Wayne Bridge dilaporkan sedang menguruskan hal penjualan rumah beliau selepas John Terry berpindah ke kawasan kejiranannya.
Menurut dari sumber laporan The Mirror, John Terry dan isterinya telah mengeluarkan dana £4.35 juta untuk membeli sebuah rumah mewah di kawasan kejiranan Bridge.
Jarak antara rumah baru Terry dengan kediaman milik Bridge terlalu dekat dan cuma memerlukan beberapa minit sahaja masa dengan berjalan kaki.
Wayne Bridge selling his mansion — after John Terry moves in nearby https://t.co/AKgXjODQVL pic.twitter.com/5siYyLwGT8
— The Sun Football ⚽ (@TheSunFootball) August 2, 2020
Walau mereka bakal tinggal di kawasan kejiranan yang sama, sepertinya tidak mungkin Terry dan Bridge akan minum bersama atau ziarah menziarahi sesama mereka atas apa yang pernah terjadi.
Menurut sumber laporan yang sama, sangat sukar untuk mereka tinggal dikawasan kejiranan yang sama tetapi sering mengelak untuk bertemu dan saling tidak melalui kawasan rumah masing-masing.
Walau bagaimanapun, setelah menerima berita bahawa Terry bakal berpindah ke kawasan itu, Bridge dan isterinya, Frankie telah menjual rumah mereka dikawasan tersebut dengan harga £5.5 juta.
It appears Wayne Bridge hasn't forgiven fellow ex-Chelsea star, John Terry for dating his ex-girlfriend & baby mama after he split with her.Bridge famously declined to shake hands with Terry before games & is now moving out of his neighbourhood bcoz Terry bought a house close by.
— Umar Sa'ad Hassan🇳🇬 (@Alaye_100) August 2, 2020
Terdapat juga laporan yang menyatakan bahawa perkara ini hanya kebetulan, hal ini kerana Bridge dilaporkan memang mahu berpindah kerana sudah mendapatkan penempatan yang baru untuk beliau dan keluarganya.
“Wayne dan John sememangnya tidak mempunyai hubungan yang baik. Berita tentang Wayne mahu berpindah kerana Terry membeli rumah di kawasan kejiranannya adalah salah faham semata-mata.”
“Wayne dan Frankie sememangnya mahukan suasana yang baru, mereka sudah lama merancang untuk tinggal dikawasan yang tidak jauh dari bandar yang mereka tinggal sekarang. Mereka cuma mahu membina suasana yang baru.”
Jelas sumber tersebut kepada The Sun.
Terry dan Wayne pernah beraksi bersama untuk pasukan kebangsaan mahupun untuk kelab, namun secara dasarnya hubungan mereka yang pernah akrab sudah berantakan dan musnah.
John Terry Moving In Nearby Might Be The Reason Wayne Bridge Is Selling His House – https://t.co/Lqsh777W1D pic.twitter.com/hnoSKx3uI1
— afrovues (@afrovues) August 2, 2020
Hal tersebut kerana, bekas ketua pasukan Chelsea itu didakwa meniduri bekas kekasih Bridge, Vanessa Perroncel yang mana mereka mempunyai seorang anak bernama Jaydon yang lahir seminggu selepas mereka bercerai.
Perkara itu awalnya di diamkan oleh mereka namun setelah tersebar ke pihak media, berita tentang Terry merampas isteri Bridge mulai tersebar dan tular pada ketika itu.
Pada tahun 2010, selepas berita tentang mereka tersebar secara meluar di akhbar, Bridge telah menolak untuk bersalaman dengan Terry ketika dalam perlawanan Chelsea menentang Manchester City di Stamford Bridge.
City menang dalam 4-2 dalam perlawanan tersebut dan insiden Bridge tidak mahu bersalam dengan Terry terus menjadi sebut sebutan para peminat.
Carlos Tevez yang menjaringkan gol kemenangan untuk City ketika itu turut menunjukkan solidariti kepada Bridge.
🚨JUST IN🚨 Wayne Bridge decides to sell house after ex-Chelsea teammate John Terry moves in nearby https://t.co/GjbTSYi0pq #lfc #afc #mcfc pic.twitter.com/WrK7nItjqo
— TRUE Transfers👑⚽️ (@TrueTRANFERS) August 2, 2020
Kesemua pemain City turut memakai baju bertulis ‘team Bridge’ ketika memanaskan badan sebelum perlawanan di mulakan.
Jadi tidak pasti sama ada benar Bridge mahu menjual rumah mewahnya kerana tidak suka dengan kehadiran Terry dikwasan kejiranan beliau atau memang benar beliau sudah lama merancang untuk berpindah.