Peminat Terhibur Melihat Selfie Bonucci Yang Menampakkan Sosok Sedih Maguire

Leonardo Bonucci berjaya menangkap gambar selfie yang turut memperlihatkan sosok sedih Harry Maguire di belakangnya ketika tamat aksi perlawanan akhir saingan Euro 2020 minggu lalu.

Gambar tersebut tular di media sosial kerana membawa beribu maksud dan ia telah menarik perhatian peminat yang menganggap Bonucci merupakan Raja segala troll dalam dunia bola sepak.

Itali berjaya menewaskan England dalam aksi perlawanan akhir minggu lalu dengan Bonucci telah dinobatkan sebagai pemain terbaik dalam perlawanan tersebut.

Beliau berjaya menjaringkan gol penyamaan untuk Itali pada aksi babak kedua permainan dan turut mempamerkan aksi pertahanan yang sungguh menakjubkan disamping Giorgio Chiellini.

Selepas tamat perlawanan tersebut, beliau telah mula mengeluarkan tanduknya dengan menganjing penyokong England.

Bonucci ketika itu tidak henti-henti menjerit ‘Its Coming To Rome’ berulang-ulang kali dan ia jelas menganjing slogan semangat The Three Lions, ‘It’s Coming Home’.

Tidak lama selepas itu, telah tular pula gambar Bonucci sedang selfie sambil terlihat sosok Harry Maguire turut berada dalam gambar tersebut.

Peminat yakin Bonucci sememangnya sengaja memilih detik tersebut untuk mengambil gambar supaya Maguire turut berada dalam gambar tersebut.

Maguire dilihat berdiri kaku sambil berpeluk tubuh di belakang, dan beliau mungkin sedar yang dirinya berada dalam gambar selfie Bonucci pada ketika itu.

Beliau turut memandang kamera ketika Bonucci menangkap gambar tersebut sambil menunjukkan wajah bersahaja tetapi semua orang tahu betapa sedihnya beliau pada ketika itu.

Peminat turut bersimpati dengan Maguire namun mereka tetap terhibur dengan seni menganjing yang ditunjukkan oleh Bonucci.

Bintang Juventus itu turut menganjing penyokong England dengan beliau menjerit:

“Tambah pasta! Kita perlu makan lebih banyak pasta!”

Jerit Bonucci selepas tamat perlawanan tersebut.

Raja Troll bersama Piala kejuaraan Euro dan Anugerah pemain terbaik perlawanan

Bercakap selepas tamat aksi kemenangan Itali, Bonucci mengakui yang menewaskan England dalam aksi perlawanan akhir dan menjulang Piala kejuaraan Euro 2020 merupakan penambah rasa untuk menjadikan mereka legenda.

Pertahanan Juventus itu mendedahkan kepada Rai Sport bahawa:

“Matlamat yang cemerlang adalah impian yang menjadi kenyataan dan pujian selayaknya diberikan kepada jurulatih, kepada semua skuad.”

“Ketika kami bersama-sama di Sardinia, ia ada sesuatu yang berbeza jika dibandingkan dengan yang sebelum ini.”

“Kami perlahan-lahan membina keyakinan, kepastian dan keserasian. Semua ini merupakan penambah rasa untuk jadikan kami legenda.”

70,000 penonton dari kalangan penyokong England telah membuat kecoh ketika lagu kebangsaan Itali diputarkan dan Bonucci menganggap ia sebenarnya motivasi tambahan untuk beliau.

“Perlawanan akhir sepatutnya dimainkan dengan penyokong kedua-dua pasukan sama ramai, tapi memenangi perlawanan seperti ini menjadikan ia lebih indah.”

Jelas Bonucci lagi.

“England merasakan mereka sudah menang, mereka boo lagu kebangsaan kami dan semua hal itu bagi saya dan untuk orang tua, Chiellini itu, ia menambah motivasi kepada kami.”

“Ia merupakan kepuasan peribadi untuk saya dan Giorgio, sebab kami rasa kadang kala kami tak dihargai seperti selayaknya kami dihargai.”

Bonucci bersama sosok individu berduka yang ada dalam selfienya itu telah dinamakan sebagai Team Of The Tournament.

Bonucci dan Giorgio Chiellini tidak dinafikan merupakan gandingan yang sungguh mantap sepanjang kejohanan ini hingga membantu Itali untuk menjuarai saingan Euro 2020.

Sementara Harry Maguire sendiri pula, beliau telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan di barisan pertahanan England.

UEFA Euro 2020 Team of the Tournament

GK: Gianluigi Donnarumma (Itali)

RB: Kyle Walker (England)

CB: Leonardo Bonucci (Itali)

CB: Harry Maguire (England)

LB: Leonardo Spinazzola (Itali)

CM: Pierre-Emile Hojbjerg (Denmark)

CM: Jorginho (Itali)

CM: Pedri (Spain)

RW: Federico Chiesa (Itali)

ST: Romelu Lukaku (Belgium)

LW: Raheem Sterling (England)

Melihat kepada segala gurau kasar Bonucci baik menganjing penyokong England, Maguire dan beliau juga turut menganjing Cristiano Ronaldo, maka tidak syak lagi beliau layak dianggap sebagai Raja troll dalam dunia bola sepak.

Namun dari kesemua troll yang beliau lakukan, aksi beliau menangkap gambar bersama Maguire boleh dianggap sebagai yang paling menghiburkan dan paling kejam sekali.

Sumber: SB

BACA:  Kata-Kata Bonucci Mahu Ronaldo Menderita Akhirnya Memakan Diri