Caicedo: “Menolak Liverpool Adalah Keputusan Yang Tepat”

Moises Caicedo akhirnya memberikan komen tentang berita dia menolak Liverpool untuk menyertai pasukan Chelsea.

Caicedo menjadi bakat rebutan banyak kelab setelah prestasi luar biasanya bersama Brighton. Kelab tersebut awalnya tidak mahu menjual pemain itu.

Mereka menegaskan bahawa pemain itu hanya akan dilepaskan jika ada tawaran luar biasa untuk Caicedo.

Dan ternyata memang ada kelab yang sanggup membayar harga luar biasa untuk membeli pemain tersebut. Dua kelab yang bersaing rapat untuk mendapatkan Caicedo adalah Liverpool dan Chelsea.

Musim lalu, Liverpool telah dimalukan oleh Caicedo yang telah me-reject kelab yang berpangkalan di Anfield itu demi untuk menyertai Chelsea.

Ketika itu Liverpool sudah mencapai kesepakatan harga £100 juta untuk mendapatkan pemain tengah itu dari Brighton. Tetapi berlaku plot twist, kerana Chelsea kemudian datang dengan tawaran yang sama dan pemain itu memutuskan untuk menyertai The Blues.

Jurgen Klopp ketika itu benar benar mahukan pemain itu masuk ke Liverpool. Di mana Klopp menghantar beberapa siri mesej untuk memujuk Caicedo agar datang ke Liverpool.

Tetapi pemain itu telah membalas mesej itu menyatakan bahawa dia sudah membuat keputusan untuk menyertai pasukan Chelsea.

Menurut Caicedo dia gembira dengan keputusan menolak Liverpool kerana ianya ternyata keputusan yang tepat dibuat oleh pemain tersebut.

Caicedo berkata: “Saya masih ingat benda tu berlaku setahun lalu. Ianya keputusan yang sukar kerana kamu semua tahu kan, Liverpool adalah kelab yang besar. Namun Chelsea sebenarnya sudah bercakap dengan saya dalam beberapa bulan terakhir.

“Dan saya sudah bertekad bahawa saya tak nak terlepas perpindahan ke Chelsea. Ianya keputusan yang sukar untuk saya buat, namun saya yakin ianya 100% keputusan yang tepat.”

Caicedo bergelut pada musim pertama. Setelah Chelsea sebenarnya terumbang ambing mencari rentak dengan gabungan ramai pemain bakat baharu dalam kelab itu.

Namun musim ini mereka akan dikendalikan oleh Enzo Maresca. Pengurus yang memiliki reputasi baik membangunkan pemain pemain muda.

Caicedo akan menjadi nadi penting Chelsea dalam projek mereka bersama sama dengan gandingannya, Enzo Fernandez di bahagian tengah.

BACA:  Romeo Lavia Dan Moises Caicedo, Pemain NO6 Yang Sama Tetapi Tidak Serupa