Cara Bermain Sebagai Target Man Seperti Zlatan Ibrahimovic

Zlatan Ibrahimovic – siapa yang tak kenal pemain ini? Tinggi, kuat, hidung mancung dan angkuh. Baru sampai di Manchester dah claim diri sebagai Dewa kota Manchester. Kurang ajar betul.

Sikap kurang ajar itu diteruskan apabila kembali menyertai AC Milan dan claim pula diri sebagai Dewa kota Milan, Romelu Lukaku tengok kecik-besar-kecik-besar je.

Posisi Zlatan di mana-mana pasukan yang disertainya ialah penyerang, dan dalam bola sepak, penyerang boleh dipecahkan dalam banyak kategori dan fungsi – deep lying forward, false nine, target man, poacher dan banyak lagi lah jenis-jenis penyerang.

Dengan badan yang tinggi dan sasa ibarat Randy Orton dalam WWE, Zlatan selalunya digunakan sebagai target man.

Ciri-ciri utama seorang target man ialah mempunyai kawalan bola yang bagus, selain mampu menggunakan susuk tubuh badan yang gagah perkasa untuk mencabar pertahanan lawan.

Jadi, bagaimanakaha caranya untuk bermain di posisi target man seperti Zlatan Ibrahimovic?

Jaga bola/Hold the ball

Jaga bola atau dalam bahasa yang selalu digunakan di padang ialah hold bola.

Seseorang penyerang itu perlu menjaga dan mengawal bola dari dirampas pihak musuh yang durjana dengan menggunakan kekuatan fizikal, kestabilan badan dan bahagian belakang badan dan lengan – depakan lengan untuk menghalang pergerakan pertahanan lawan.

Zlatan menggunakan kekuatan fizikal untuk protect bola | Gambar : Fourfourtwo
Zlatan menggunakan kekuatan fizikal untuk protect bola | Gambar : Fourfourtwo

Jika seseorang penyerang itu berjaya hold bola dalam masa beberapa saat, itu sudah cukup untuk menunggu rakan tiba atau mencari ruang untuk menerima bola.

Tetapi, jika ada ruang buat penyerang untuk melakukan shooting maka digalakkan untuk berbuat demikian, terutamanya jika berada di dalam kotak penalti.

Posisikan diri pada tempat yang betul

Kalau kita tengok ramai target man di Malaysia –sama ada professional atau amatur, gemuk atau kurus – agak statik bila dalam keadaan ketiadaan bola, dan mereka lebih selesa untuk berada bersama pertahanan tengah pihak lawan – mungkin ada isu masalah ummah yang mereka perlu bincangkan.

Zlatan cukup tajam dan akrobatis di hadapan gol | Gambar : DailyMail
Zlatan cukup tajam dan akrobatis di hadapan gol | Gambar : DailyMail

Tetapi bagi Zlatan, pergerakan seorang target man boleh divariasikan. Ada kalanya Zlatan akan turun sedikit ke bawah untuk mengutip bola lalu menghantar ke rakan lain yang berada pada posisi yang lebih bahaya buat pihak musuh.

Ada kalanya Zlatan akan bergerak ke sana sini di final third mencari ruang kosong supaya ada pertahanan lawan yang akan mengikutnya dan ini akan membuka ruang kepada rakan penyerang atau pemain tengah yang lain untuk melakukan larian atau pergerakan lebih bahaya. Ini dinamakan teamwork.

Menyambut hantaran/Meeting crosses

Selaku target man, keberadaan dalam kotak penalti lawan adalah sangat penting untuk menerima hantaran lintang dari tepi atau tengah. Usai menyambut hantaran, seseorang target man itu boleh terus shoot ke gawang lawan atau mengawal bola terlebih dahulu.

Jadi, untuk memudahkan seseorang target man menyambut hantaran, dia perlu membuat gerakan terlebih dahulu sebelum pertahanan lawan dan ini akan mengelirukan pertahanan itu sendiri.

Zlatan selalunya berada di belakang kotak 6-ela untuk menerima hantaran | Gambar : Getyy Images
Zlatan selalunya berada di belakang kotak 6-ela untuk menerima hantaran | Gambar : Getyy Images

Ketika di Juventus, Zlatan pernah bermain bersama David Trezeguet – penyerang Perancis yang cukup tajam di hadapan gol. Menurut Zlatan, Trezeguet seolah-olah tahu di mana bola akan berada ketika set piece atau tendangan sudut dan Zlatan tiada kelebihan ini.

Jadi, untuk meningkatkan peluang buatnya menjaringkan gol, ada kalanya Zlatan akan berada di near post dan kadangkala di far post¸ bergantung kepada taktik yang dirancang.

Menjangkakan permainan/Anticipating play

Dalam bahasa mudah, target man yang bagus akan mampu untuk meramal kedudukan dan pergerakan berikutnya – sama ada rakan sepasukan atau pihak lawan. Membaca permainan bukan baca buku.

Jadi, sebelum mendapat bola, Zlatan akan menggunakan kuasa magisnya untuk berfikir di mana rakannya akan berlari membuka ruang, dan membuat keputusan sama ada bermain one-two, atau membiarkan rakannya menarik pertahanan lawan.

Zlatan juga selalu meneka di mana pergerakan berikutnya pertahanan lawan. Dengan pengalaman yang luas, maka amat mudah baginya untuk memperdaya pihak lawan.

Bergasak dengan pertahanan

Ada kalanya pertahanan lawan akan tolak atau bermain kasar dengan sengaja. Bagi Zlatan, jika ada pertahanan yang melakukan demikian terhadapnya, dia anggap pertahanan itu lemah.

Pertahanan yang bagus baginya adalah Paolo Maldini dan Alessandro Nesta dan kedua-dua mereka bermain dengan disiplin dan semangat kesukanan yang tinggi dan mereka tidak akan bermain kotor dengan penyerang lawan.

Bukan bergasak begini | Gambar : Daily Mail
Bukan bergasak begini | Gambar : Daily Mail

Jika Zlatan menghadapi situasi ini, dia akan menggunakan teknik mengawal bola yang kemas untuk melarikan bola dari lawan, selain mampu mengelakkan kecederaan.

Dipsiko pihak lawan

Memandangkan ibunya berbangsa Croatia dan bapanya pula Bosnia, ada ketika Zlatan digelar Gypsy oleh pertahanan lawan. Dia tahu, tujuan pertahanan lawan berbuat demikian adalah untuk menaikkan kemarahannya dan seterusnya mengalihkan fokusnya dari permainan.

Jadi bagi Zlatan, adalah penting baginya untuk kekal focus terhadap perlawanan dan hanya membiarkan sahaja apa ejekan caci maki hinaan dari pihak lawan.

Jika dia berjaya menjaringkan gol, maka pertahanan yang akan menjaganya akan lebih geram dan akhirnya pertahanan itu sendiri akan hilang focus sekaligus memberikan kelebihan buat Zlatan.

Rukan artikel : Four Four Two Performance

Baca juga : Bagaimana caranya untuk menjadi attacking midfielder seperti Andres Iniesta

BACA:  Terlebih Teruja Punca Zlatan Ibrahimovic Hentak Cermin Bas Sampai Retak