Jamie Carragher telah menyatakan bahawa 99% peminat Manchester United kini berdiri teguh dan menyokong Erik Ten Hag dalam kontroversi yang telah dibangkitkan oleh Cristiano Ronaldo.
Paling setan perangai Jamie Carragher ini apabila menyatakan bahawa 1% yang berbaki bagi mereka yang menyokong Ronaldo adalah terdiri daripada Roy Keane, Rio Ferdinand dan juga Patrice Evra.
Cristiano Ronaldo mencetuskan sensasi baru dalam temuramahnya bersama Piers Morgan dan tidak mampu berdiam diri lagi apabila telah meluahkan amarahnya lantaran tidak merasakan dia dihormati dengan sepatutnya.
Cristiano Ronaldo menganggap dia kini berada dalam ‘tempoh paling sukar dalam hidup’ secara profesional dan juga secara peribadi.
10pm.
Cristiano Ronaldo breaks his silence for #PiersUncensored. ⌛ pic.twitter.com/3VV4lHFkYm
— The Sun Football ⚽ (@TheSunFootball) November 13, 2022
Penjaring gol terbanyak sepanjang zaman itu merasakan dia ‘dikhianati’ dengan cara layanan diberikan oleh Manchester United.
Ronaldo menyatakan tiada rasa hormat darinya untuk Ten Hag yang tidak pernah menghormatinya:
“Saya tidak menghormati dia kerana dia tidak menunjukkan rasa hormat kepada saya. Jika anda tidak menghormati saya, saya tidak akan menghormati anda.”
Jamie Carragher antara yang lantang mengkritik dan menyokong idea ketidakperluan kehadiran Ronaldo dalam skuad Erik Ten Hag yang kini dalam proses pembangunan mengulasa mengenai isu ini.
Would've loved it if Cristiano Ronaldo only called out the state of the club and the Glazers.
You don't slander Erik ten Hag publicly and still expect Man Utd fans to back you by saying, "I love the fans, they’re always on my side."
I'm sorry. I'm 100% on my manager's side ❤️ pic.twitter.com/8cU1Hxx8vp
— UtdFaithfuls (@UtdFaithfuls) November 14, 2022
Kerap juga Carragher bertelagah mengenai isu Ronaldo yang dirasakan tidak sesuai bersama Setan Merah tanpa menafikan kehebatan yang pernah dicipta oleh pemain yang dianggap antara yang terbaik sepanjang zaman.
Pundit Sky Sports itu setakat artikel ini ditulis hanya memetik isu mengenai Ronaldo yang langsung tidak menghormati pengurus Manchester United, Erik Ten Hag.
“Ronaldo “Saya tidak menghormati pengurus”,
–
Ronaldo di bawah ETH: Mengumumkan dia mahu pergi, enggan masuk sebagai pemain gantian, keluar dari bangku simpanan & pergi sebelum perlawanan tamat.
–
99% peminat United akan memihak kepada ETH, yang menunjukkan betapa teruknya Ronaldo menangani perkara ini.”
Bekas pemain pertahanan Liverpool itu telah menyenaraikan beberapa perangai dan tindakan Ronaldo bertahap tantrum ala-ala diva yang semuanya dimaafkan Erik Ten Hag.
Ronaldo “I don’t respect the manager”
Ronaldo under ETH: Announced he wanted to leave, refused to come on as a substitute, walked off the bench & left before the game had finished.
99% of United fans will be on the side of ETH, which shows how badly Ronaldo has handled this.
— Jamie Carragher (@Carra23) November 13, 2022
Ketika latihan pra musim, Ronaldo berhasrat mahu berpindah namun tidak berjaya kerana tiada kelab atasan yang mampu untuk menanggung pemain itu.
Dalam aksi terbaik Manchester United musim ini ketika menentang Tottenham Hotspur, Ronaldo enggan masuk sebagai pemain gantian dan terus meninggalkan padang sebelum perlawanan tamat.
Erik Ten Hag masih mampu bersabar dan jalan pendamaian dipilih lalu Ronaldo kembali diberikan peluang beraksi walaupun hambar teruk.
Ketika menentang Fulham yang berakhir dengan kemenangan dramatik 2-1 hasil jaringan Garnacho, Ronaldo tidak tersenarai kerana memberi alasan tidak sihat.
Namun pada masa yang sama, Ronaldo telah menghadiri satu sesi temuramah bersama Piers Morgan untuk mengutuk, mengecam dan mengkritik Manchester United, Erik Ten Hag dan mana-mana yang terasa.
Roy Keane Tidak Gembira Dengan Layanan Kurang Ajar Diberikan Kepada Ronaldo
Hujah yang dikemukakan oleh Jamie Carragher ini adalah kuat untuk menyokong kenyataannya bahawa 99 peratus penyokong Manchester United bersama Erik Ten Hag kali ini.
Dalam pada mengulas dengan nada yang serius, Jamie Carragher sempat lagi untuk mengusik dan menganjing musuhnya di studio iaitu Patrick Evra, Roy Keane dan Rio Ferdinand.
Legenda Liverpool itu menyatakan dalam satu lagi ciapan bahawa 1 peratus yang menyokong Ronaldo itu adalah Patrick Evra, Roy Keane dan Rio Ferdinand.
The 1% will be Rio, Roy & Patrice…. https://t.co/PPFgVWz2eA
— Jamie Carragher (@Carra23) November 13, 2022
Roy Keane adalah antara yang lantang menyokong keberadaan Ronaldo dalam pasukan yang disifatkan masih berbisa dan mampu membawa perubahan begitu juga dengan Evra.
Sebelum ini, Carragher pernah mengejek Ferdinand supaya tidak menjadi ‘fan boy’ Ronaldo selepas Ferdinand mengecam Ten Hag kerana tidak menurunkan Ronaldo.