Neymar Menganjing Cara Argentina Meraikan Kejayaan Menewaskan Itali

Bintang Brazil dan Paris Saint Germain, Neymar Jr tampil menganjing keraian Argentina memenangi gelaran Finalissima selepas menewaskan Itali di Wembley kemarin.

Brazil jelas sekali merupakan musuh tradisi Argentina dan tidak hairanlah mengapa Neymar tampil untuk mengusik kejayaan skuad kendalian Lionel Scaloni itu.

Finalissima merupakan satu perlawanan yang menemukan antara juara saingan Euro 2020, Itali bertemu juara saingan Copa America, Argentina.

Jelas sekali ia dijangka akan menjadi perlawanan yang sangat menarik dan dasyat kerana ia menemukan dua pasukan yang berjaya menjadi juara di benua masing-masing.

Argentina berjaya menewaskan Itali dengan keputusan 3-0 selepas Lautaro Martinez, Angel Di Maria dan Paulo Dybala meledak gol untuk juara dari Amerika Selatan itu.

Kemenangan 3-0 jelas sekali membuktikan yang Argentina sebenarnya jauh lebih bagus berbanding Itali dengan mereka benar-benar mendominasi perlawanan yang dilangsungkan di Wembley itu.

Lionel Messi telah dinobatkan sebagai pemain terbaik dalam perlawanan tersebut selepas kejayaan beliau mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan dalam perlawanan ini.

Beliau turut berjaya mempamerkan aksi yang sunggu dasyat ketika mencatatkan assists untuk gol pertama Argentina yang dijaringkan oleh Lautaro Martinez.

Selepas tamat perlawanan tersebut, telah tular di media sosial rakaman yang menunjukkan skuad Argentina meraikan kejayaan mereka menjulang gelaran Finalissima itu.

Para pemain Argentina jelas sekali begitu bergembira dan benar-benar teruja dengan kejayaan mereka memenangi perlawanan tersebut.

Walau bagaimanapun, keseronokkan para pemain Argentina itu sepertinya tidak diterima dengan baik oleh seteru mereka, Brazil.

Bintang utama Brazil, Neymar telah meninggalkan komen berunsur menganjing kepada keraian Argentina memenangi perlawanan itu.

“Adakah mereka sudah menang Piala Dunia?”

Tulis Neymar menganjing skuad Argentina.

Seperti yang dinyatakan di atas, sememangnya tidak mengejutkan sama sekali untuk melihat pemain Brazil tampil menganjing Argentina kerana mereka sememangnya dua seteru hebat di pentas dunia bola sepak.

Semua pemain Argentina mahu bergambar bersama Lionel Messi

Lionel Messi merupakan pemain paling sibuk selepas tamat aksi kemenangan 1-0 Argentina menewaskan Itali dalam aksi saingan Finalissima semalam.

Beliau sepertinya tak sempat untuk menikmati kejayaannya menjulang piala kedua bersama Argentina kerana kesemua rakan sepasukannya mahu bergambar bersamanya.

Argentina berjaya menewaskan Itali 3-0 di Wembley dalam aksi perlawanan yang menemukan antara juara saingan Copa America bertemu juara saingan Euro 2020 itu.

Argentina berjaya mencatatkan kemenangan dengan Lautaro Martinez, Angel Di Maria dan Paulo Dybala mencatat nama sebagai penjaring gol dalam perlawanan tersebut.

Ketua pasukan dan nadi penting Argentina itu telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan dalam perlawanan yang dilangsungkan di stadium Nasional England itu.

Messi berjaya mencatatkan assists yang sungguh dasyat ketika Lautaro Martinez meledak gol untuk Argentina dengan bintang PSG itu turut cemerlang mengaibkan Giovanni Di Lorenzo sebelum melorongkan bola mencari Martinez.

Selepas tamat perlawanan tersebut, Messi jelas sekali menjadi pemain paling sibuk di atas padang dengan kesemua rakan sepasukannya berusaha mahu bergambar bersamanya.

Messi dan piala langsung tidak berpisah dengan seorang demi seorang pemain Argentina menghampiri beliau untuk bergambar bersamanya.

Laman Twitter rasmi Copa America turut memuat naik video yang menunjukkan bagaimana sibuknya Messi melayan hasrat rakan sepasukannya yang mahu bergambar bersamanya dan piala kemenangan mereka itu.

Pemain seperti Paulo Dybala, Juan Foyth dan Nicolas Otamendi kesemuanya tidak mahu melepaskan peluang bergambar bersama pemain terhebat sepanjang zaman Argentina itu.

Lebih menarik lagi, ada pegawai serta pengadil yang turut sama tidak mahu melepaskan peluang untuk bergambar bersama pemenang tujuh kali anugerah Ballon D’or itu.

Seorang demi seorang mendekati Messi yang ketika itu sedang benar-benar menikmati detik kejayaan beliau menjulang piala keduanya bersama skuad Argentina itu.

Pujian harus diberikan kepada Lionel Messi kerana beliau terus menerus melayan semua rakan sepasukan serta peminatnya itu untuk bergambar bersama.

“Ia merupakan perlawanan akhir yang indah. Semua warga Argentina di sini.”

Jelas Messi selepas tamat perlawanan.

“Apa yang kita nikmati di sini sememangnya sangat indah.”

“Kita di sini untuk berlawan dengan sesiapa saja. Hari ini merupakan ujian yang hebat kerana Itali sendiri pasukan yang hebat.”

Sumber: SPORTbible

BACA:  Neymar Tak Akan Tinggalkan PSG Sampailah Menang UCL