England ketika aksi penentuan sepakan penalti menewaskan Gianluigi Donnarumma.

Namun begitu, dua pemain gantian yang dibawa masuk untuk aksi penentuan sepakan penalti, Sancho dan Marcus Rashford gagal untuk menyempurnakan tugas mereka.

Donnarumma kemudiannya menjadi wira Itali selepas beliau dengan tenang menafikan rembatan dari Bukayo Saka, seterusnya mengesahkan kemenangan untuk skuad The Azzuri.

Bercakap selepas tamat aksi kemenangan Itali, Bonucci mengakui yang menewaskan England dalam aksi perlawanan akhir dan menjulang Piala kejuaraan Euro 2020 merupakan penambah rasa untuk menjadikan mereka legenda.

Pertahanan Juventus itu mendedahkan kepada Rai Sport bahawa:

“Matlamat yang cemerlang adalah impian yang menjadi kenyataan dan pujian selayaknya diberikan kepada jurulatih, kepada semua skuad.”

“Ketika kami bersama-sama di Sardinia, ia ada sesuatu yang berbeza jika dibandingkan dengan yang sebelum ini.”

“Kami perlahan-lahan membina keyakinan, kepastian dan keserasian. Semua ini merupakan penambah rasa untuk jadikan kami legenda.”

Itali menepati ramalan untuk muncul sebagai Juara, dan dengan kejayaan ini tentunya Roberto Mancini akan mempersiapkan skuad beliau untuk menghadapi saingan Piala Dunia 2022 nanti.

Begitu juga dengan skuad The Three Lions yang terlepas kesempatan untuk menjulang Piala kejuaraan European Championship pertama mereka, tentunya akan lebih beri tumpuan pada aksi Piala Dunia tahun hadapan.

Selepas tersingkir di peringkat separuh akhir saingan Piala Dunia 2018, England berjaya mara ke perlawanan akhir European Championship kali ini.

Gambar Piala Euro masih di Wembley sebelum terbang ke Rome

Selepas menunjukkan peningkatan tersebut, tentunya mereka mahu memastikan Piala Dunia 2022 akan coming home.

Sumber: SB

BACA:  Ketawa Akhir Milik Ronaldo, Bonucci Hanya Mampu Jadi Penonton Piala Dunia