Cadangan teramat genius telah dikeluarkan oleh Bundesliga bagi meleraikan masalah berebut sepakan penalti sehingga membawa pergaduhan serta perpecahan dibilik persalinan masih lagi boleh diguna pakai.
Idea genius Bundesliga ini hadir beberapa tahun yang lalu lebih tepatnya pada tahun 2017 selepas dunia bola sepak telah dikejutkan dengan berita berebut sepakan penalti antara Neymar dan Edison Cavani.
Untuk kes Edison Cavani dan Neymar yang terjadi sebanyak dua kali namun berakhir dengan baik pada musim 2017/18 telah menarik perhatian pengendali atau admin media sosial Bundesliga.
In March 2012, with Bayern up 3-0 against Hertha Berlin, the team was awarded a free kick within shooting range.
Toni Kroos and Franck Ribery both wanted to take the free kick, so they decided who would take it in the only sensible way possible: by playing rock-paper-scissors. pic.twitter.com/npx6zbxjfj
— Bavarian Tweets (@BavarianTweets) May 31, 2020
Twitter rasmi Bundesliga telah mencadangkan satu jalan penyelesaian yang sangat mudah dan menarik untuk PSG bagi menyelesaikan masalah perebutan sepakan penalti antara Neymar dan Cavani.
Bundesliga telah meletakkan video bagaimana Kroos dan Ribery melakukan Osom atau ojuh atau Rock, paper, scissor atau burung, batu, air sambil diperhatikan Robben sebagai pengadil.
Pemenang kepada Osom atau ojuh atau Rock, paper, scissor atau burung, batu, air berhak untuk membuat sepakan, adil dan saksama tanpa sebarang perbalahan.
This is how it's done, @neymarjr & @ECavaniOfficial ✊️ ✋️ ✌️ #PSGFCB pic.twitter.com/ECqkRnVlzc
— Bundesliga English (@Bundesliga_EN) September 27, 2017
Cadangan dari Bundesliga ini nampaknya masih boleh diguna pakai untuk kes Neymar dan Mbappe ini walaupun agak kelakar tapi praktikal.
Kisah merebut penalti Neymar vs Cavani tidak sebesar Neymar vs Mbappe yang mempunyai kuasa pemilik di mana mereka hampir bertumbuk di bilik persalinan.
Situasi ini telah memaksa Abang Long Sergio Ramos tampil untuk meleraikan pergaduhan dan ketika ini bilik persalinan PSG telah berpecah kepada kem Neymar dan Mbappe.
Insiden Berebut Penalti Neymar vs Cavani
Pada musim 2017/18 Neymar dua kali terlibat dalam perebutan sepakan penalti bersama Cavani sejak tiba di ibu kota Paris. Pertama ketika menang menentang Toulouse 6-2 dan sekali lagi berebut ketika menang 2-0 ke atas Lyon.
Oleh kerana insiden ini membawa kepada perpecahan pengerusi PSG Nasser Al-Khelaifi terpaksa campur tangan dengan menawarkan gula-gula sebanyak RM5 juta (€1 juta) kepada Cavani supaya mengalah kepada Neymar.
Namun tawaran ini telah ditolak oleh Cavani dengan penuh bermaruah lagi berintegriti.
Situasi ini mungkin menyebabkan Neymar merindui Lionel Messi yang sentiasa bersedia untuk memberi Neymar mengambil sepakan penalti. Ketika Neymar gagal menyempurnakan penalti Messi tidak marah malah masih boleh tersenyum dan pergi menenangkan Neymar.
Ekoran perebutan itu bola itu membawa kepada permusuhan dalam perlawanan antarabangsa ketika Uurguay menentang Brazil di Stadium Emirates London di mana Neymar telah diterjah keras oleh Cavani dan Neymar ternyata kecewa.
Insiden Berebut Penalti Mbappe vs Neymar
Sebelum ini The Guardian melaporkan bahawa ada kerisauan di bilik persalinan PSG kerana mereka mungkin akan terpecah kepada kem Mbappe dan Neymar.
Perkara itu seperti sudah terjadi sekarang ini dan pasti akan memberi kesan kepada pasukan jika benar.
Isu Neymar dan Kylian Mbappe dikatakan sedang mendidih ketika ini di PSG. Neymar pernah kecewa dengan Mbappe apabila pemain itu dengan terbuka menyatakan dia menyokong idea pemilik kelab untuk menjual Neymar.
Kylian Mbappe merupakan pemain yang super istimewa kerana diberikan kuasa pemilik dalam kontrak baharunya sebagai tanda bahawa PSG benar benar mahu menjadikannya teras projek mereka.
Mbappe Mahu Neymar Berambus Kerana Tidak Bagi Dia Ambil Penalti
Kerana sepakan penalti Neymar dan Mbappe kini dilaporkan sudah tidak sehaluan. Neymar sebelum ini pernah berebut sepakan penalti dengan Edison Cavani ketika mula menyertai PSG.
Sebelum ini Neymar merupakan pelaksana penalti yang utama untuk pasukannya. Nampaknya bermula musim ini, Neymar menjadi orang kedua untuk tugasan itu.
Selepas Mbappe gagal menyempurnakan yang pertama, Neymar merasakan tiba gilirannya pula untuk mengambil penalti. Tetapi Mbappe sempat meminta dia memberikan bola. Neymar tidak melayan permintaan itu.
Video Mbappe datang dan meminta penalti itu sudah tular dan menjadi bualan dunia bola sepak dan Neymar pula seperti mencurah garam + limau ke luka.
Neymar seperti mencari geruh apabila telah kantoi meletakkan tanda Like di post yang telah mengutuk Kylian Mbappe yang merupakan rakan sepasukan dan juga pemilik bersama PSG.