Brazil Bersedia Undur Diri Dari Menyertai Copa America

Bintang Brazil bersedia untuk undurkan diri dari menyertai Copa America selepas negara mereka diumumkan sebagai tuan rumah, namun sedang bergelut dengan peningkatan kes C0V-19.

Penyusunan semula kejohanan bola sepak benua Amerika Selatan itu awalnya mahu dilangsungkan di Colombia dan Argentina sebagai tuan rumah bersama.

Namun kedua-dua negara tersebut disingkirkan dari menjadi tuan rumah dek kerana peningkatan kes C0V-19 dan juga penunjuk perasaan di jalanan.

Permintaan Amerika Syarikat untuk menjadi tuan rumah telah ditolak dengan Brazil telah diberi kepercayaan oleh CONMEBOL pada saat akhir dan ia telah menimbulkan kekecohan.

Di Brazil, kadar kematian angkara C0V-19 telah meningkat lebih dari 470,000 secara keseluruhannya dan mereka kini sedang bersedia untuk berdepan dengan gelombang ketiga wabak tersebut.

Kesemua 28 perlawanan tersebut akan dilangsungkan secara tertutup, namun terdapat laporan yang menyatakan, segelintir pemain Brazil yang bermain di benua Eropah telah memberi ancaman untuk memboikot kejohanan tersebut.

Skuad Brazil sememangnya dibarisi oleh para pemain yang bermain diluar seperti Neymar, Gabriel Jesus, Alisson Becker, Thiago Silva, Ederson, Richarlison, Roberto Firmino, Fabinho, Fred dan Casemiro.

Radio Gaucha telah menyatakan yang pemain yang bermain di benua Eropah itu semua telah melewatkan sesi latihan mereka kemarin, dan meminta untuk bersemuka dengan Presiden CONMEBOL.

Menurut pengurus pasukan, Tite, Ketua pasukan Brazil, Casemiro turut menolak untuk menyertai sidang media kerana sedang menunjuk perasaan.

“Mereka ada pandangan sendiri, mereka meluahkannya pada Presiden… Dan mereka akan mendedahkannya pada umum dalam masa terdekat ini.”

Jelas Tite.

“Sebab itulah ketua pasukan kita, Casemiro tidak ada di sini hari ini.”

“Kami meminta para atlet semua untuk beri tumpuan terhadap aksi perlawanan bertemu Ecuador. Kita ada keutamaan sekarang, untuk bermain dengan baik dan tewaskan Ecuador. Kita faham yang selepas selesai dua pusingan, situasi ini akan jelas.”

“Saya tak mengelak untuk menjawab dan saya hanya berikan fakta, dengan segala apa yang saya dapat dan saya faham.”

Brazil akan beraksi dalam kelayakan Piala Dunia 2022 bertemu Ecuador dan Paraguay minggu hadapan sebelum mereka dijangka akan memulakan aksi Copa America bertemu Venezuela pada 13 Jun nanti.

AP melaporkan yang pemain akan membuat keputusan mereka selepas tamat dua perlawanan kelayakan Piala Dunia, sementara FIFPro telah menyatakan yang mereka akan bersama dengan semua pemain yang menolak untuk sertai Copa America.

BACA:  Neymar Menganjing Cara Argentina Meraikan Kejayaan Menewaskan Itali